Ahad, 19 Februari 2012

ERM NEXT TIME DEBAT DALAM BAHASA MELAYU/INGGERIS YE.. INI MALAYSIA..



Debat antara Presiden MCA, Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP menerusi siaran langsung petang semalam, Awang dengan mudah boleh membuat rumusan.

Penampilan dan hujah-hujah Soi Lek jauh lebih menyakinkan. Awang teruja apabila beliau dapat menyanggah hampir kesemua persoalan yang dibangkitkan oleh Guan Eng.

Antara lain katanya, MCA bersama BN telah 63 tahun memerintah. Walaupun banyak kebaikan dilakukan, sudah tentu ada kelemahan dan kepincangan. Tetapi pakatan pembangkang yang baru tiga tahun mentadbir beberapa negeri, telah menyaksikan penyelewengan dan rasuah yang berleluasa. “Jika kita beri 60 tahun lagi kepada mereka memerintah, rakyat akan jadi sangat susah dan menderita,’’ tegas beliau.

Ekspresi wajah dan bahasa badan Soi Lek cukup tenang berbanding Ketua Menteri Pulau Pinang. Karisma Soi Lek menyerlah. Pada masa yang sama, Guan Eng tidak dapat menyembunyikan elemen rasis ketika mengupas pandangannya dalam beberapa isu. Beliau juga gagal menjawab banyak persoalan ketika sesi soal-jawab bersama hadirin.

Apa pun Awang gembira kerana kedua-dua pemimpin sanggup tampil dalam upacara debat seperti itu. Ia budaya yang sihat sebagaimana amalan politik di Barat. Kepada Soi Lek dan Guan Eng, jika mahu sambung berdebat, silakan. Awang masih teruja. - Awang Selamat

1 ulasan:

  1. aku langsung x percaya dua2 apek ni....dua2 ANTI ISLAM!

    apa2pun jika undi PR mmg biaDAPigs lah yg berkuasa, tp kalau undi MCA, Melayu masih lagi berkuasa.....apa2 pun aku sekali lg nak kata aku benci CSL & LGE & biaDAPigs!!!

    BalasPadam

Saya tidak perlu minta maaf kepada D4P kata MB Perak

Lagi berbulu D4P bila MB Perak dengan selamba kata tiada keperluan nak minta maaf kepada parti itu sebab video tular baru-baru ini. Nampak...