KUALA LUMPUR: MCA mempersoalkan dasar kerajaan yang dilihat mengurangkan pengambilan pelajar-pelajar cemerlang dari kaum Cina dan India daripada memasuki instituti pengajian tinggi negara ini.
Menurut Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong kerajaan perlu mengkaji semula dasar pendidikan tinggi dengan tidak mengehadkan pengambilan pelajar di dalam bidang kritikal.
"Kursus yang ditawarkan bagi bidang perubatan, farmasi dan pergigian semakin berkurangan. Kerajaan kena kaji semula dasarnya.
"Sebelum ini kita nak kedudukan negara kita tinggi di peringkat antarabangsa tetapi mengapa kita kurangkan pengambila pelajar ijazah (under-graduate intakes)? Ini satu strategi tak berapa kena sebab kita kena sediakan tempat yang cukup, bukan serahkan kepada IPTS kerana kadar yuran berbeza setiap institusi," katanya.
Sehubungan itu beliau meminta Kementerian Pendidikan memberi sebab kepada penurunan pengambilan pelajar-pelajar Cina dan India di dalam bidang-bidang tersebut di setiap institusi awam dan swasta.
Selain itu Wee mahu kementerian terbabit melihat kembali kepada mekanisme dalam menentukan kelayakan untuk memasuki sesebuah institusi dengan menumpukan terhadap kriteria, proses dan penempatan, selain bertegas ianya isu segera yang perlu diambil tindakan.
Malah beliau juga mahu penyelarasan terhadap sistem matrikulasi dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dalam mewujudkan daya-saing kemasukan pelajar ke institusi tinggi.
"Dari segi peperiksaan STPM dan matrikulasi ia perlu diselaraskan, terutamanya dari segi pemberian markah untuk kokurikulum kerana setakat ini matrikulasi untuk satu tahun dan STPM tujuh tahun," katanya.
Dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kompetitif, Wee berkata langkah penyelesaian perlu difikirkan segera supaya kerajaan mampu menyediakan peluang pembelajaran di peringkat tinggi kepada rakyatnya.
MCA terdahulu melahirkan rasa kecewa apabila ramai pelajar Cina gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2013/14.
Walaupun pengambilan pelajar Cina ke IPTA telah meningkat berbanding tahun lepas, namun peratusan pelajar tersebut hanya 19 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 23 peratus.
ps: hehehe.. kalau mca bagi kerusi lebih time pru lepas, ok lagi, ini dah la tsunami kiasu menolak bn, malah boleh dikatakan 95% menolak bn, so pru14 jangan harap kiasu-kiasu ini akan menyokong bn lagi, jadi..... hehe.. sendiri mau ingat la... mau lebih-lebih kasi kerja kuat sikit tarik orang cina kembali ke bn. ada berani mca... jangan jadi musang berbulu ayam dalam bn!!