Jumaat, 26 Disember 2014

TEKNOLOGI NEGARA HOLLAND DALAM MENGHADAPI BANJIR BESAR!

tidak salah sekiranya kita mempelajari teknologi bagaimana untuk meminimumkan banjir, yup kita faham sekiranya hujan tanpa henti, dan bilamana empangan semakin tidak mampu menahan air, maka air akan dilepaskan, air yang maksimum turun ke sungai dan bila sungai tidak mampu menampung air, maka melimpah dengan sangat tidak terkawal, di kawasan tinggi pun akan mengakibatkan banjir besar berlaku.

walauapapun idea, kita terimalah hakikat, bila banjir ini berlaku, banyak harta benda musnah, ternakan, malah nyawa kita sebagai manusia pun tiada nilainya, mungkin benar, sesuatu musibah itu terjadi ada hikmahnya, berfikirlah kita secara rasional dalam menangani keadaan bencana yang kita sendiri tak mampu mengagak.

berbalik kepada idea teknologi anti banjir itu, melihat keadaan banjir di pantai timur, sememangnya bencana ini adalah paling terburuk, sejak tahun 1971(banjir besar melanda kuala lumpur), mudah-mudahan musibah ini menyatukan kita umat Islam supaya bersama-sama berganding bahu membantu tidak kira parti politik mana.

sumber-facebook syafiqah sulaiman

TEKNOLOGI HEBAT DALAM MENGHADAPI BANJIR DARI NEGARA HOLLAND!

Melihat rakan facebook mengongsikan kisah 'teknologi menghadapi banjir' dari negara luar menggerakkan hati ini untuk baca lebih lanjut kisah tersebut.

Antara artikel yang menarik perhatian adalah pendekatan kerajaan Holland dalam menangani banjir. Rupanya, negara Holland adalah negara yang berada di bawah paras laut dan amat mudah menerima ancaman (susceptible) banjir jika aras air laut meningkat.

Selepas berlaku banjir yang amat buruk pada tahun 1953 (yang mengorbankan lebih 2000 nyawa), kerajaan Holland telah mengambil langkah serius untuk mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berlaku lagi.

Mereka ada 'water management system' yang merupakan antara yang terbaik di dunia.

Di peringkat awal, mereka mebina 'dikes' yang merupakan kawasan tanah yang ditinggikan di sepanjang kawasan sungai. Jika air sungai meningkat, ia tidak akan membanjiri kawasan penempatan penduduk.

Tapi, 'dikes' ini ada risiko gagal untuk berfungsi (contohnya boleh runtuh/pecah), dan boleh menyebabkan banjir yang teruk di kawasan penempatan penduduk.

Terkini, kerajaan Holland memperkemaskan lagi 'water management system' mereka dengan projek yang dinamakan 'Room for the River'.

Sebuah projek yang mahal bernilai €2.3 billion.

Secara literalnya, projek ini bertujuan berikut: 'to allow the river to flood safely' yakni 'mengalu-alukan' kedatangan air bah tetapi dengan 'design' yang selamat untuk penduduk.

Di sini ada sebuah video yang dapat memberi sedikit-sebanyak gambaran mengenai projek ini:

buat rakyat malaysia jauhi penyakit otak dangkal!

Itulah yang penulis nak katakan, apakah nilai kita sebagai hambanya bila ditimpa musibah dan kita tidak mampu menerima dan kita dengan pantas mencari salah orang sahaja!

Musibah banjir melanda pantai timur mungkin ada hikmahnya, tetapi wujud manusia mengambil kesempatan dengan menggunakan musibah ini sebagai bahan menghentam kerajaan, ibarat kerajaan tidak membantu, pemimpin kerajaan buat bodoh, tidak turun bantu langsung, nyawa orang dalam bahaya kononnya penyelamat tidak langsung membantu dan tolong dengan segera.

Kejahatan minda dajal mengambil kesempatan untuk keuntungan politik, sangat bangsat!!

Isu ds najib bercuti, berbakul hinaan dia dapat sedangkan dia dah kerahkan sebaik mungkin bantuan, malah rm50juta diperuntukan untuk bencana banjir ini. Penguatkuasa dan badan yang terlibat dikerah 200% untuk membantu mangsa banjir.

Mungkin pembenci nak melihat pm kita harungi banjir paras hidung dan menyelamatkan mangsa banjir, kalau pm buat begitu pun belum tentu memuaskan hati seorang pembenci.

Baca status dibawah ini sangat terbaik untuk beri pelempang siam untuk mereka-mereka yang otaknya bertahikan kebencian!!

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...