Ahad, 11 November 2012

APAKAH TAKTIK KOMUNIS INI MAKIN MELUNYAIKAN BN/UMNO..

erm.. sebenarnya aku tak mau sembang panjang.. dan aku tak mampu nak cerita lebih lanjut.. tetapi kalau korang perasan.. taktik yang digunapakai pakatan sekarang... taktik membenci dan memalit rasa benci yang meluap-luap terhadap pemimpin negara semakin menjadi-jadi.. dan terbaru... rosmah mansur..(tengok gambar di bawah) dikatakan taktik pakatan ala komunis.. akan lakukan apa saja untuk melunyaikan kemimpinan ds najib cara begini.. serius.. yang suka dengan benda ini adalah orang muda.. pengundi muda.. sebab apa.. aku baru je bersembang dengan seorang hanba Allah.. dan dia pensyarah di sebuah universiti.. dan beliau kata... pru nanti bn mungkin hilang 2/3 sebabnya taktik cara komunis ini sangat berjaya... itu je dia kata.. walau dia orang kuat kerajaan...

terbaru mereka bahankan rosmah kaw-kaw...

gerak gempur bn/umno kena terima hakikat.. yang orang cina.. minta maaf mereka tidak memihak kepada bn.. mereka akan sokong pakatan sebab mereka faham dalam pakatan orang cina adalah abang besar... yang jadi masalah.. melayu dalam pakatan... mereka memang menjadi senjata untuk meranapkan kuasa melayu dengan jadikan melayu jadi pecahan 3 golongan... cukup licik...

yang kita kena lawan dan tarik kembali adalah sokongan orang melayu yang muda-muda... dan hamba Allah itu cakap.. memang tak nafikan budak-budak muda sekarang mereka ini memang di pihak pakatan... minda mereka nakkan umno itu runtuh walaupun memang mereka tahu melayu akan jadi balaci dan jadi kuli setelah pakatan mengambil alih kuasa di Malaysia...

taktik ini sama saja macam komunis dahulu.. ramai orang melayu join komunis masa darurat dahulu.. mereka bersama-sama menentang british pada masa itu... jadi kesimpulan nya... bn/umno kena kerja kuat beb.. dan bala tentera kita kena kerahkan untuk menyerang batallion mereka... jangan play save.. jangan gunakan taktik 60-an untuk menarik pengundi... ada jentera alam cyber kumpulkan dan.. inilah masa kita berperang... ingat..  melayu pakatan suka kalau kuasa Islam/melayu diranapkan... korang tengok saja selangor dan perak...

JADI.. LAWAN TETAP LAWAN.. KALAU TANAH INI KITA BIARKAN KIASU AMBIL ALIH.. KORANG TENGOK SAJA DI PULAU PINANG... APA JADI MELAYU SANA...

ps: alam cyber cara pakatan mereka upah beb budak muda berfb.. siap bagi brodband.. siap bagi elaun.. tu pasal korang tengok bila di you tube dislike lebih banyak dari like.. kita bn.:? kadang-kadang biarkan saja walau yang power-power saja dapat.. so kumpulkanlah kembali.. kalau nak beri upah.. beri je.. sbb dah tak leh dah biarkan pakatan bermaharajalela beb di alam cyber.. so kita nak biarkan... lu pikir lah sendiri...

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...