al kisah
sekarang ini heboh, dalaman unit media maya bn, bercakaran sana sini, ada yang kata itu, ada yang kata begini, yang kena ds najib juga, apa dia nak dijadikan bahan lepas geram sebab ada dikalangan orang hebat kata mereka lah sebetulnya bukan mereka yang najib kenal, erk..
mereka kata najib tak memikirkan hal sebenar, banyak najib beri peruntukan bagai sampai ada yang kecik hati tak dapat, dan macam-macam cerita, macam-macam spikulasi, kadang-kadang aku rasa kerana termakan spikulasi dari musuh dalaman sendiri, maka bercakaranlah tanpa hala tuju, sedangkan kita perlu fikirkan bagaimana nak mempertahankan bn di pru14 nanti.
beb, fikirkan satu perkara, seorang pemimpin macam pm, pemikiran dia bukan macam kita yang hari-hari dok emosi tak tentu hala, cepat terasa, cepat fikir bukan-bukan, ds najib fikiran dia kita tak leh nak tangkap, tetapi dia sedia mendengar, apa ingat dia tak dengar ke keluhan dan kritikan, tetapi dia ada cara nak menyelesaikan, kita? kalau dah termakan emosi, di bawa sampai 24 jam cerita sama je, matlamat nak menguatkan jentera jauh sekali, spikulasi dan spikulasi, sampai perkara tak betul di jaja dan di hasut supaya ds najib menjadi bahan lepas geram, hul aloh!!
seorang general ada cara paling bernas dan intelektual cara dia berfikir, bukan cepat melatah, bukan cepat dengar cakap orang, JADI PESAN AKU, UDAH-UDAHLAH CARA MENCANTAS ORANG UNTUK KITA NAIK!! UDAH-UDAHLAH BERFIKIR MACAM KITA SAJA BETUL. ORANG LAIN TAK BETUL!!
kesilapan itu perkara biasa, jadi sepatutnya kita fikir apa perkara yang patut untuk menguatkan jentera maya kita, bukan merosakkan dengan cerita cap ayam golek!!
dah tengok belum filem ni? OLYMPUS HAS FALLEN
anda tahu apa itu mengawal minda cara intelektual dan cerdik tanpa dibawa emosi? ya itulah peranan pelakon morgan freeman, bayangkan kalau kita yang tahap iq emosi sekolah tak tinggi dan tak dapat handle problem besar? yang punah bukan kita seorang, malah keseluruhannya.
bagaimana nak selesaikan hal paling kritikal, paling sadis dan paling tak masuk akal demi menyelamatkan keseluruhan rakyat? so tengok dan nilaikan filem ini.
bukan mudah nak jadi seorang pemimpin negara, cakap senanglah, menyalahkan senanglah, kita? apakah pula sumbangan kita? udah-udahlah serang menyerang sama kapal lah wei.. gerak kerja kita sepatutnya di kukuhkan demi bn pru 14 nanti!!!