Selasa, 14 Februari 2012

TUN MAHATHIR BUATKAN ANUAR IBRAHIM TERKEDU...



1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan “regime change”,iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.

2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.

3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal.Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.

4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.

5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.

6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.

7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.

8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.

9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.

10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.

11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.

13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).

14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change” Amerika.

15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.

16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.

17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change” berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.

sumber GAP

ps: itulah permainan licik dari dajjal.. sememangnya mereka nak semua negara mengikut telunjuk Israel... huh.. rosak mu ni anuar ibrahim oi...

NIK AJIZ SOUND ANUAR IBRAHIM.. ERK..

dalam diam nik ajiz dah tak boleh tahan dengan anuar ibrahim.. dan dek kerana anuar beriya iya cover baik punya terhadap musuh Islam... iaitu negara haram israel... maka nik ajiz nakkan penjelasan dari anuar... adakah anuar ibrahim ikut.. adakah anuar ibrahim akan angin satu badan dengan nik ajiz... huh... kita tengok jelah nanti.. hehe..


"Saya selaku Mursyidul Am PAS dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di WSJ.


"Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau," katanya di sini, Isnin.

ps: dah memang sah anuar ni penyokong kuat israel.. dah dah kerana kepala dia dah pusing dia nak ungut pulak nak batalkan pilihanraya... eleh loser... sungguh...

ANUAR IBRAHIM AKAN BATALKAN PILIHANRAYA SEKIRANYA....


adui.. ni maknanya perperangan pilihanraya dia dah gentar dengan ludahan rakyat kepada partinya dan pas.. keh keh... adaka patut nak main ugut-ugut pulak... keh keh.. poyo betul.. asal tidak memberi keuntungan kepada dia wah kemain dia nak pusing keliling bagi tau semua orang yang di malaysia ini pilihanraya memang tak adil... bila ada kemenangan bergaya di pihak dia, tak pulak dia kritik melantun-lantun kan.. ini dinamakan bacul.. tau bacul... khak puih la wei... hehe... takpun saya akan ugut akan membatalkan pilihanraya sekiranya saya tidak diangkat sebagai pm.. kepala gurga mu.. la haha...

sumber mpp online

ps: puak-puak barua ni dah takut dah der rakyat nak taji mereka cukup-cukup pru13 nanti... sendiri mau ingatlah beb!!!!

PRU15 boleh memudaratkan, kata Hamzah

 PETALING JAYA: Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya umum ketika situ...