Khamis, 30 Januari 2014

[SEJARAH PURBA] MELAYU SUDAH LAMA BERKOMUNIKASI DENGAN ANGKASA LEPAS!!

satu impak maksima untuk akal memikirkannya, kadang-kadang langsung tak logik, tetapi pada pengkaji purbakala, kajian mereka bukan hanya melihat sejarah itu hanya masa dahulu, tetapi ia menjangkau pemikiran luar kotak yang tak mampu di perdebatkan.. adakalanya terfikirkah kita bagaimana kaum-kaum terdahulu mencipta monumen besar-besar yang berkait rapat dengan angkasa lepas, bulan, matahari, bintang dan paling hebat mengatahui nama plenet-plenet di luar sana, walau pada masa itu agak mustahil kita nak faham, mana mungkin teknologi itu wujud? tetapi kita tak faham keseluruhannya... mungkin ada kebenarannya... mungkin..








MELAYU SUDAH LAMA BERKOMUNIKASI DENGAN ANGKASA LEPAS

Dalam tamadun-tamadun silam seperti Maya, Aztec, Olmec, Red Indian dan sebagainya, banyak terdapat ukiran pada bangunan dan juga lukisan pada dinding gua yang menggambarkan kapal angkasa lepas dan makhluk asing atau 'alien'.

Patung-patung yang direkabentuk berupa seseorang yang berpakaian seperti angkasawan masa kini juga banyak bertebaran di tempat-tempat lain di dunia seperti India, China, Russia, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Ini bermakna manusia pada masa dahulu sudahpun agak biasa dengan fenomena kapal angkasa dan makhluk asing.

Mereka meninggalkan warisan dalam bentuk patung, relif dan lukisan sebagai ingatan kepada generasi akan datang supaya tidak terkejut jika berlaku hubungan dengan inteligen dari luar sistem solar kita kerana mereka terlebih dahulu sudah membuat hubungan yang sama, mungkin lebih intim bekerjasama.

Ini juga bermakna bangsa Melayu sudah lama berkomunikasi dengan 'alien'
dan makhluk-makhluk dari luar sistem solar atau Bim Sakti.

Ini kerana tamadun-tamadun agung seperti Maya dan Aztec telah diasaskan oleh leluhur Melayu ribuan tahun dahulu.

Buktinya adalah saling tidak tumpah seperti arkitektur bangunan dan seni binaan di Nusantara dengan Maya serta Aztec samada dari segi rekabentuk arca mahupun kegunaan mereka.

Bumi sudah dikunjungi pelawat-pelawat inter-planetary sejak awal-awal lagi.

Blogger Ajaque Rahman pernah menulis dalam blognya bahawa Bumi ini masih menjadi tempat tinggal bangsa-bangsa awal penghuninya seeprti Polippa Al-Hin, Polippa Al-Bin, Polippa Al-Tam, Polippa Al-Ram, Al-Jin, Al-Bashar Atalan, Al-Bashar Lamarakh, Paladin dan sebagainya.

Bangsa-bangsa ini mempunyai tamadun yang begitu canggih dengan tahap ilmu yang amat tinggi.

Sebagai perbandingan jika manusia masa sekarang hanya mampu menggunakan setakat 2 persen sahaja kapasiti inteligen otak mereka bangsa-bangsa ini mungkin sudah mencapai tahap 50 - 60 peratus.

Kemampuan telepathy, sains dan teknologi amat maju sekali.

Jika kita perlu ke hospital, mereka hanya perlu scan sahaja apa-apa penyakit dalam badan mereka atau kecederaan yang dialami dan terus sembuh begitu sahaja.

Umur mereka panjang dan mampu memanjang jangka hayat mereka kerana teknologi yang mereka miliki.

Ada yang mampu hidup antara 7,000 hingga 10,000m tahun.

Apa yang anda lihat di dalam filem bikinan Hollywood seperti Avatar, Star Wars, Lord of the Rings, Prometheus, Stargate, War of the Worlds, 13th Planet, Aliens, Narnia dan sebagainya adalah semua benar belaka.

Inilah adalah antara makhluk yang pernah mendiami bumi ini dan sesetengah spesis mereka masih lagi bermastautin di sini.

Persenjataan paling canggih manusia zaman ini pada mereka sudah ketinggalan zaman beberapa kurun.

Kapal angkasa lepas yang terhempas di kutub Artik penulis paparkan pada artikel yang lepas bukanlah insiden baru.

Kapal tersebut sudah berada di dalam lapisan air sejak ribuan tahun lalu.

Kemungkinan besar ia adalah dari gugusan planet Melayu iaitu Sirian dan Pleiades kerana yang berkunjung ke Bumi tetapi telah ditembak jatuh dalam peperangan inter-planetary yang terjadi ketika itu.

Dikatakan telah ditemukan beberapa artifak dan ukiran pada dinding dalaman kapal angkasa tersebut yang mempunyai ciri-ciri kemelayuan. Mungkinkah keris?

Seterusnya penulis akan membongkar lebih banyak bukti hubungan bangsa Melayu dengan bangsa 'alien' pada makalah akan datang.

sumber klik sini

[TERGEMPAR] KAJIAN DNA MEMBUKTIKAN MELAYU LAHIRKAN CINA DAN INDIA








KAJIAN DNA BUKTI MELAYU LAHIRKAN CINA DAN INDIA

Satu strategi yang digunakan penjajah untuk menghalalkan tindakan menjajah sesebuah negara ialah dengan mereka-reka teori asal usul kewujudan bangsa yang mendiami negara tersebut.

Di Nusantara, di arah pengkaji-pengkaji Barat supaya membuat pelbagai teori mengenai asal usul bangsa Melayu.

Maka sejarawan Barat seperti J.H.C. Kern, R.H. Geldern, J.R. Logen, J. R. Logen pun merumus teori datang dari wilayah Yunan China atau Taiwan.

Mereka pun saling menyokong teori yang mereka sendiri cipta untuk menerangkan kepada bangsa Melayu dari mana mereka datang.

Yang peliknya ada juga pengkaji sejarah berbangsa Melayu yang bersetuju dengan pendapat rakan-rakan mereka dari Barat malah dalam pertahankan teori tersebut mereka lebih bersemangat lagi daripada pembuat teori itu sendiri!

Tapi tidak ada satu pun teori yang mengajak bangsa Melayu berfikir kemungkinan mereka tidak berasal dari Yunan atau Taiwan tetapi sebenarnya sudah beranak pinak dan bersemenda sejak puluhan ribu tahun lagi di Nusantara.

Fakta Melayu datang dari Nusantara dan kemudian menyebar ke merata dunia serta melahirkan bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India ditutup kerana ia merupakan rahsia besar bangsa Melayu yang tidak boleh diketahui oleh bangsa ini.

Sekian lama bangsa Melayu ditipu penjajah kerana mereka mahu memiliki Tanah Melayu dan seluruh kawasan Melayu di Nusantara.

Mereka mahu mahu mengabsahkan penjajahan ke atas bumi Melayu atas hujah Melayu pun kaum pendatang maka tidak salah jika menaklukinya sebab tidak bertuan.

Sebab itulah menteri MCA, Lee Kim Sai mencetuskan kontroversi pada tahun 1986 apabila beliau juga mengatakan bangsa Melayu adalah juga kaum pendatang seperti mereka.

Atas keceluparan dan kebiadapan beliau, Kim Sai pun dianugerahkan pingat kebesaran membawa gelaran Tan Sri!

Melayu dibodohkan dan terus diperbodohkan tanpa mereka sedari.

Singapura juga memainkan peranannya untuk menidakkan asal usul Melayu dengan menerbitkan buku bertajuk "Contesting Malayness - Malay Identity Across Boundaries" pada tahun 2004.

Buku ini disunting oleh Prof Timothy P Bernard dari National University of Singapore dan dicetak oleh Singapore University Press.

Buku ini hanya menambah nilai kepada yambung hikayat yang dipintal oleh penjajah dengan mendakwa bangsa Melayu sebenarnya tidak wujud langsung. Pulak dah...biar betul!

Yang wujud hanya suku-suku kaum yang kemudiannya disatukan atas dasar politik dan diberi nama baru iaitu Melayu.

Sungguh pandai Singapura memainkan peranannya sebagai balaci Barat untuk mengelirukan dunia.

Keadaan ini mula berubah apabila Human Genome Organization (HUGO) di New York yang mengumumkan hasil kajian selama 15 tahun ke atas mitochondria DNA.Kajian HUGO membuktikan bangsa Melayu adalah ras yang kedua tertua di dunia selepas bangsa Arya.

Sekaligus kajian ini juga menyanggah usaha jahat Singapura dan membakulsampahkan semua teori-teori lapuk Barat yang menjadi anutan dunia akademik selama ini.

Kajian ini bersifat teknikal tetapi penulis akan mengupasnya dalam bahasa yang mudah difahami.

Cerita bermula dengan penemuan fossil tertua manusia moden atau homo
sapiens berusia antara 150,000 ke 200,000 tahun dahulu di situs Herto,
wilayah Middle Awash, Ethiopia.

Hasil kajian daripada penemuan ini menghasilkan Teori 'Out of Africa'.

Kini kajian HUGO telah mengesahkan teori tersebut dan menjadi fakta bahawa generasi manusia hari ini bermula dari kumpulan terawal manusia yang berhijrah dari Horn of Africa atau Tanduk Afrika 2,000 generasi atau 55,000 ke 60,000 dahulu.

Majalah berprestij, ‘American Journal of Human Genetics’ mengesahkan Semenanjung Arab menjadi pentas pertama (first staging post) atau kolam
pembenihan kumpulan terawal ini dari Afrika sebelum penyebaran ke seluruh dunia melalui beberapa juraian atau 'haplo group'.

Dipendekkan jalan cerita, setelah Semenanjung Arab tidak lagi sesuai didiami manusia disebabkan perubahan cuaca di zaman air, leluhur manusia ini berhijrah melalui pesisiran pantai hinggalah sampai ke pentas atau benua Sunda kira-kira 65,000 tahun lalu.

Di benua Sunda, inilah lelulur bangsa Melayu dari juraian Senoi dan Semang
yang berasal dari pentas pertama bersemenda lebih kurang 25,000 tahun sebelum berhijrah China melahirkan bangsa Cina dan merepopulasi benua India lantas melahirkan bangsa India hari ini.

Hikayat Melayu ini baru dikesan sampai setakat 65,000 tahun sahaja dan Melayu bertamaddun lebih lama daripada itu.

Cukuplah untuk pengetahuan kaum pendatang di Malaysia yang kini beriya-iy mahu menggulingkan kerajaan dan mengambil alih negara ini bahawa mereka lahir dari sulbi leluhur Melayu.

sumber klik sini

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...