Khamis, 6 Jun 2013

pru14, bn jangan harap lagilah undi di bandar!! gerenti kalah!!

peringatan : post ini tidak sama sekali untuk membangkitkan isu rasis, ini adalah ceritera yang memberi peringatan, HARAP MAKLUM!! risau le juga, sebab bila seorang melayu menceritakan pasal bangsa dia sendiri kang dituduh rasis, tapi sebaliknya kiasu semakin biadab dengan RED BEAN ARMY nya . hak bersuara ada batasnya, tetapi ini adalah simple peringatan kepada ORANG MELAYU DAN BARISAN NASIONAL!!

UNDI DI BANDAR TIDAK MEMERLUKAN BN! ITU REALITI!!

realiti yang tak dapat ditutup lagi, percayalah, nak tolong bagai pun orang di bandar, kaum cina adalah mojoriti di bandar besar di malaysia ini, dan melayu memang minoriti, itu realiti, percayalah, kalau dihulurkan kepala lagi sekali dengan melanggar tiang letrik kali ke-2 dan malah tak serik-serik langgar lagi kali ke-3, bn akan dikuburkan sebaik mungkin pru14 nanti, sebabnya undi di bandar takkan sama sekali memihak kepada bn, bukan nak cakap berdegar-degar, ini adalah realiti yang ds najib kena faham dan mengerti.

jadi bantulah kawasan yang bn menang, walau kampung sekalipun, takpe, bangunkan dan wujudkan bandar baru untuk orang melayu dan bumiputra dan  populasi orang melayu perlu ditingkatkan tinggal di bandar-bandar besar, sebab pru13 yang lepas, undi orang melayu terhadap bn terlalu baik dan hebat!! lupakan jelah kiasu-kiasu yang biadab tu, biarkan mereka, biarkan mereka dengan kemewahan mereka selama ini, bantu sebaik mungkin orang melayu, india dan bumiputra sarawak dan sabah, udah-udahle tu bagi muka kepada kiasu, cukup-cukuplah.

CUMA PESAN!! BAIK SEDAR SEKARANG DARI HILANG SEGALA-SEGALANYA AKAN DATANG, MASA TU NAK MENJERIT, MENYALAK, MEMEKIT PUN DAH TAK GUNA SEBAB KITA SEMAKIN MENJADI MINORITI, SEDAR-SEDARLAH YE... 

KUASA YANG DI PEGANG OLEH BN SEKARANG, BUKAN LAMA KALAU TAK SEDAR, MALAH AKAN DI BADAI OLEH MUSUH YANG SEDANG MENUNGGU LALUAN MUDAH!! JADI SEDARLAH!!

dan fikirkan kiasu tetap kiasu kerana mereka tidak sikit pun fikirkan keadaan kita yang banyak bertoleransi, kita sendiri banyak membantu mereka dalam banyak hal! tetapi mereka lemparkan najis yang busuk kerana mereka idamkan kuasa keseluruhannya supaya kita menjadi no-2 , supaya kita tidak mampu nak bersuara sikit pun, membantu sesama kita jauh sekali, jadi lagi sekali aku sarankan SEDARLAH!! (memang bukan semua orang cina macam tu, tetapi pru13 menunjukkan 97% undi orang cina terhadap dap(pr) dan hanya 3% sahaja mengundi bn)


ps: kerisauan aku sebagai orang melayu yang dulunya tok nenek moyangnya bertungkus lumus menjaga sebaik mungkin tanah keramat ini yang dinamakan tanah melayu, bersyukurlah kepada Allah kerana bangsa kita tidak pupus dengan kuasa walau selama ini berabad-abad dijajah dan dicela, dicaci, dihina, malah sedarkah kita dulu nenek moyang kita nak makan pun terpaksa dicatu, kerana kita tidak punyai apa-apa. malah bangsa kita dianggap bangsa yang lemah, malas, pendengki dan dituduh sebagai lanun. JADI KESEDARAN AKU BUKAN BERMAKNA RASIS, TETAPI KERANA IA DATANG SECARA AUTOMATIK KERANA SAYANGKAN NASIB AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KITA AKAN DATANG!! JADI SEDARLAH!! BELUM TERLAMBAT!!! tak salah aku menyedarkan diri aku dan kepada semua insan bernama melayu!! 

*JANGAN SALAHKAN DIRI ANDA BERBANGSA MELAYU KERANA KITA BAKAL TIDAK PUNYA APA-APA sekiranya kita tidak beringat dan leka!! maaf sekali lagi kerana tulisan dalam posting mungkin terRASIS sikit, tapi tidak keterlaluan!! 

BONGKAR PENIPUAN [email protected]


WARTAWAN Belgium, Michel Collon, menggunakan bukunya, ‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita berbicara mengenainya) untuk mendedahkan bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha mereka menyokong kewujudan negara haram Israel.
Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar disebarkan media Barat bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta menghalalkan tindakan negara Zionis itu.

Penipuan itu adalah:

1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.
Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu diluluskan Kongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.
Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk menakluk Palestin bagi menyediakan ruang untuk mereka membangunkan Israel.
Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939 hingga 1945.

2. Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke Palestin, Yahudi mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada tahun 70 Masihi.
Kata Collon, data itu hanyalah rekaan semata-mata.
“Saya bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel, termasuk Shlomo Sand, yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah berlaku.
“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka pada zaman purba.
“Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk menduduki tanah warisan tidak berasas sama sekali,” katanya.
Menurut Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke ‘tanah asal’ mereka di Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.
Memetik pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu negara Yahudi tidak wujud sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai negara tidak memiliki persamaan sejarah, bahasa atau budaya.
“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama bukan asas membina negara,” katanya.

3. Penipuan ketiga ialah dakwaan kononnya Palestin tidak didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya.
Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19.
Katanya, Perancis adalah antara negara yang mendapat manfaat daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.

4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela.
“Ini satu lagi penipuan,” kata Collon.
Menurut wartawan itu, memang ramai pihak percaya kepada dakwaan palsu berkenaan.
Malah, katanya, pada peringkat awal dia sendiri yakin terhadap tuduhan itu, sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, seperti Benny Morris dan Ilan Pappe.
“Kata Morris dan Pappe, warga Palestin dihalau dan dilarang kembali melalui kekerasan dan keganasan,” katanya.

5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib dipertahankan.
Kata Collon, Israel sebenarnya bukan saja negara melanggar undang-undang, malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi menjelaskan sempadannya.
“Semua negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang menyatakan had batasan masing-masing tetapi tidak bagi Israel.
“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang tidak mengenal batasan dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.
Melalui peraturan diguna pakai Israel, kata Collon, negara itu khusus untuk Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat sebagai ‘bukan manusia’.
“Ia amat bercanggah daripada demokrasi,” katanya.

6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel.
Pada masa sama, kata Collon, semua pihak tahu AS menyalurkan dana ke Israel sehingga RM9.7 bilion setahun.
“Wang itu digunakan untuk menyerang negara jiran Israel,” katanya.
AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan aliran petroleum di rantau itu tidak terganggu.

7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan di antara Israel dan Palestin.
“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.
Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, pernah memberitahu Israel bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU.
Industri senjata Eropah juga bekerjasama dengan Israel dan menyokong mereka secara kewangan.
Bagaimanapun, kata Collon, apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau kepada Israel menyerang Gaza.

8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit.
Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup mulut pihak yang cuba mendedahkan tembelang Israel.
“Apabila kita mengkritik Israel, ia bukan semangat anti-Semit, tetapi mengecam dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak dan taraf di antara Yahudi, Kristian dan Islam.
“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai agama,” katanya.

9. Media massa mendakwa Palestin punca keganasan.
Sebaliknya, kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana mereka merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.

10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin.
Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh dicapai.
“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di AS dan Eropah serta rantau lain di seluruh dunia,” katanya.
Bagi Collon, tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur Tengah.
“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita sama-sama melaporkan berita sebenar mengenai Palestin,” katanya. – Agensi

sumber : penpatahblogspot

sekali akhbar ni salah taip da!! hehe

ni mesti tak check betul-betul ni kan, haha.. kan dah kena kencing, kencing ke kencang da.. hahaha..
editor mesti pening kepala. haha.. menjawab la graphic designer, tak pun wartawan.. ayuk ayuk...


ps: kencing nampak?

penpatah blogspot

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...