Selasa, 28 Mei 2013

[edisi santai] iklan yang tak terfikir dek akalmu

haha.. kretif yang sengal tak bertempat pulak iklan ni ye.. kih kih

Sebuah firma yang bernama M&C Saatchi ini cuba mempromosikan seluar dalam daripadaMiroslav Underwear. Tetapi, cara penyampaian iklan spender ni agak tak tercapai dek akalmu. Jom layan..





ps: kreatif manusia adakalanya sangat memeningkan orang lain memikior ideanya yang super sengal, keh keh..

sumber pen patah

kadang-kadang aku tengok geng-geng blackout ni keterlaluan siut menghina ds najib dan rosmah!! apa tindakan kdn?

nak mengkritik pun ada caranya, sampai menghina dah tak fikir haram jadah ke idak, sampai tak terfikir ini melaulaui batas ke idak, harap korang fikirkan lah sendiri mangkuh ayun geng blackout yang rasa dia hebat gila dalam alam maya ini.

cuma aku nak cakap, ia terlalu kurang ajar tahap jamban!! bankai..


ps: dalam alam maya nak mengkritik pun ada batas, sialan tul geng-geng blackout ni, pasal taktik gini lah pr kalah, padan muka..

dah pening ustaz azhar idruz nak menjawab ni, tapi pepun sekalung tahniah dah nikah kali ke-3, senangnya dalam hati!!

ustaz azhar idruz dah nikah kali ke-3, untung la, aku pun lum mampu lagi ke arah camtu, haha.. nak jadi salleh yaakob ek? pepun bak kata cerita p ramlee lah, madu 3, ai senangnya dalam hati kalau beristeri 2, kalau 2, 2 merajuk ana kawen 3.

tahniah ustaz azhar, lepas ni tolong jawabkan isu pegang lilin yang di buat oleh geng-geng blackout, sebab ramai nak tau jawapan bernas tu, sebab macai-macai dah pening nak jawabkan, hehe...

PRINTSCREEN YANG AKU PUN TERKEDU!!


ps: jenuhlah hai nak menjawab, kang silap haribulan ustaz azhar dok senyap jelah macam isu mcd tu.. ai dunia, dunia, tapi aku tetap salute lah cara dia dalam membawa dakwah cara santai, tapi ranking terbaik untuk aku sekarang adalah ustaz kazim elias.

harap pengomen jangan melampaui batas dalam mengomen ye!! kang gua delete komen yang keterlaluan!!

menipu je kejenya geng-geng kalah pilihanraya ni ek!

dah ketua mereka pun gitu, maka anak buah pun sama lah. hehe.. kadang-kadang pelik betul perangai manusia yang nak cari isu dengan cara memfitnah ni, ai.. patutnya geng-geng cywar bn pun kena buat jugalah dekat malaun pr ni. fitnah lawan fitnah, sampai bila lah nak dilayankan cara fitnah haramjadah pr ni oii..

sebab bn ni memang parti baik-baik, tak de nak serang lawan dengan cara fitnah melampau. tapi tulah kalau dibiarkan layan camtu cara pr ni, cerita fitnah pun orang terus percaya tanpa selidik, sebab aku sendiri dah jumpa orang yang terus percaya apa cerita internet, siap marah-marah, lepas aku terangkan, dan tunjukkan bukti sahih, baru dia senyap, masalahnya golongan suka cerita fitnah ni ramai, ni lah masalahnya.. harap pihak berkuasa kasi keras sikit dengan penyebar fitnah dalam internet ni, melampau mereka agak keterlaluan oi.. kang tumpo kerajaan dengan tentera setan dalam cyber ni, fitnah 24 jam... puih!!


buat fitnah pasal harga tol di lebuhraya pantai timur, 

fail lagi la pekakas pr ooiii..

Cacai sebar fitnah di sini dan sini.

- Untuk kelas 1 dari karak RM6.00 dan utk kelas 2 dari karak RM 12.00. 
(Sekali ganda)

- Untuk kelas 1 dari gambang RM11.10 dan utk kelas 2 dari gambang RM 22.20. 
(Sekali ganda)

Begitu juga yg lain kecuali:

Untuk kelas 1 dari Kuantan RM13.90 dan utk kelas 2 dari Kuantan RM 22.70. 

(Bkn ke sepatutnya sekali ganda utk kelas 2?? Setidak-tidaknyanya RM 27.80)

sumber oh politik

geng-geng blackout sakit hati bila tengok gambar ni

apo nak dikato, sebenarnya majoriti rakyat inginkan kestabilan supaya kita dapat hidup dan beribadat dengan aman, apa geng-geng black out tak jeles ke tengok gambo ni, keh keh

lokasi di putrajaya semasa pelancaran hari belia 2013, malam sabtu lepas... amacam edit ke ek?

ramai lagi belia berfikiran waras dari segelintir yang konon memperjuangkan blackout yang gagal

ahh edit, ni semua yang datang semua jahil, semua datang kerana saja nak buang masa, hehe itulah jawapan badas oleh geng blackout 505 untuk menunjukkan perhimpunan hati hitam mereka lagi gempak, yelah mana tak gempak siap pegang lilin ma.. haha.. pooodacit..

mereka membelasah sama mereka dah!! ni siapa nak jawab ni? haha..

wah ni kira camne ni, sama-sama membalun dan balun kerana pilihanraya punya pasal! kata pakatan rakyat, pakat la sangat, keke.. membalun dengan tidak peduli hal keliling, dah tak peduli sesama pakatan dah.. aa gaduh, gaduh, bagus... nanti orang semua tau yang pakatan ni hanyalah sejenis produk politik yang sangat gagal!!

bercakap mereka jelah yang kencang, berhujah mereka sajalah yang betul, tapi hakikat.. sama-sama bertinju sama sendiri dalam diam, ini macam nak harap memerintah negara? tu pasal lah kalah.. keh keh keh..



Pemuda PAS Gombak membalas kritikan yang dilemparkan oleh AMK terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menuduh sayap PKR itu menjadi penyambung lidah `macai’ Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.

Ketuanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, Pemuda PAS menyelar sikap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin memburuk-burukkan Presiden PAS di hadapan media.

Jika seminggu dua lalu Timbalan Presiden PKR (Azmin Ali) mengkritik Presiden PAS rentetan ketidakpuasan hati prestasi PKR Selangor yang ada kena mengena dengan jawatan MB Selangor, kini Ketua AMKnya pula mencontohi sikap tersebut.

Shamsul didakwa membuat kenyataan itu ketika berucap di kongres nasional PKR di sini pada hari Sabtu lalu.

Menurut Syarhan, AMK patut mencelikkan mata untuk membuat penilain terhadap sebahagian calon-calon pilihanraya dan wakil-wakil rakyat PKR supaya tragedi Perak tidak berulang lagi.

“Sebagai ingatan, mungkin AMK lupa, sejarah telah menyaksikan sebahagian YB-YB PKR yang diambil secara serkap jarang semata-mata untuk menghadapi pilihan raya sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada 2008.

“Bukan itu sahaja, malah sejak PRU 2008 Pakatan Rakyat dimalukan dengan insiden-insiden wakil rakyat PKR keluar parti seperti di Parlimen Bayan Baru, Parlimen Nibong Tebal, Parlimen Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Parlimen Kulim-Bandar Baru.

“Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat,” katanya dalam kenyataan media.

Syarhan berkata, Inilah perkara yang ditegaskan oleh Abdul Hadi kepada semua rakan Pakatan Rakyat sepanjang perundingan kerusi pilihan raya umum.

Namun, katanya PKR sambil lewa sahaja mengambil nasihat ini di beberapa kerusi.

Menurutnya, Presiden PAS tidak mencerca secara spesifik mana-mana calon walapun mempunyai maklumat.

“Perkara ini disentuh dan ditegur oleh pimpinan PAS dalam pertemuan tertutup tanpa melibatkan media seperti yang dilakukan oleh Ketua AMK kali ini.

“Puncanya tidak lain tidak bukan kerana PKR mengambil sebahagian calon tangkap muat dan berpotensi untuk lompat parti jika menang PRU dengan hanya diumpan dengan wang ringgit.

“Inilah pengkhianatan yang teramat besar iaitu mereka gagal memilih dan menapis calon yang berwibawa dan berkredibliti untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat. Inilah yang PAS dan DAP tidak mahu, kemenangan yang separuh jalan sebagaimana berlaku di Perak tempoh hari,” tambah beliau.

Syarhan mendakwa, tidak cukup dengan itu, PKR bermain kayu tiga membuat rundingan dengan PSM yang tidak pernah menjadi rakan sekutu Pakatan Rakyat dan perkara ini didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yang juga calon PSM di Semenyih.

Ini satu lagi bentuk pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat, katanya.

Ketua Pemuda PAS Gombak itu juga mengingatkan, AMK sepatutnya sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihan raya mereka.

Katanya, ini bukan kata-kata angkuh tetapi sekadar peringatan bersama serta realiti yang berlaku.

Buktinya, lihatlah di mana-mana sebahagian besar kawasan pilihan raya, petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap dan tidak cukup untuk menghadapi pilihan raya dan akhirnya ia dibantu oleh jentera Pemuda PAS.

“Ini suatu hakikat. Ia dilihat oleh rakyat, yang akhirnya menyaksikan ada beberapa calon PKR ditolak di peringkat parlimen sedangkan calon PAS di peringkat DUN menang besar,” katanya lagi.

PAS , menurut Syarhan, berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah,namun kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua dalam keadaan tiada petugas sendiri.

Beliau juga menasihatkan AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman Pakatan Rakyat bukan di media.

Pemuda PAS sukar menerima kenyataan tersebut dan tidak akan berdiam diri, kata beliau.

Menurutnya, Pemuda PAS boleh menghormati Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua PKR sekalipun ada banyak perkara yang mungkin tidak bersetuju.

Jadi elok kiranya AMK pun belajar beradab sebelum kemungkinan ada pula pimpinan yang lain mencerca DSAI di khalayak ramai disebabkan perbuatan tidak beradab itu.

Ini adalah teguran dan peringatan pada semua sebagai Pemuda Pakatan Rakyat yang ada akhlak dan adabnya, kata Syarhan.

dari blog gelombang wangsa maju

PRU15 boleh memudaratkan, kata Hamzah

 PETALING JAYA: Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya umum ketika situ...