Jumaat, 13 Februari 2015
PEKERJA KILANG BERJALAN KAKI LEBIH 32KM SEHARI TERIMA HADIAH KERETA FORD
DETROIT – Seorang pekerja kilang, James Robertson yang berjalan kaki lebih daripada 32 kilometer (km) setiap hari untuk ke tempat kerja hampir sedekad yang lalu menerima kejutan apabila dihadiahkan sebuah kereta Ford model terbaharu.
Robertson yang menjadi sensasi di internet dan media massa mengenai kegigihannya berjalan kaki setiap hari untuk bekerja turut menerima sumbangan daripada orang ramai lebih AS$310,000 (RM1.1 juta).
Dia terpaksa berjalan kaki berikutan tidak mampu membeli kereta baharu selepas keretanya rosak sejak sembilan tahun lalu, manakala laluan ke tempat kerja tidak mempunyai kemudahan pengangkutan bas.
Walaupun wang sumbangan yang dikumpulkan bertujuan untuk membolehkan dia membeli sebuah kereta baharu, pengedar kereta memutuskan memberikan sebuah kereta model terbaharu, Ford Taurus bernilai AS$37,000 (RM132,357).
“Sejak kereta rosak, saya memang tidak mampu untuk membeli yang baharu. Oleh itu, saya terpaksa berjalan kaki sejauh 32km setiap hari demi meraih pendapatan sebanyak AS$10.55 (RM37.70) untuk satu jam di sebuah kilang,” katanya.
Sumbangan kereta berkenaan diberikan oleh wakil pengedar Ford, Blake Pollock, manakala inisiatif dana bantuan pula dilakukan oleh seorang pelajar universiti, Evan Leedy.
Wang sumbangan pula akan dijadikan dana bagi perubatan, penyelenggaraan kereta dan kos petrol Robertson. – Agensi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Suhakam: Vaksin percuma perlu rangkumi banduan, warga asing
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa kerajaan memberikan vaksinasi percuma kepada golongan rentan serta mereka yang berada dala...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Umno dan PAS sepatutnya menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan tidak “merampas” kerajaan Pa...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...

Berusaha gigih dengan niat yang murni untuk mencari rezeki pasti akan mendapat kejayaan.
BalasPadamApa ke bodohnya berjalan kaki jauh2 mcm tu.. naik basikal/kasut roda/skateboard atau micro scooter kan senang.. berita bodoh & basi!
BalasPadam