Rabu, 17 September 2014

adakah berita ini membuatkan spisis kera anwarinas memberontak?


mungkin ada kebenaran, adakah ini perihal perpecahan pas dalam pakatan semakin melonjak kuat, semakin tersemai perpecahan paling dashyat dialami oleh pas, berpecah dua kerana seorang insan bernama anwar ibrahim aka ketum.

ni semua aku punya pasal, keh keh keh..

jadinya perpecahan ini berkemungkinan pas akan keluar dari pakatan, atau bersama dengan pakatan dengan dibahagi dua, pasma dan pas asal, agak-agak siapa yang kaut untung dalam perpecahan pas ini? ramai orang kata umno, tapi hakikat umno tak terkias langsung dengan apa terjadi dalam pas, sebelum ini umno tak kisah pun bergabung dengan pas, sebab paling utama ukhwah sesama Islam tu yang perlu dijaga, kuasa mutlak orang melayu Islam tu yang perlu dijaga, bukan mengikut kata kafir dan liberal, hah sekarang rasakan, dalam pakatanlah yang rosakkan pas.

kenyataan harun din ini akan membuatkan segerombolan pentaksub pas yang membenci umno tahap kritikal meroyan 24 jam, tengoklah... sampai pro hadi dan anwarinas dah berperang dalam alam maya sekarang ini.



ps: kalau pas bergerak sendirian sebenarnya lagi mengukuhkan pas atau menjahanamkan pas?

perangai pas yang dari dulu takleh nak ubat - umno tu tak layak masuk syurga dan haram bagi mereka digelar ustaz!!


perangai begini dah diajar dari kecik, hari-hari mereka didoktrin begini, asal nama umno, kena benci tahap melampau, walaupun kebencian meluap-luap itu sampai tahap nak kokak tengkok orang yang jadi sokong umno, dah macam vampire pulak ye, hehe..

sampai kalau orang umno tu dianggap najis, felemek, bayangkan parti yang dibenci tahap kronik inilah yang bantu ramai dikalangan anak-anak mereka ke universiti, ada yang belajar sampai ke luar negara dengan duit biasiswa, alasan mereka dah nama pemerintah, memanglah kena bagi pada yang layak, nak tanya, kalau pas memerintah adakah betul pas boleh buat macam tu, tak kira bulu, ini sebut nama umno pun saka automatik merasuk..

sampai BR1M pun ramai orang di kelantan dapat, kerajaan pusat tak mengeluh pun, sebab nak tolong, tapi tulah, kalau hati dah ditaut kebencian, nak ubat pun payah, jiwa kacau, tapi percayalah, Allah itu adil, dialah perancang sebaik perancang, yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari pak lebai pas yang terlampau taksub maksimum kerana politik kebencian.

kerana ketaksuban merekalah, perpecahan mereka makin ketara, janji Allah itu pasti, kita tunggu dan lihat bagaimana, pesan gua kepada pelahab taksub pas, sudah le tu, sampai bila lu orang nak bermusuh ni?



ps: Islam patut bersatu, tapi kerana kebencian habis lu orang pijakkan kerana kuasa.. gila punya pas

SERAM GILA ! GAMBAR PUNTIANAK MUNCUL DI KOMPLEKS KASTAM ALOR STAR


Gambar penampakan makhluk yang dipercayai pontianak dirakamkan oleh seorang kakitangan Unit Pencegahan Penyeludupan Kedah pada satu jamuan hari raya lepas.

Gambar tersebut dirakamkan di Kompleks Kastam Alor Star. Agak menyeramkan kerana didalam gambar berkenaan terdapat penampakan lembaga putih yang dipercayai sebagai hantu pontianak.

ps: gila tanjat boboi melihatnya.. ades..

Shazni dilantik ketua pemuda PH, namun ditentang dalam AMK

 Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baru. Namun pelantikan itu, yang diput...