Rabu, 13 Jun 2012

ERM USTAZ AZHAR NAK GANTI NIK AZIZ KER? SIAP KELUAR FATWA NAMPAK HEHE..

kemain ustaz ni.. erm tak pelah.. aku nak cakap apa.. itu hak dia..yang dia nampak hijaunya pas.. tak nampak kuningnya pas bawa.. sebab realiti pas tak de buat apa pun dalam pembangunan Islam.. sibuk 24 jam berpolitik je.. yang salah semua umno.. mereka je betul.. tapi mereka tak sedar.. dalam mereka syiok mengahasut menyuruh orang Islam menyokong pas sebab pas lebih Islamik katanya... selagi itu dap gelak besar.. sebab setiap undi pas dap lah akan berkuasa... ingat tu... tapi ustaz ni cover pas baik punya.. maaf katalah.. dia tak pernah tegur pun kedangkalan parti pas tu sedangkan banyak tak betulnya... dek kerana politik kan ustaz.. semua on.. betul?

tu selangor tu ustaz.. berlambak rumah urut.. masalahnya masa pakatan memerintah lesen rumah urut dah macam cendawan ustaz.. siapa nak jawab tu.. takkan ustaz tak sedar.. siap pelacuran pun dah macam bisnes  jual air.. di shah alam dulu mana ada kedai makanan babi salai.. sekarang ok je.. boleh sebab dap.. betul.. ustaz tak tengok dan sedarkan orang tentang bahayanya kafir harbi dalam kesejahteraan umat Islam sekarang.. senyap mentikus je.. yang ustaz nampak.. umno umno umno.. teruk betul double standart ustaz ye.. adui.. tapi cara ustaz berdakwah saya salute.. saya tabik.. memang bagus.. tapi yang tak bagusnya cara ustaz membantai sesama umat.. cuma nampak salah di sebelah pihak ustaz tak suka itu je... sedangkan berjela-jela keburukan yang parti hijau tu buat ustaz.. adui.. so jangan le double standart ek.. PEACE!!!




Akhirnya.., Azhar Idrus ni menunjukkan jugak belang dia yang sebenar..

Selama ni ramai kata beliau merupakan penceramah bebas yang tak memihak kepada mana-mana parti politik.., tapi tembelang Azhar Idrus terbuka di Pahang semalam..

Mungkin sebab akhir-akhir ni beliau kerap 'dibalun' oleh puak-puak kerajaan, maka Azhar Idrus tak dapat bersabar lagi untuk menunjukkan yang dia memang bersama PAS..

Azhar Idrus semalam secara terus terang menyatakan mengundi PAS adalah wajib bagi umat Islam kerana parti itu mahu melaksanakan pemerintahan Islam sebagaimana dikehendaki oleh Allah.

Menjawap satu soalan dalam kuliah Maghribnya di Markas Darul Ansar Chempaka Lanchang semalam, beliau membandingkan memilih parti Islam samalah memilih kumpulan yang mahu melakukan dan begitulah sebaliknya.

“Satu kumpulan nak buat pondok pengajian Islam manakala satu kumpulan lagi nak buat tempat judi, jadi kita nak sokong yang mana? Sebagai seorang muslim tentulah kita sokong orang yang nak kembangkan agama.

“Begitu jugalah dengan politik dan pilihan raya... kita pilihlah parti yang mahu menegakkan Islam iaitu amar makruf nahi mungkar dan haram hukumnya sokong orang nak buat tempat judi atas luluskan lesen arak.

“Sebab itu dalam hal memilih pemerintah Islam ini tidak ada istilah pengundi atas pagar sebab akhirnya melibatkan hukum Islam yang kita kena buat keputusan menyokong Islam atau menolak Islam,” katanya menjawap soalan bertulis daripada ‘atas pagar’.

LGE BERKOPIAH.. ERM ELOK LE.. TU YANG PAK LOBAI PAS.. HANYUT...


gambar edit LGE berkopiah... mungkin juga.. sebab nak cover keangkuhan dia mentadbir pulau pinang..

tak salah.. bagus... tetapi adakah dia ni ikhlas nak membantu orang Islam dan Melayu? ataupun kerana nakkan kuasa mutlak je kot.. bila dah dapat segalanya.. dia akan tersenyum puas sebab dia dah berjaya memukau jutaan orang melayu dek kerana dia mampu berkopiah.. mampu bersongkok.. mampu makan guna tangan... kamon beb.. apa dah dia buat di pulau pinang tu beb... apa nasib orang melayu di sana?

dulu mentornya lim kuan yew pun sama memukau orang melayu di singapura, ramai kagum sebab dia mampu bersongkok pergi ke kampung-kampung orang melayu demi undi... bila dah berkuasa.... melayu singapura adalah bangsa 3rd class di sana.. so ape de hal.. adakah malaysia ini akan jadi singapura kalau otak kita ni langsung tak sedar-sedar...

jadi.. kelangsungan kita adalah kuasa.. buruk macamana pun jangan sesekali kau bagi kuasa kepada orang kafir dalam mengontrol kamu wahai pak langau hijau.. jangan jadi bodoh piang sampai dek kerana dendam semua kamu nak jual... so berpada-padalah dalam membagi muka kepada kiasu tahap longkang macam dap wei.. pikir-pikirkanlah nasib anak cucu kamu suatu hari nanti....

sumber gambar klik

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...