Selasa, 30 April 2013

[ALERT] APA ITU 'Cybertrooper Red Bean Army'

sememangnya aku rasa nyawa manusia Shen Yee Aun yang berani ni mungkin dalam bahaya beb! dan aku cukup perasan peranan cybertroop pakatan kalau ada posting video atau status fb yang panas dan gempar yang mengantoikan mereka, cepat aje unlike nyer, kalau video promosi diorang jangan cerita lah like macam air cepatnya, dah terbongkar yang tentera cyber yang bernama red bean army, mereka dah lakukan cara paling licik dalam membuat perang maya ini semakin kotor, katanya siapa yang berani terang-terang menyokong bn, ugutan yang sadis akan dilakukan terhadap mereka.

harap cyber troop bn alert hal ini!!


ps: makin dashyat permainan dap ek!! komunis style!! apa tak de panglima melayu yang ambil tau hal ini?

[EDISI PELIK] TIADA KATA BILA MELIHAT GAMBAR INI!

??????
??????

eh? kenapa ek? boleh sesiapa buat sidang media berkenaan gambar ini!


ps: angkuh boleh tetapi jangan keterlaluan, pesan ini khas untuk macai-macai pakatan!

#undi bn#malaysia maju#

[PARAH] DAH KELUAR UMNO PULAK DI KUALA SELANGOR!! pening, pening


keadaan ini akan berterusan minggu ini sebelum mengundi, ayat biasa dari pakatan rakyat adalah, ini orang umno masuk umno, hehe

propaganda mereka kata anuar ibrahim akan jadi pm 6 mei ini menjadi tanda tanya, APA BETUL KE? atau masing-masing dok garu kepala. sesungguhnya Allah akan membalas kepada orang yang angkuh, takbur dan sombong!! itu janji Allah.

360 keluar pkr masuk umno di kuala selangor


Kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat semakin goyah apabila 360 penyokong mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO secara beramai-ramai hari ini.

Kesemua mereka yang merupakan penyokong PKR Cabang Kuala Selangor itu bertindak menyerahkan borang keahlian mereka kepada Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Selangor, Ishak Baharom sekali gus menyaksikan pembukaan cawangan baharu UMNO di Pekan Ijok, di sini.

Pengerusi Penaja UMNO Cawangan Pekan Ijok, Dr. Ramlan Mat Sahri berkata, penyertaan mereka ke dalam UMNO adalah kehendak sendiri ekoran tidak lagi yakin kepada pakatan pembangkang yang telah membawa banyak masalah kepada rakyat khususnya di kawasan Ijok.

Beliau yang juga bekas ahli PKR dan merupakan abang kepada calon PKR kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Tanjong Karang, Mohd. Yahya Sahri, turut menyifatkan pakatan pembangkang tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat.

"Di Ijok ini, Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) adalah wakil rakyat. Bila rakyat ada masalah, dia buat tak tahu.

"Kita akui tersilap pilih pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008. Disebabkan pilih mereka, rakyat Selangor termasuk di Ijok yang menerima malapetaka," katanya di hadapan lebih 100 penyokong Barisan Nasional (BN) di pekan Ijok, di sini.

Yang hadir sama ialah Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar; calon BN DUN Ijok, K.R. Parthiban dan Yang Dipertua Kongres Melayu Nusantara, Datuk Tengku Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin.

angkuh dibayar cash!! ini situasi di kelantan!!

aku perasan propaganda pakatan terutama pas, mengerahkan tentera macai diaorang untuk memenuhi disetiap pelusuk tempat ceramah pas di kawasan panas, contoh di putrajaya. dengar kata ramai diimport dari kelantan membantu husam di sana, kita kena faham geng-geng taksub ni, apa saja ceramah wajib beb datang tolong hadir,

tetapi di kelantan, keadaan ini jadi tanda tanya. apakah benar revolusi perubahan di sana atau hanya cakap-cakap kosong? tetapi rakan aku dari sana kata, di kelantan memang dah berbeza dari dulu keadaannya, kalau dulu bendera, baju bn, orang kampung takut nak pakai, sekarang siap rumah letak bendera bn dan pakai baju bn satu keluarga beb!! ini yang terjadi,

MANUSIA ADA HAD SABARNYA, SAMPAI BILA DI RETORIK KATA KERAJAAN ISLAMIK, TETAPI TAK JAGA ORANG SUSAH? betul tak?

gambar di bawah adalah salah satu program di kb mall semalam!! anda nilaikan


ps: aku bermohon kepada Allah tunjukkanlah kebenaran hakiki kepada orang-orang yang taksub!! amin

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...