Selasa, 24 April 2012

GAMBAR ANUAR-SAMSIDAR DI EDIT-TAK SAMPAI 24 JAM, LAWAK TUL...

ps: kah kah kah kah.. puak-puak ni dah sakit jiwa dah wei.. hahaha.. telo kena jentik macamanapun kena cover baik punya tuan depa wei hahaha.. aje giler.. hahaha.. lawak tui..

sudah keluar.. panas.. gambar anuar dengan samsidar..

erk. erm.. nak kata kak wan jijah uis.. bukan tu.. nak kata anak dia nului ijah ai lagi la bukan.. nak kata bini si azmin.. ai.. biar betik.. hehe.. makin panas hati lah si azmin oi... haha. adeh.. pui...
ps: bernanah juak-juak penjilat tegar.. haha.. panas ker.. kui kui kui...

hampir 100 ribu lautan manusia serbu ceramah pra-bersih di kuala langat.. perghh!!!!

abang ni cakap bertuah badan dia datang.. sebab terharu dengan lautan manusia yang ramai nak mampus datang beb.. !! korang lihatlah sendiri kehebatan caramah ini roll ke bawah.. beb!!
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
pakcik ni pun kata, akulah insan paling bertuah kerana hadir malam ni.. ramai nya orang sehingga tak terkata apa-apa.. jadi lain kali buat di rumah tok ketua kampung aku lagi lah ramai rasanya.. 

abang dan kakak ini pun kata.. inilah ceramah paling ramai yang pernah dia hadiri.. bertuah badan.. dan kerana mat sabu dia kata aku sanggup buat apa saja.. hehehe..

Walaupun hujan turun dengan agak lebat semalam di tapak ceramah Pra-Bersih 3.0 di Kuala Langat, ia jelas tak menghalang kehadiran ratusan ribu penduduk sekitar untuk mendengar amanat yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin utama Pakatan.

Antara yang memberi ceramah semalam ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani dan juga pemimpin kanan PAS, Mohamad Sabu.

Menurut makluman yang disampaikan, Nurul Izzah pada mulanya dijadualkan berceramah, tetapi dibatalkan pada saat akhir kerana beliau dikatakan 'gerun' dengan kehadiran penduduk yang mencecah hampir 300 ribu orang.

Kehadiran yang 'amat menggalakkan' ini menunjukkan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 yang dijadualkan pada 28hb ini akan berlangsung dengan meriah.

Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata jumlah yang menghadiri perhimpunan tersebut nanti bukan menjadi satu persoalan besar kerana yang utama bagi beliau adalah maksud perhimpunan tersebut.

"Ramai atau tak bukan ukuran, tapi yang penting mesej kita sampaikan pada pemerintah yang zalim.." katanya Mohamad Sabu didalam ceramahnya.

pakate selangor kena balun.. haha.. terbaik.. ds mohd zin



KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG JANJI  MENGURANGKAN CUKAI PINTU RUMAH KEDIAMAN SEBANYAK 20% DAN CUKAI PREMIS KOMERSIAL SEBANYAK 10%

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
 SALAM 1MALAYSIA

Pemimpin Pakatan Rakyat memang terkenal dengan janji-janji manis sehingga sanggup menjanjikan apa sahaja asalkan mendapat undi daripada Rakyat.

Perkara ini terbukti bukan sahaja sekarang ini malah sejak dahulu lagi. Bukti paling nyata adalah manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada PRU 2008 sebelum ini. Jika janji yang termaktub dalam manifesto pun boleh dimungkiri, inikan pula janji mulut manis pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak pernah jujur.

Pada Pilihanraya Umum 2008, Pihak PKR dan PAS telah berjanji akan mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%. Perkara ini bukan hanya dijaja di ceramah-ceramah mereka malah dicetak sebagai salah satu manifesto janji mereka jika berjaya mentadbir Negeri Selangor. Hasil dari penipuan dan janji palsu ini, mereka berjaya memerintah negeri Selangor.

Alhamdulillah, rakyat Selangor tidak perlukan masa yang lama untuk melihat penipuan pemimpin Pakatan Rakyat satu demi satu. Pelbagai kepincangan berlaku dan pemimpin ketiga-tiga parti ini mengaku bersama dalam semua hal, hakikatnya, mereka ini seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

Seawal sebulan selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor, MB Kahlid Ibrahim membuat pengumuman bahawa janji untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan cukai premis komersial tidak dapat dilaksanakan. Belum pun sampai sebulan memerintah, janji manifesto terpaksa ditarik balik. Inilah namanya pemimpin yang hanya berjanji untuk meraih undi tanpa mengira hakikat sebenar ekonomi.

Sehingga sekarang, janji pakatan untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan premis komersial masih belum terlaksana. Jikapun ada nada pengumuman yang dibuat menjelang Pilihanraya nanti, sedarlah rakyat Selangor, ini hanyalah janji-janji palsu untuk meraih undi rakyat Selangor semata-mata.

Bukan sahaja cukai tidak diturunkan, malah kita juga difahamkan bahawa cukai dan premium tanah turut dinaikkan. Saya sendiri menerima banyak aduan dari rakyat Selangor berbilang kaum mengenai isu cukai dan premium tanah yang semakin meningkat. Selain itu, kami juga menerima maklumat dari rakyat Selangor bahawa cukai yang perlu dibayar sekarang ini meningkat sehingga lebih 100% dan mengikut harga pasaran.

Ramai rakyat Selangor yang tidak berpuas hati dan berasa tertipu dengan janji manifesto Pakatan Rakyat. Soalnya, adakah kita akan sekali lagi tertipu dan mempercayai setiap apa yang dijanjikan oleh mereka? Hakikatnya, kemenangan mereka di Selangor merupakan pengajaran paling berguna kepada seluruh Rakyat Selangor.

 Rakyat Selangor tanpa mengira kaum berasa tertipu akibat isu melibatkan cukai pintu kediaman dan premis komersial sehingga ada yang terpaksa disita akibat beban cukai yang terlaku tinggi. Saya difahamkan, ketika zaman Barisan Nasional memerintah, kerajaan Barisan NAsional masih lagi menerima rayuan dan memberikan diskaun untuk kes-kes tertentu. Apa yang dikesalkan, sehingga hari ini, pemimpin Pakatan Rakyat masih lagi menaburkan janji-janji manis yang tidak mampu mereka laksanakan.

Saya percaya, Rakyat Selangor sememangnya lebih bijak untuk menilai janji-janji yang ditaburkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Di pihak Barisan Nasional, kami mengakui terdapat kelemahan sebelum ini, namun kami sedia mengakui kelemahan itu dan memohon maaf serta memperbaikinya sebaik mungkin.

 Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah menyusahkan rakyat walaupun dituduh dengan pelbagai tomahan. Tetapi tohmahan yang dilemparkan tidak melibatkan kesusahan hidup rakyat. Namun kerajaan Pakatan Rakyat secara langsung memberi bencana kepada rakyat contohnya dalam isu melibatkan pengurusan sampah dan pengurusan saliran sehingga menyebabkan berlakunya banjir.

Pada Pilihanraya Umum akan datang, saya berharap agar Rakyat Selangor menggunakan pertimbangan yang paling wajar untuk membuat keputusan. Cukuplah sudah lebih empat tahun (1,460 hari) kita berada dalam kesusahan. Berjanji sekadar untuk meraih undi bukanlah satu sikap yang bertanggungjawab sebagai pemimpin malah memungkiri janji isu sendiri adalah sifat munafik.
Terima kasih, Sayangi Selangor ; Yakini BN

Dato’ Sri Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor
23 April 2012

tq GAP

pas yang gila undi...

ps: baju berlogo pas di keranda orang bukan Islam.. erk.. adakah mereka juga nak ke syurga dambaan pas.. aje giler dunia.. pas pas.. rosak dah wei.. pui..!!!

baca seterusnya... klik

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...