Sabtu, 29 November 2014

TAWARAN RM100 JUTA, ANWAR ADALAH BAPA SEGALA RASUAH - DS NAJIB


Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tawaran RM100 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti didakwa Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sebagai ibu segala rasuah.

Presiden Umno itu berkata, perkara itu jelas menunjukkan pembangkang juga terlibat dengan budaya negatif dan Umno tidak perlu berasa rendah diri menangkis sebarang serangan negatif.

“Cerita ini dah keluar dalam mahkamah. Saya petik dalam akhbar saja. Jangan kata saya subjudis. Saya dah periksa dengan peguam, boleh.

“Anifah sudah ditawarkan RM100 juta untuk tubuh kerajaan. Bukankah ini ibu segala rasuah? Kita Umno dituduh macam-macam tapi yang buat angkara ialah parti pembangkang,” katanya semasa ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Khamis lalu, Anifah mendedahkan di mahkamah seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Anwar menawarkan RM100 juta kepadanya bagi membawa 10 ahli Parlimen dari Sabah menyertai Pakatan Rakyat (PR) dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Menteri luar itu berkata, beliau terasa "murah" apabila tawaran itu diajukan bekas timbalan pengerusi eksekutif KFC Datuk Ishak Ismail, pada satu pertemuan di Hilton Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Kimanis itu bagaimanapun tidak ingat tarikh kejadian itu berlaku. – 29 November, 2014. - MALAYSIAN INSIDER

perhimpunan agong umno menutup sama sekali cerita pembangkang


walaupun perhimpunan agong umno sekali setahun, kemeriahannya menjangkaui perspektif ibarat pesta bilamana melayu dari satu malaysia turun ke lokasi pwtc ini, tidak mungkin parti seperti pas, pkr dan dap sendiri mampu memberi satu impak kemeriahan bila perhimpunan begini dianjurkan, betul tak?

bukan menabik dada, ketika mana semua media berkumpul, untuk melaporkan perihal perhimpunan agong umno ini, ibarat pesta rakyat malaysia setiap tahun.

oleh kerana kepopulariti perhimpunan ini, menzahirkan pelbagai ragam, bermacam kerenah, bermacam keadaan, dikalangan media pembangkang seboleh mungkin membuat sesuatu supaya rakyat tidak terus mengambil tahu perhimpunan agong ini.

tu pasallah semalam segerombolan geng ngo pr menganjurkan demo untuk menarik perhatian supaya menjadi perangsang pengikut yang lain, mereka berani langgar majlis orang, tetapi dengan cara profesional pemuda umno iaitu saudara armand dan razlan berjaya melakukan perkara yang Islam tuntut, iaitu meleraikan perkara emosi dengan cara cukup profesional iaitu toleransi sesama Islam, tidak perlu berlaku perkara yang tidak elok walau emosi mengawal diri.

sudah-sudahlah kita melayu bertelagah, ikutkan emosi ikutkan kejahilan, ikutkan kata dap, ikukan dendam, sudah-sudahlah wahai melayu.


sebelum itu kita tanya ngo-ngo pembangkang, adakah tindakan demo ini hanya untuk satu kawasan kampung sahaja yang dikatakan dianiaya (kg chubadak), bagaimana dengan yang lain? datum jelatek bagaimana? keadaan orang melayu pulau pinang bagaimana? jangan double standard,

KUALA LUMPUR — Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 kembali menjadi sasaran kumpulan pendesak yang menuntut berbagai perkara dan kali ini kononnya keadilan atas pencerobohan tanah kampung warisan Melayu seluruh negara terutama di kawasan Sentul, Kuala Lumpur.

Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Abdul Malik Abdul Razak bersama Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Khairul Najib Hashim mengetuai perarakan sekitar 50 orang dari Masjid Pekeliling ke Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) membawa memorandum pencerobohan tanah warisan Melayu untuk diserahkan kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan ini mengambil kesempatan atas persidangan tahunan Umno yang mengumpulkan seluruh pemimpin utama negara di bawah satu bumbung dan menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, kumpulan itu telah disekat oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang diketuai oleh Pengerusi Briged Kesatria Muda (BKM), Armand Azha Abu Hanifah dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Pertembungan dua kumpulan ini memaksa pihak polis melencongkan kedua-dua pihak ke Wisma MIC berhampiran bangunan PWTC.

Armand mendakwa bahawa beliau hadir mewakili Presiden untuk menyambut memorandum yang menuntut supaya kerajaan persekutuan mengambil tindakan drastik menghentikan pencerobohan tanah rizab Melayu dan kampung Warisan, mengembalikan 50% tanah rizab Melayu seperti terkandung dalam Wasiat Raja-Raja, menggesa penubuhan Lembaga Amanah Tanah Rizab Melayu dan mewujudkan polisi khas atau undang-undang bagi melindungi perkampungan tradisi dan juga menjaga kebajikan peneroka bandar.

Kumpulan pendesak ini awalnya enggan menyerahkan memorandum tersebut kepada Armand dan melakukan provokasi lisan.

“Kami mahu Najib sendiri turun dan terima memorandum kami,” kata Abdul Malik.

Razlan, walaubagaimanapun berjaya memujuk beberapa warga emas yang diheret serta oleh kumpulan pendesak ini untuk menyerahkan memorandum tersebut, serta diyakinkan oleh Armand untuk menyerahkannya kepada Najib.

“Saya bersumpah akan serahkan memorandum ini sendiri kepada perdana menteri,” kata Armand yang juga merupakan Exco Pemuda Malaysia.

Memorandum tersebut turut memuatkan permohonan nasib 20 keluarga Kampung Puah Seberang, Sentul yang didakwa mereka dizalimi akibat pemajuan tanah bagi Projek “River of Life”, namun kononnya sehingga kini tiada pampasan diberikan.

“Penerimaan memorandum tersebut membuktikan bahawa kita (Umno) sentiasa bersikap terbuka. Mereka datang untuk menyerahkan memorandum walaupun majlis ini untuk orang Umno, tapi kita terima juga.

“Ini bukan kali pertama ada pihak-pihak cuba mengambil kesempatan atas perhimpunan besar-besaran ahli Umno seluruh negara. Sebelum ini kumpulan “Royalty” dari Kelantan pun pernah timbulkan kekacauan. Mahasiswa pun pernah mendesak untuk lakukan sesuatu kepada AUKU (Akta Universiti Dan Kolej Universiti, 1974).

“AUKU telah dipinda bagi membenarkan mahasiswa berpolitik. Maknanya desakan mereka kami dengari walaupun mereka bukan ahli Umno. YB KJ (Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno Malaysia) antara penyokong AUKU dipinda (dan) akhir ia dipinda. Maknanya kami dengar (sebarang permohonan), kata Razlan sewaktu ditemui Selangor Press.

Sementara itu Ketua Pemuda Umno Bahagian Ampang, Muhamad Nizam Shith pula berpendapat kumpulan pendesak diketuai GAMIS dan PMIUM ini seolah-olah membawa kes terpilih sahaja untuk meraih perhatian umum atas persidangan tahunan Umno.

Beliau mencabar kumpulan ini untuk membawa kes-kes seumpama dengannya seperti kes projek Datum Jelatek yang melibatkan kepentingan penduduk awam terutama di kawasan Taman Keramat, Ampang.

“Jangan kerana hari ini adalah hari Umno, maka ada banyak pihak mahu ambil kesempatan (sama ada untuk) meraih perhatian atau untuk mencacatkan perhimpunan Umno dengan kes-kes kononnya kerajaan BN tidak prihatin.

“Saya cabar GAMIS dan PMIUM untuk turut sama bawa kes projek Datum Jelatek ke (pejabat) menteri besar Selangor.

“Tolong (pengerusi badan bertindak Datum Jelatek) Mohd Sallehuddin desak agar MB arahkan PKNS hentikan projek kondominium mewah untuk orang-orang kaya (dan) zalim kepada penduduk miskin bandar (kerana) ramai terlibat atas tapak projek,” gesa Nizam.

Untuk rekod, pada 24 November lalu, Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek, Mohd Sallehuddin Abdul Samad bersama sekumpulan penduduk Taman Keramat telah hadir ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk menyerahkan memorandum membantah projek itu kepada menteri besar namun menteri besar hanya mewakilkan setiausaha akhbarnya, Radzi Razak untuk menerima memorandum tersebut.

Pada awal November, Menteri Besar Selangor Tuan Mohamed Azmin Ali, turut gagal untuk hadir ke satu majlis dialog bersama penduduk kawasan itu walaupun lebih seratus penduduk menanti dari seawal pagi hingga ke tengahari.

ps: menjadi impian semua orang melayu, bila kita kuat, musuh terjerat.

kalau nak bodek rosmah mansur tak perlulah hentam dan hina blogger umno !!

Faham anda tu belajar di luar negara wahai farhana, setakat bangga dengan kelulusan di luar negara, hanya kerana anda didalam kelab elit umno, kelab umno luar negara (KULN), berani pula menyanggah peranan blogger pro BN dalam perang alam cyber.

Malah kata kamu, mengapa blogger  umno tidak "defend" langsung rosmah mansur ketika pelbagai serangan kotor oleh media pembangkang.

Jawapan penulis hanya 1, apa pula peranan kelab elit (KULN), farhana terutamanya dalam menyanggah isu untuk men"defend" rosmah itu  sendiri? Hanya dapat layanan bak VIP ketika Perhimpunan Agong Umno tiap-tiap tahun, keluar pandangan, setelah itu hanya mampu menghentam blogger umno?

Tahukah anda, yang blogger umno bagai gelandangan untuk menangkis pelbagai isu dan menyerang bagai komando terhadap media PR? Tahukah anda yang gerak kerja ramai blogger umno sanggup tak tido malam dalam menulis artikel demi BN dan bukan nak defend rosmah semata-mata.

Tahukah anda yang rosmah juga berperanan memberi bola tanggung modal paling best untuk pembangkang untuk impak negatif terhadap bn atas dasar sikap isteri pm itu sendiri yang tidak berubah (selalu menonjolkan diri).

Tahukah farhana dikalangan blogger umno bermati-matian untuk menjadi benteng umno dan ramai diantara mereka hanyalah blogger yang tidak di bayar, mereka fisabilillah mempertahankan umno dan BN bukan rosmah. Faham tak?

Lainlah dikalangan mereka yang didalam kelab (KULN) termasuk kamu farhana mendapat layanan istimewa bak VIP oleh umno kerana kamu dan segerombolan ahli kelab elit tu hanya pandai cakap, cakap dan cakap, kamu sendiri apa peranan kamu dalam membantu BN?

Buat farhana anda perlu minta maaf... atau kamu nak bodek rosmah mansur?

ps: kerana mulut badan binasa yeop, ramai panas hati ni.

PRU15 boleh memudaratkan, kata Hamzah

 PETALING JAYA: Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya umum ketika situ...