Jumaat, 3 Februari 2012

kesilapan teknik hadi awang..

mungkin kekecewaan memecat pejuang Islam sebenar di dalam pas.. maka hadi awang dah merajuk dan mengaku kalah dengan kesilapan beliau itu... jadi juak-juak pas di dalam pas semakin keliru... pemimpin ulama dah semakin pupus.. dan semakin di hapuskan.. yang ada dalam pas hanyalah pengagung si pengikut anwarisme dan dap laknatullah... jadi keputusan hassan ali menyerang parasit pas sememangnya kena dengan tempatnya... hehe... berkeladak seko-seko dalam pas apa nak buat kan... poning poning der...

dari blog politik harian

Presiden parti PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan pendirian beliau tidak mahu dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.


Tindakan Hadi tersebut di percayai ada kaitan dengan tindakan pemecatan Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, keputusan mutamat pemecatan Hasan Ali adalah dari meja ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan dulu.


Parti PAS menyingkirkan Dato' Dr. Hasan Ali sebagai ahlinya hanya selepas sehari Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengeluarkan 'gesaan berupa arahan' supaya parti pimpinan Abdul Hadi Awang itu mengambil tindakan terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.


Mungkin berat untuk Hadi melepaskan Hasan Ali namun beliau terpaksa melakukannya kerana keputusan tersebut adalah dari desakan AJK PAS Pusat (kebanyakan AJK PAS pusat adalah puak Anwaris). 


Yang bertambah pedasnya apabila Hasan Ali membongkarkan Khalid Samad sebagai "parasit" dalam PAS mungkin membuatkan Hadi berasa bersalah kepada Hasan dan tawar hati untuk menjadi calon pada PRU akan datang.


Jadi tidak hairanlah mengapa Hadi tidak mahu menjadi Presiden PAS lagi dan tidak hairanlah jika seramai 10,000 ahli PAS akan bertindak keluar dari parti itu sebagai tanda bantahan terhadap keputusan pucuk pimpinannya memecat Dr. Hasan.

ps: bila dah semakin kusut.. silap hari bulan pas dibubarkan... kesian... kesian... hehe

berbulu kerinting nampak.. poyo oo lah khalid samad.. keke

apa semua dok keluar dari mulut dia semua salah umno.. bodoh yang paling atas.. puih... so dah genter ke apa beb.. tulah jadi benggong lagi wahai khalid samad oi...



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menganggap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Hasan Ali tidak memahami maksud parasit sebenar apabila secara terang-terangan menamakan beliau sebagai pemimpin Pas yang dianggap 'parasit' dalam parti itu.


Sebaliknya kata beliau, pihak yang berada di luar Pas dan hanya boleh hidup dengan menumpang isu membabitkan parti itu sebenarnya adalah parasit.


"Tidak seperti orang yang hidup dengan isu Pas tetapi dia adalah orang asing yang mana jika tidak ada isu Pas, dia tidak boleh hidup, dia menjadi popular atas isu Pas," katanya


Hasan sebenarnya sudah menjadi alat UMNO apabila membuat kenyataan supaya para pengundi di Parlimen Shah Alam agar tidak mengundinya lagi pada pilihan raya umum akan datang.


"Kalau tidak beri undi kepada Khalid Samad, kepada siapa lagi? Sudah tentu kepada UMNO. Ini bukti Hasan sudah menjadi budak suruhan UMNO," katanya.


Malah katanya, dakwaan itu jugalah yang menjadi punca mengapa Hasan tidak dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas negeri dan terpaksa dikeluarkan daripada parti meskipun sebenarnya beliau tidak mempunyai harapan dalam UMNO.


Dalam pada itu beliau menjelaskan, isu penjualan arak yang dibangkitkan oleh Hasan sebenarnya merupakan cadangan anggota Pas Shah Alam sendiri yang merupakan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBA).


"Ahli kita yang bawa usul supaya kedai-kedai serbaneka yang beroperasi di kawasan majoriti orang Melayu tidak menjual arak. Kita gunakan kaedah lembut, pujuk rayu, adakan penerangan secara 'bil hikmah' dan bukannya buat cara samseng dengan merampas arak berkenaan.


"Bukannya buat dengan sesuka hati kerana ada peraturannya mengikut akta dari Pusat bahawa kedai-kedai seumpama itu tidak perlu memohon lesen khas," katanya. 


ps: skrip biasa dari ahlul paih bila tertekan.. umno sini umno sana.. podahh...

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...