Rabu, 4 Jun 2014

TAULADAN BUAT BANGSA MELAYU ISLAM SEMUA! BACA DAN SEBAR!!






MANUSIA YANG BERNAMA OTHMAN WOK - TELADAN BUAT PENGKHIANAT BANGSA.
(Dari zulhairifetani blogspot)

Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar ia tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan saja yang mahu mengambil pelajaran..Ini bukan soal rasuah dan kronisme. .. Ini soal mempertahankan legasi nenek moyang kita.

Pada awal 70 an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.

Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan rakyat terutama pemimpin PAS yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad. ADAKAH KITA MASIH LAGI BOLEH DIPERBODOHKAN DAN MENERIMA MELAYU SEPERTI OTHMAN WOK SEBAGAI PEMIMPIN KITA?

Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura adalah bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu Singapura.

Beliau menyertai PAP selepas beberapa hari sahaja penubuhannya pada tahun 1954. Ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja melayu (seperti apa yang PKR perjuangkan sekarang ini. Ketika itu beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata serta dasar anit raja-raja melayu di dalam akhbar "Petir" sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP (sama seperti Harakah). Selepas itu beliau dipilih sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.

Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang Melayu. Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura. Beliau juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah dirancang oleh UMNO dan Tunkulah dalangnya. Beliau amat gembira tentang berita pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang beliaulah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu kuan yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan Kuan Yew dan membenci Tunku.

Sehingga sekarang ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampun-kampung Melayu menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan Tunku. Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu malu dengan kekalahan itu beliau menuduh UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia. Apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita itu maka seluruh penduduk berkumpul dihadapan pejabatnya di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabatnya dan memaki hamunnya sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Othman Wok sekali lagi bertanding di parlimen Pasir Panjang dan kali ini beliau menang atas bantuan dan sokongan dana dari Kuan Yew.

Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan Cina ini di letakkan di bawah jabatan Perdana Menteri. Selepas 14 tahun beliau menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet Kuan Yew.

Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling top di Singapura. Sesungguhnya manusia yang bernama Othman Wok ni adalah seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah Melayu moden. Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Takkan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura? ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ni ada dan hidup membiak di dalam negara kita.

ps: aku akan mempertahankan tanah air ini dari pembangsat sebegini, kepada macai pr, patut korang benamkan kepala korang dalam tangki air, bagi penampar sedas, harap korang boleh insaf!!

isu hudud pulak dikatakan punca kekalahan dap di teluk intan, pas jadi ungka bisu lagi!


apalah nasib pas, bertungkus lumus menjadi jentera untuk dap di prk teluk intan baru-baru ini, ada yang sanggup ambil cuti, belanja sendiri ke teluk intan, semata-mata demi dapku sayang, mereka sanggup dan rela memaki hamun orang segama dengan mereka iaitu umno semasa berkempen, demi chuvanisku sayang, mereka sanggup membuat lagak bodoh demi mendapat perhatian orang teluk intan untuk menyokong dyana.

tetapi itulah yang dinamakan, habis madu sepah dibuang, hanya digunakan jentera pas itu untuk menjadi keldai dap, kita tahu di prk teluk intan, krisis dalaman dap memang dah tak leh nak disorokkan lagi, jentera dap tak nampak muka, harap pas je yang dapat mewarnai suasana prk sabtu lalu, kesian pas, tak sedar-sedar lagi ke apa?

KESIAN PAS!! HINANYA PAS!! MASIH TAK SEDAR KERANA HANYA DENDAM DENGAN UMNO? MASIH DI KHAYALKAN KERANA BENCI DENGAN UMNO? OHH PAS, AKU SEBAGAI INSAN YANG SEAGAMA DENGAN KAMU, SUDAH-SUDAHLAH, MALU DEKAT ALLAH, JIKA MARUAH PARTI KAMU LACURKAN DEMI SEBUAH KUASA CIPUT!!

SUDAH-SUDAHLAH!!





ps: sudah-sudahlah

akhirnya maloyakini disaman oleh ds najib

harap tak settle luar mahkamah ye, malaysiakini ni adalah web haramzade, perosak, pemfitnah no.1 di malaysia, jadi kasi ajar sikit, baru dia tau!!

gelombang menjahanamkan media pr kini bermula.. ayuh kita punah ranahkan mereka!!


ps: molyakini yang meloyakan

APA BETUL ZURAIDAH TELAH DITAWARKAN DENGAN HARGA TINGGI UNTUK WATAK MAK LAMPIR OLEH SEORANG PENGARAH FILEM?

hehe..amacam, ada ke pengarah filem nak tawarkan dia jadi mak lampir versi malaysia? wakaka.. merapu aje ko ye zuraidah, almaklumlah, dap dah kalah kat teluk intan, hahaha..

selalunya puak pr takkan boleh terima kekalahan, akan meroyan macam ungka, kalau mereka menang, mereka senyap, malah menghebahkan kata pr adalah parti pilihan ramai.. keh keh.. sekarang sudah terbukti, rakyat bukan semua nak memihak kepada pr, mereka sudah mampu berfikir dengan waras dan sudah dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata!!

dalam bn pimpinannya adalah orang Islam, dalam pr dominannya orang chuvanis, takkan tak leh nak fikir, takkan tak mampu nak sedar? pkr sendiri parti punah ranah, pemilihan pun hancur, nak nasihatkan orang, pooodah...

next stage, dap akan terkontang kanting sebab sokongan orang pas dan pkr pun dah tak menyebelahi dap lagi, teluk intan bermulanya gelombang itu!!

sumber cerita klik

Agong berkenan Parlimen bersidang semula, tapi kenapa Putrajaya senyap, soal Najib

  PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan kehairanan beliau apabila kerajaan kerana tidak memberi sebarang maklum balas...