hari selasa ini, pada tarikh 23 september 2014, terjawablah sudah siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor yang baru, tanda tanya siapa tidak diketahui, hanya pihak istana sahaja yang berhak memberi jawapan, kita tunggu.
Azmin Ali bakal MB ke? entah?
paling ketara dikatakan nama Wan Azizah tidak ada dalam senarai, tu dia, panas hati lagi Anwar Ibrahim, malah desas desus kuat mengatakan Azmin Ali yang akan menjadi menteri besar yang baru bertambah kuat dengan tersebarnya posting di facebook dengan tagline nama Azmin sebagai MB baru, lagilah berbulu tahap cipan Anwar Ibrahim aka ketum.
Dr Idris Ahmad, layak ke dia aku kalau jadi mb?
malah nama adun ijok, Dr Idris Ahmad juga tergiang-giang dalam laman sosial juga yang berkemungkinan dia juga bakal dilantik menteri besar selangor yang baru, entahlah, mungkin tidak kot.
tapi paling trill sekiranya nama ini disebut-sebut (juga takkan mungkin sama sekali), Ng Suee Lim adun dap skinchan, jangan ambil serius kepada pembaca semua, kalaulah adun dap dipilih, mungkin tidak sama sekali, sebabnya syarat undang-undang tubuh negeri selangor, sekiranya nak menjadi menteri besar selangor mestilah seorang Islam dan Melayu.
Eg Suee Lim - mana mungkin saya terpilih ma
tapi kalau dap nak juga jawatan tu, Eg Suee Lim kenalah masuk Islam, boleh? terperanjat beruk pulak dia nanti, nama dia mungkin boleh jadi macam ni, Wan Azmin Iskandar Abdullah (bukan nama sebenar) - jangan marah ya yb, gurau sikit aje keh keh keh.
Iskandar Abdul Samad paling layak setakat ini
tapi nama paling kuat dikatakan selain Azmin ali, adalah adun pas, Iskandar Abdul Samad, dia ni boleh dikatakan nama paling disebut-sebut sebelum ini, berkemungkinan Sultan akan memilih adun dari pas, pada pendapat penulis, dia agak bersih dalam pas, dia paling layak, walaupun pas selangor mengatakan akan menolak jawatan itu sekiranya pas dipilih, sebabnya jawatan menteri besar termaktub untuk pkr di negeri Selangor.
tapi paling kecewa nak tahu siapa? Wan Azizah dan Anwar Ibrahim lah.. keh keh, harapan menggunung inginkan jawatan MB, tapi realitinya Wan Azizah tidak layak, apalah nasib kau ketum oii..
sob sob, impian i musnah sama sekali nak jadi mb, sob sob
dan insan yang paling pening
aku pening, aku pening... berserabut kepala aku la...
realitinya jawatan Menteri Besar Selangor semakin panas berdentum,,, kita tunggu dan lihat, harap kalau dah dilantik nanti, jagalah negeri bertuah ini, pepehal pun kesian gila Khalid Ibrahim.. kena tendang macam bola kerana idea 'Langkah Kajang', idea dari pakar strategik pondan abad ini, rafizi ramli..
ps: apa yang ditulis dalam blog ini berkenaan nama menteri besar baru sekadar pendapat dan imiginasi penulis, tidak ada kesahihan dalam kenyataan mana-mana nama yang disebut, hanya satira usikan politik untuk tatapan rakyat selangor, supaya berfikir, pakatan rakyat sememangnya bawa masalah, harap maklum.