Rabu, 8 Mei 2013

azmin ali nak lawan tokey ke?

ait, betul ke azmin selamba sound tepet bang non beb, aku pun tak pasti, tapi kalau baca twitter dia dah macam lain, yang bang non ni pun satu, kalah tak leh terima, lepas tu nak ajak rakyat demo tak puas hati, najib dah nak start keje dah, ai tak habis-habis, dari sebelum pilihanraya, sampai dah dapat keputusan pilihanraya tak habis-habis poyo oo nyer bang non ni!

twitter azmin yang menjadi tanda tanya!


dan dibawah ini penyokong pakatan rakyat yang hadir di stadium kelana jaya.. 

sumber gambar dari blog apa

ps: lantak le kome hea.. bn menang pun..

#BETTERNATION# KE ARAH MALAYSIA MAJU!


AMAN, KESTABILAN DAN KE ARAH NEGARA MAJU!!

LAPORAN POLIS TERHADAP UTUSAN! SIASAT JUGA MALAYSIA KINI DAN AKHBAR KIASU!


Dua laporan polis dibuat terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel bertajuk Apa lagi Cina mahu? yang didakwa berbaur hasutan hari ini.


Kedua-dua laporan tersebut dibuat di Balai Polis Travers, Bangsar di sini oleh masing-masing seorang pengurus dan peguam.

Laporan pertama dibuat oleh seorang pengurus, Chok Ying San, 39, yang beralamat di Bukit Kiara di sini.

Pengadu menyifatkan artikel itu cuba membakar sentimen perkauman dan permusuhan kaum di negara ini dan meminta agar siasatan dijalankan terhadap akhbar berkenaan.

Pengadu kedua pula ialah seorang peguam, Sin Yoong Ming, 43, yang beralamat di Pelabuhan Klang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Lee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan sudah membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

"Polis sudah membuka kertas siasatan dan menyiasat lanjut aduan tersebut," katanya.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan muka hadapan bertajuk Apa lagi Cina mahu? yang mempersoalkan kenapa masyarakat Cina di negara ini tidak memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) walaupun mereka diberi layanan begitu istimewa oleh kerajaan BN.

Apakah itu dikira perkauman? sedangkan Malaysiakini, China Press,  terang-terang menghentam orang Melayu tidak pula dikatakan perkauman.

SUMBER KLIK SINI

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...