Selasa, 26 Mac 2013

gambar paling terbaik dari pengikut pas!! kagum aku beb!!

ni kira nak berjihad la ni.. kira jihad kalahkan umno le ni.. erm.. punyalah tak sedar patut mereka berjihad lawan orang yang nak jahanamkan parti mereka tu dari dalam.... umno sedara seIslam je pun.. yang dok dendam sangat dengan umno apa lah gamaknya teruk bebenor tengoknya... huh.. tapi tak mengapa.. sebab kita nak kata apa kalau mereka dah terlalu taksub... dan apa saja yang mereka buat.. semuanya betul belaka... hehe..

tapi kerana mereka tekad nak jihad berlawan umno dan segalanya telah terbukti sebab kita lihat sendiri apa jadi dengan keadaan taksub mereka terhadap parti mereka sendiri... hehe.. sebab adakah mereka sedar apa maksud majoriti dan makna minoriti?

semakin ramai sedar pas bukanlah satu entiti parti yang nak selamatkan Islam, sebab semakin ramai dah sedar pas hanyalah menjadi pak turut kepada dap dan pkr... dalam menifesto pakatan rakyat yang terbaru pun tak sebut langsung hudud, royalti dan negara Islam... aduhai.. itupun ramai dikalangan pentaksub tak sedar-sedar...

anda nilaikan

ramai dah sedar permainan pas, dan harap ramai lagi sedar dan insaf...

 ceramah kesedaran anjuran bn.. kita tengok auranya... dashyat beb





ps: kalaulah pas memang ikhlas dalam berjuang demi menegakkan Islam dari dulu lagi dah boleh ganti umno.. tetapi apakan daya cara politik radikal yang pas terlalu terikut cara pkr dan dap makin ramailah orang dah naik menyampah dengan pas... sedar-sedarlah

zul nordin dah bocorkan rahsia!!! erm camne ni weh!!

kartun yang perli orang takkan mau kalah.. ceh..

zul nordin adalah seorang yang paling dibenci oleh pekakas pr, kerana mulut bisanya kalau pekakas dengar beliau berceramah secara automatik saka pekakas mengamuk... itu pasal baru-baru ini di pulau pinang, zul nordin diserang hampir 60 orang pengikut tegar anuar ibrahim... mana tak berbisa... zul nordin perli masa mereka bertakbir.. "Allahhuakbar"

zul nordin kata... Allah yang mana kamu sebut tu... yang kristian punya ker, atau yang Islam punya, sebab ketua kamu setuju kalimah Allah digunakan oleh orang kristian... hehe.. pedas lagi hangat kalau dengar..

dari dr mim

Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu :

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.  

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas. 

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan. 
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful. 

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ”Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh“, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA “Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.” 

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..” 

6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak. 
***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul. 

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya. 
***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin 

8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya. 

9 – Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara).

***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)… taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah. 

10 – Setiap ahli Pas diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah ”wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik).Begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke Putrajaya.)

ps: ada pekakas pkr marah oo.. oi korang percaya ker apa cakap zul nordin ni ha. erm, sofar dalam 10 tu ada satu dah jadi dah.. bapa saiful dibeli.. erm.. perisikan terbaik ni.. so kita take note ye.. dan kita tunggu apa pulak game dajjal tu.. hehe..

nampak gayanya, MALAYSIA BAKAL ADA PM yang sangat licik!!! masak lah korang wei!!!

ramainya macai...

aku menjadi pelik, sebab.. mengapa sampai sekarang tidak langsung di henyak orang ini kemuka pengadilan.. apakah kerosakan lagi yang kita nak tunggu sampai kita jadi malaysia ini jadi punah ranah kerana dia.. apakah akan ada lagi drama yang kita sebagai rakyat biasa akan menyumpah seranah makhluk ini.. jadi.. anda ada otak fikirkan kewajaran mengangkat manusia paling licik yang wujud dekat malaysia ketika ini... shit..

misuari ada berjumpa dengan anuar ibrahim 2 kali...


16 Julai 2012, Anwar Ibrahim terbang ke Jakarta untuk bertemu - rakan kenalan lama Anwar sewaktu beliau masih lagi berada dalam kerajaan bersama dengan para komander MNLF. 

Pertemuan ini berlangsung di hotel Crowne Plaza Jakarta yang diatur oleh ahli parlimen Indonesia - salah seorang rakan baik Ketua Pembangkang, yang mengikut perintah Anwar.

Pertemuan pertama Anwar dan Nur Misuari di hotel Crowne Plaza Jakarta, 16 Julai 2012

4 Ogos 2012, pertemuan kedua berlangsung di Manila untuk memuktamadkan dan menandatangi perjanjian. Anwar melakukan penerbangan dengan menaiki pesawat MH 704 ..

Dan jika anda menyemak butiran penerbangan ini, anda boleh MENGESAHKAN dan MEMBUKTIKAN bahawa Anwar telah melakukan perjalanan ini, kerana beliau turut melakukan perjalanan ke Jakarta hanya dua minggu atau lebih awal.

Dalam mesyuarat tersebut, Anwar memberitahu beliau memerlukan PERTOLONGAN dan BANTUAN Misuari untuk memenangi pilihanraya umum ke-13. Anwar berkata pembangkang yakin untuk menang 82-85 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia.

Anwar TIDAK YAKIN untuk menang 57 kerusi parlimen di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Pembangkang mahu memenangi 30 dari 57 kerusi parlimen di Malaysia Timur bagi membentuk kerajaan majoriti yang cukup amat tipis tetapi selesa.

Anwar sentiasa boleh meningkatkan majoriti ini dengan menaburkan wang untuk ahli parlimen BN melompat parti setelah membentuk kerajaan. 

Dan untuk BERJAYA, Anwar memerlukan sokongan umat Islam di Malaysia Timur, khususnya di Sabah, dengan ramai daripada orang Islam Filipino diberikan hak kewarganegaraan dan hak mengundi.


Anwar berjanji kepada Misuari bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan, Sabah dan Sarawak akan diberi KUASA AUTUNOMI, sebagai balasan perjuangan Misuari lebih 42 tahun sejak tahun 1970. 

Kedua-dua negeri di Malaysia Timur juga akan diberikan royalti minyak 20%, peningkatan sebanyak 15% daripada 5% semasa. 


Nur Misuari bersetuju dengan terma perjanjian dan melantik Haji Ibrahim Omar sebagai penyelaras MNLF atau 'duta tidak rasmi' ke Sabah untuk membantu Anwar meraih sokongan umat Islam Filipina di negeri itu.

Dan ini adalah SEBAB UTAMA kerajaan Malaysia teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik apabila masalah muncul buat pertama kali di Lahad Datu.

Kerajaan tahu bahawa ada GENDA LEBIH BESAR dari keseluruhan episod ini walaupun ia tidak terlalu jelas lagi pada awalnya bagaimana kejadian ini bakal menjadi suatu SKIM yang lebih besar.

Mungkin pembangkang boleh menganggap insiden dan tragedi berdarah ini adalah sandiwara atau wayang.

Namun majoriti rakyat Malaysia tahu ada DALANG BESAR disebalik insiden ini.

ps: kalau dah ada bukti sahih dan dah dikumpulkan aku harap sumbat manusia pertualang ini ke dalam penjara, malah hukum pertualang negara ini sebagaimana pengkhianat agama, bangsa dan negara, sungguh memalukan kerana nak sangat jawatan pm, sampai sanggup cara paling dayus dilakukan.. fucker..

anak muda bila dijajah minda oleh pakatan rakyat!! ini lah jadinya...

apakah ini yang di bangga kan oleh pekakas pr?? ohh kira minda beginilah dikatakan revolusi.. dan minda begini dikatakan hebat dan berani... setakat dalam facebook bolehlah... jadi jaguh la...

ROSAK MINDA ANAK MUDA BILA PAKATAN RAKYAT WUJUD.. HARAP KENA KERAS SIKIT UNDANG-UNDANG KAT MALAYSIA NI.. BIAR ADA AKAL MAHKLUK-MAHKLUK MACAM NI..


ps: rosak rosak... hantar ke lahad datu baru ada akal... mau dia kencing dalam seluar...

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...