kenapa aku kata macam tu.. sebab banyak kes yang kata court mammoth ini macam ah long terancang.. gile sadis dia punya interest beb.. dan cara ugutan mereka boleh buat orang rasa nak bakar je office court ni.. aku nak tanya di mana pihak berwajib sebab yang ramai terkena adalah orang kita orang melayu.. bayangkan lambat bayar sebulan pun mereka ugut macam kita ni ada sangkut bayar berbulan-bulan.. kurang ajor.. so meh baca kes ini.. hehe.. ramai rasanya terkena dengan jibraun pun ah long court mammoth ni..
ah long berlesen dan teragung, tiada siapa berani kacau...
ini ceritanya, dan ramai di luar sana memang dah kena dah cara samseng cara ah long yang court mammoth ni buat...
Tau kenape? Haa.. ni aku nak share sikit pengalaman aku masa beli barang kat courts mammoth. Dah lah penipu. Interest melampau2! Kalau ko bayar lambat je, dia charge interest. Dah macam bank kan?
Tahun 2008, bulan 11 kalau tak silap aku...masa tu aku ngan husband aku pi cari tv..coz TV kitorang time tu dah rosak. Kena sambar petir kut..aku rasalah..coz masa kitorang nak switch on TV tu tetibe TV tu macam tak boleh nak on. Masa time tu, kitorang still pakai TV kotak lagi.. 21 inci..TV tu bapak aku beli masa aku bujang lagi. Jadi buat ape nak beli TV besar2 kan. Zaman tu TV LCD baru2 nak famous & baru keluar... Aku ngan husband aku pun pergilah survey TV...Jalan2 gi cari TV...Hmm..cash tak cukup pulak..Kang bila pakai duit cash, nanti takde duit pulak nak survive kan? So we decide nak buat loan installment memandangkan aku punya credit card pun dah OVER THE LIMIT...
Kitorang pun JALAN-JALAN CARI TV....Kitorang pergi lah survey kat semua kedai peralatan elektrik HARVEY NORMAN, BEST, Jalan Pasar,.Kedai Ah Meng, Kedai Ah Chong, Kedai AH LONG, hUH? AH LONG? hehe dan kedai etc etc...dari KL pusing patah balik ke KL....Semua tempat lah kitorang survey...tapi hampa..takde satu kedai pun accept installment.Semua accept credit card & cash sahaja...
Pastu tiba2 kitorang baru terfikir nak cari kat SENG Q...Haaa! SENG Q! Kitorang gi lah SENG Q.. Kitorang g lah survey TV dulu...then kitorang tanya staff dia, ada buat installment ke tak.. Staff dia cakap ada..tapi kena pakai AEON installment (tapi bukan credit card tau). pastu aku tanya lah dia dokumen yang diperlukan. Pastu dia cakap ;
Photostat IC
Payslip 2 bulan
EPF Statement
EA Statement (Pendapatan Tahunan)
Salinan buku bank cover depan
Bank statement 2 bulan <- lebih kurang macam penyata ringkas la..tapi dia nak yang 2 bulan punya.
Naaahhhhhh...kau! Nak sangat buat installment kan....pastu aku ngan husband aku pun fikir dua kali.. Nak ke tak? Nak ke tak? Hmm..nanti dulu lah kut..Bukan ape, dokumen yang dia mintak tu macam lecehh & malas pulak aku nak sediakan. Pastu kitorang blah dari situ....Then baru terfikir nak gie courts mammoth...
Kitorang pun gie lah courts mammoth kat DAMANSARA sebelah IKEA. survey punya survey ...tak jumpa pulak tv yang kitorang nak...then sambung pi cari TV kat courts mammoth PJ. at last jumpa jugak TV yang kitorang nak beli..SAMSUNG 5 series 42 inch! Mula2 ingatkan nak beli 32 inch je, pastu tak jadi. Husband aku cakap alang2 beli besar terus je lah baru puas main game KATANYEEE..! Then kitorang tanya lah staff courts mammoth kat situ, nama dia Faizal kalau tak silap aku lah...boleh buat installment without credit card ke tak? Then dia cakap boleh...pastu aku tanya dokumen yang diperlukan. dia cakap "PHOTOSTAT IC & PAYSLIP SEBULAN JE"..hah! kan senang. tak payah nak banyak sangat dokumen. So, tanpa berfikir panjang & berbincang, both of us terus setuju & GRAB! Staff tu cakap "kita masukkan data u dalam computer dulu. Payslip bagi kemudian".. Aku pun apaaaa lagi...senyum lebarrr lahhhhh ingatkan dah boleh angkut terus TV tu balik rumah. rupanya tak. Dia cakap lebih kurang dalam seminggu kemudian baru diorang hantar.Lagi cepat aku bagi payslip lagi cepat lah diorang hantar.
Pastu, bila dia dah masukkan data aku ke dalam computer tu..Tetibe, dia suruh aku sign kat satu agreement ni..TERMS & POLICY. Selalunya jarang orang nak baca TERMS & POLICY yang panjang lebar tu kan.? Aku pun terus sign. Ish! silap aku gak time tu. main terus sign je...Pastu husband aku tanya pasal free gift... Yelah, kata beli TV besar dan mahal kan. RM4500 gituww...takkan takde free gift kut. Pastu mamat tu cakap ada. "Kita bagi HDMI cable free. tapi kita hantar skali ngan TV nanti" Husband aku suka lah tu bila dengar dapat free HDMI cable. Boleh main game!
Then bila dah gerak balik rumah tu, aku baru terperasan kat agreement tu.
Agreement loan 3 years.
TV : RM4,500.00
Interest : RM 2,710.20
Insurance : RM 119.00 (cover untuk setahun je)
Delivery : RM 49.00
Another charges lebih kurang RM700 ++ aku tak ingat ape..
TOTAL : RM8,126.20 !!
haa??? Gila dia punya charge sampai dua kali ganda! Boleh beli dua bijik TV!! Kalau aku tau aku beli kat SENG Q je! SENG Q interest dia baru je RM500. ye lah .. walaupun ada interest tapi takde lah melampau2 macam courts mammoth kan...? Dua kali ganda tuuuu....
Sekarang dah masuk 2 tahun lebih kitorang pakai TV tu..Lagi 3 bulan dah nak habis bayar..Adalah lebih kurang RM 684.13 lagi balance. Kalau ikutkan TV tu kitorang dah habis bayar & dah menjadi hak milik kitorang! tapi sekarang ni tinggal nak bayar balance interest je. Sialan punya courts Mammoth! Masa diorang hantar TV tu janji nak bagi HDMI cable..tapi hampeh! takde..aku tak puas hati, aku gie lah jumpa staff dia si Faizal tu.. Boleh pulak dia buat2 tak ingat aku..padahal baru minggu lepas aku beli tv tu. Ramai sangat ke customer ko kena layan sampai ko tak ingat muka customer.? Kalau dah dua tahun kemudian baru aku nak tuntut HDMI cable tu logik gak dia tak ingat aku kan? pastu aku gie lah tanya dia, "Saya ngan suami saya g beli TV samsung ari tu. awak janji nak bagi free gift HDMI cable. tapi masa diorang hantar hari tu diorang cakap takde & diorang tak tau pasal tu. diorang cuma deliver je." pastu dia boleh jawab ape ko tau " Owhhh yang HDMI cable tu memang dah lama takde stock." <--ko tak bengang dia cakap macam tu? kepala hotak dia takde stock! kalau dah tau takde stock tak yah lah janji ngan customer ada free gift kan? kitorang bukannya nak sangat free gift tu. coz husband aku just tanya je..Kalau ade FREE GIFT..ade lah..kalau courts kedekut nak bagi free gift nak buat cam mana. Terpaksalah kitorang beli HDMI cable tu sendiri. Aku terus blah dari tempat tu. nyampah. Started from that day aku benci gila kat courts mammoth.
2 bulan lepas diorang ada call suruh bayar installment yang tertunggak RM340.00 coz masa tu kitorang ada financial problem skit tak leh nak bayar. Pastu yang tak bestnya staff dia call time tengah2 bulan. dia cakap " Puan sila bayar hari ni dalam pukul 12." pastu aku cakap lah " Saya takde duit lah sekarang. masa gaji 25hb nanti saya bayar boleh tak? ".. " Tak boleh puan. nanti kalau puan bayar lambat kita akan charge interest." hm..lantak kau lah. aku pun terus letak phone. malas nak layan...pastu bila dah lepas solat jumaat tu.Aku receive SMS dari courts mammoth. " Kami tidak menerima sebarang bayaran dari pihak anda. Sila jelaskan bayaran anda sebelum jam 5.00 petang. Jika anda gagal membuat bayaran, pegawai kami akan datang ke rumah anda untuk mengutip bayaran." <--wohhhh dah macam AHLONG lah pulak. baca seterusnya di sini
klik
LEPAS BACA KORANG SEBAR2KAN.. KASI AJAR SAMA AH LONG BIADAB INI