Selasa, 11 November 2014
PERTELAGAHAN HANGAT ANTARA NOH DAN KIT SIANG DI PARLIMEN SEMALAM!!
10 NOV: Sidang Dewan Rakyat sekali lagi kecoh apabila dua ahli parlimen veteran iaitu ahli parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar dan ahli parlimen DAP Gelang Patah Lim Kit Siang bertikam lidah isu parti chauvenis dan perkauman.
Kit Siang sedang membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri apabila Noh mohon mencelah.
noh n kit siangIni ekoran kenyataan pemimpin DAP itu mendakwa wujud konteks tertentu apabila Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali tidak dikenakan sebarang tindakan berhubung kenyataannya yang ingin membakar Bible berbahasa Melayu.
“Peguam negara berkata, setelah dikaji, kenyataan Ibrahim Ali tidak dikategori sebagai menghasut.
“Adakah ini bermakna wujud konteks tertentu yang membolehkan seseorang mengugut mahu bakar Bible? Adakah wujud konteks mengugut membakar kitab suci agama lain dibolehkan,” kata Kit Siang.
Menurut Noh, perkara yang melibatkan agama perlu bercakap berlandaskan undang-undang.
Kemudian, Kit Siang bangun dan bertanya kepada Noh adakah beliau seorang yang sederhana (moderate) atau ekstrimis?
“Adakah YB seorang yang moderate yang berdiri bersama perdana menteri atau YB seorang ekstrimis?” soal Kit Siang.
Perkara itu menyebabkan suasana dewan gamat apabila wakil rakyat pembangkang meminta Noh menjawab soalan itu.
“Saya akan jawab. Saya jawab. Saya nak menyatakan, dengar baik-baik.
“Saya nak menyatakan bahawa saya ahli parlimen dan rakyat Malaysia yang mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan berdasarkan lima rukun negara. Kita bukan macam DAP. Chauvenis, Perkauman,” kata Noh.
Kenyataan Noh itu menyebabkan beberapa wakil rakyat pembangkang mendesaknya menarik balik kenyataan itu.
Bagaimanapun, tegas Noh, itu merupakan pendiriannya dan menegaskan seseorang itu tidak boleh dituduh sekiranya individu tersebut bercakap untuk mempertahankan hak yang termaktub dalam perlembagaan.
“Maksud saya, tidak boleh menuduh seseorang kalau seseorang itu bercakap untuk mempertahankan hak dalam Perlembagaan. Itu tak betul.
“Barang sesiapa mempersoalkan kedudukan perlembgaaan, orang itulah chauvenis. Janganlah nak salahkan apa yang ada dalam Perlembagaan,” kata Noh lagi yang menyebabkan Dewan sekali lagi kecoh.
Keadaan ini menyebabkan Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan beberapa ahli parlimen yang bangun supaya duduk.
“Saya terpaksa angkat bakul sendiri. Dalam hal ini, saya yang paling moderate,” katanya dan menangguhkan sidang pagi hingga 2.30 petang. -BNBBC
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PRU15 boleh memudaratkan, kata Hamzah
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya umum ketika situ...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...

Dah terang2 tau, DaPGi bukan percaya Tuhan..mereka fikir dgn BIBLE boleh mengacau market Melayu. Ada sesetengah pula percaya BIBLE akan mengkayakan mereka mcm Mat salleh.
BalasPadamMat saleh ni bangsa Aryan, malas ka, apa agama & tak ada pun tetap hansome & kaya.
Ibrahim Ali cuma mempertahankan agama sendiri, sesuatu yg dilarang di Malaysia. & Mahkamah kata Tuhan untuk God. God ada beribu2, Tri nity ada 3, Tuhan kawin Maryam dapat nabi Isa.
Manakala babi tak puas hati, Allah = God.
Salam. mohon mencelah untuk iklan
BalasPadamada hamba Allah ni nak jual tanah reserve melayu milik dia, tanah dikatakan di lokasi strategik, sedang dibangunkan dan berhampiran dengan banyak kemudahan, kononnya 2..3 bidang tanah sekeliling kawasan itu sudah dibeli oleh kaum Cina dgn menggunakan proksi Melayu, sedangkan hamba Allah ini berharap ada orang Melayu sebagai pemaju atau pelabur membeli tanah dia dengan harga yang berpatutan dan bawah dari harga jualan orang lain di kawasan itu..
apa apa pun lihatlah blog berkaitan di tanahpuchong.blogspot.com untuk keterangan lanjut