Sabtu, 18 Oktober 2014

jokowi cadang naikkan harga petrol dan diesel sehingga 50%


harga petrol dan diesel akan dinaikkan sehingga 50% di indonesia. kesimpulannya, tiada lagi harga murah untuk minyak petrol dan diesel di dunia ini? kecuali di negara arab, veneuzela dan lain-lain.

hakikat, di indonesia kalau diikutkan rakyat miskin tegar lagilah banyak dari negara kita, sistem disana berbeza, di sini rakyat pertengahan boleh dan mampu menjadi lebih baik kehidupan sekiranya pandai mencari peluang kerjaya dan perniagaan (tapi dikalangan anak muda disini diracuni fikirkan semua mengharap boleh dapat free).

di malaysia, kerajaan mengurangkan subsidi minyak sebanyak rm0.20 sen, di kalangan yang tak berpuas hati tu majoriti yang bekerjaya bagus, ada kereta besar, hidup ala ala orang atasan, senang cerita yang tinggal di bandar lah, sedangkan di bandar besar, peluang mencari peluang rezeki terbuka luas, sedangkan ada yang berniaga untung sehari beratus-ratus, beribu-ribu.

tapi ada juga yang agak susah mencari rezeki lebih, kadang-kadang rezeki lebih tu usaha pun kenalah lebih, ada jalan sebenarnya mencari rezeki lebih di malaysia ini, beruntunglah rakyat malaysia, kerajaannya kalau diikut beri subsidi bukan sedikit,  subsidi perubatan, makanan, pelajaran, itupun spisis yang komplen membuta tuli sebab dia tak leh nak jadi senang lenang dengan cara mudah, mungkin.

rakyat indonesia yang bekerja disini siap kata, untung orang malaysia, semuanya ada, kerajaan disini baik-baik, di indonesia kehidupan bukan semuanya indah pak.

nak mengajar minda rakyat supaya menjadi minda rakyat negara maju bukanlah senang, tapi bila ada rakyat betul-betul susah takde pulak dia betul-betul nak bantu, kutuk kutuk, maki, caci, hina, keji.. pelik gua dengan golongan komplen tak habis-habis ni,

ps:mungkin golongan komplen tak habis ini nakkan kerajaan bagi segala semuanya free, dari makan, belajar, keje tak payah, ibarat berak cangkung semua mau kena tanggung? pemalas. haha.. lagi satu percaya ke kalau pr tu memerintah malaysia mereka takkan naikkan harga petrol? keh keh.. hanya orang gila je percaya.

Agong berkenan Parlimen bersidang semula, tapi kenapa Putrajaya senyap, soal Najib

  PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan kehairanan beliau apabila kerajaan kerana tidak memberi sebarang maklum balas...