Rabu, 19 November 2014

sampai begitu sekali mereka buat kepada yb budiman


untuk apa gentar kepada seorang yb low profile macam budiman ini wahai pr? sabotaj last minit pulak tu, mengapa nak gentar-gentar sedangan ini untuk anak-anak kita, pendidikan anak-anak kita.

tanpa tiket politik sebenarnya, yb budiman mendapat jemputan sebagai perasmi majlis disebuah sekolah, tetapi mendapat pembatalan last minit oleh pentadbir sekolah dan dari pihak atasan.


'Dukatcita dimaklumkan bahawa pihak kami terpaksa membatalkan jemputan tuan sebagai perasmi di majlis Hari Kecemerlangan Pelajar dan Khatam Al-Quran 2014 Sekolah Rendah Agama Sungai Haji Dorani disebabkan tidak mendapat kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Islam Daerah Sabak Bernam.'

itulah kandungan surat yang dinyatakan kepada yb budiman, siapakah tangan ghaib yang berperanan membuat arahan sebegitu? entahlah selangorku yang eranya hanya minda politik benci, dendam, sampai hal profesional mereka tolak tepi, poyo itu sahaja yang mampu penulis luahkan kepada mereka.

tetapi nik nazmi boleh aja sebabnya dia pegang jawatan exco pendidikan negeri selangor, dah memang selangor ini pr yang punya, nak buat macamana kan.


ps: politik politiklah, pendidikan kita kerja lah sama-sama untuk anak bangsa dan agama serta negara.

azmin tak payah nak tiru jokowilah kalau kau tu munafik - che'gu bard


hari ini bertempat di tingkat atas restoran amjal, jalan pantai bharu jam 11.30 pagi, che'gu bard mengadakan sidang media khas untuk mencanangkan keadaan sebenar tentang kemunafikan azmin ali dalam mengawal kuasa sebagai menteri besar selangor.

"azmin usah berlagak sepertu jokowi sekiranya itu hanya berlakon semata-mata, sekadar menjemput media mereka memberitahu dia konon buat kerja sampai masuk longkang, tapi dia tetap manusia munafik" kata che'gu bard.

rakyat malu kerana azmin ali tetap meneruskan projek kidex dan langat 2 sedangkan sebelum ini mereka ini mengatakan projek itu merugikan rakyat, malah menganggap bekas mb khalid ibrahim sebagai kejam kerana sanggup meneruskan projek itu.


apakah lakonan dan satira yang dilakukan ini semata-mata nak peralihan kuasa secara kotor terhadap bekas mb?

"kita salah kerana mengangkat manusia paling beritorik menjadi menteri besar" katanya lagi.

di mana perginya pendemo dan pembantah projek kidex? kemana mereka bila azmin meneruskan projek tersebut, itu yang menjadi tanda tanya.

che'gu bard juga mengatakan yang banyak cabang pkr di selangor sangat ragu peranan azmin menjadi menteri besar lagi baik dari khalid ibrahim.


selepas sidang media che'gu bard membalun azmin ali, sudah mula hentam menghentam dan membelasah che'gu bard kembali

amacam?


ps: nantikan pendedahan lagi dari kami.

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...