Selasa, 13 Mei 2014

APA HEBATNYA CYTRO PR DALAM MENYIMPAN ISU BESAR?

sebenarnya aku perasan kalau apa-apa hal sekali pun terjadi dan keburukan yang sangat busuk terjadi dalam pr, tidak satu pun hal itu dibesarkan oleh cytro pr, terutama isu pemilihan pkr yang terang-terang hampeh, rosak, jahanam, punah, meloyakan, tapi hebatnya mereka ini tidak sikit pun keluarkan cerita dalam blog, fb, twitter, pemimpin mereka senyap, hanya sinis-sinis sahaja... wave tu tak nampak, walau dikalangan cytro bn dah kaw-kaw keluarkan isu kebusukan pemilihan pkr tu... anda nampak?

tapi kita, termasuk aku la ni, kadang-kadang terikut dan ter ter over juga kalau sesuatu isu terjadi dekat bn/umno. isu buruk dalam umno dibantu oleh cytro macam kita juga... itu yang masalah, sebabnya.. isu tu kita yang panaskan, kita yang bongkarkan kita bakarkan, kita sebarkan, yang membaca dan yang bertepuk tangan adalah orang pr juga... sebab isu tu diaorang tak perlu publish lebih-lebih, kita cytro bn yang tolong buatkan... hah, nampak?


INI YANG TERJADI, MALAM TADI HEBOH ISU BESAR DALAM POLITIK DI NEGERI TERENGGANU, AMATLAH PANAS BERDENTUM, DAN PAGI INI TERSEBAR PULA KATA AKAN ADA RAMAI LAGI AKAN KELUAR UMNO, SEDANGKAN CERITA ITU TAK BETUL...

PALING SENSASI, RAMAI CYTRO BN DOK SEBARKAN KATA AKAN DIBUBARKAN DUN DALAM MASA TERDEKAT, SEDANGKAN PIHAK ATASAN TAK KATA APA LAGI PUN...

NAMPAK? TU PASAL RASANYA CYTRO BN LAH YANG SEBARKAN CERITA YANG TAK SEPATUNYA DISEBARKAN, YANG TEPUK TANGAN GELAK GARU PERUT SIAPA? HAH PAK LEBAI PAS LAH!!

apa lah nasib melayu, bertelagah sama sendiri kerana kuasa... sedih, sedih... huhu.. apalah nak jadi..

dah sudah!! terengganu bakal pas ambil alih dalam masa terdekat?

sebelum tu aku ucapkan tahniahlah kat penyokong pas, anda boleh tidur dalam senyum, senyum lebar yang kata-kata makian dan cacian terhadap umno dah menjadi kenyataan, kejayaan anda dah dibuktikan tidak lama lagi...

YAHOOOOO.... TERENGGANU BAKAL DIAMBIL ALIH PAS!! TAHNIAHLAH... BUAT DS NAJIB BUATLAH SESUATU... JANGAN ESOK... TRANSFORMASI KONONNYA, TAPI HANCUR LEBUR PULAK JADINYA PARTI UMNO...

AKU SAYANGKAN UMNO, TAPI AKU BENCI DENGAN PEMIMPIN OTAK CILAKAK DIDALAMNYA... JADI.. BUATLAH SESUATU, KRISIS UMNO TERENGGANU DAH SAMPAI KE TAHAP KRONIK NI!!

klik untuk besar!

bertepuk riang puak pas beb. ades.. kerana kerusi mb, habis negeri taruhannya... what the setanisme, tapi kadang-kadang strategi politik yang dibuat, orang biasa tak dapat baca game ini, apakah sebenarnya berlaku?


adakah percaturan yang konon dapat menyelesaikan masalah ini membolehkan perkara yang sangat baik akan berlaku? adakah ini taktik kerajaan perpaduan? maksudnya berkorban demi kerajaan perpaduan bersama pas?

serius tak pasti... dan tak mengerti.. bijak pandai, pandailah kau settlekan, mungkin cara ini yang digunakan bekas mb terengganu, mat said saja nak kasi jantung ds najib terkejang sebentar.. mana tau, dia saja je kot.. hati dah panas... 

ps: kadang-kadang aku dah naik menyampah dengan dunia politik, aku terfikir apa nasib bangsa aku, anak cucu aku pada masa akan datang, tu sebab aku masih berkecimpung dengan dunia politik walau tak da apa-apa jawatan... think tank!!

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...