Khamis, 12 Februari 2015
Tentera Turki Solat Berjemaah Selepas 90 Tahun Dilarang
KUALA LUMPUR: Tentera Turki dibenarkan untuk menunaikan solat berjemaah selepas dilarang berbuat demikian sejak 90 tahun. Ia diharamkan hampir satu abad yang lalu oleh rejim sekular Mustafa Kemal Ataturk, demikian lapor dailysabah.com.
Mustafa dilantik menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1920. Setahun kemudian, dia telah menamatkan pemerintahan khalifah Uthmaniyah dan menjadikan Turki sebuah republik. Kemudian Mustafa menjadikan dirinya sebagai presiden Turki dan mula mengenakan pelbagai larangan terhadap apa-apa yang bersifat Islam termasuk melarang solat berjemaah dalam kalangan tentera pada tahun 1925.
Islam di Turki terus ditekan dan ditindas sehinggalah parti AKP yang dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan berjaya memenangi pilihan raya umum pada tahun 2002. Erdogan dipilih menjadi Perdana Menteri Turki dan beliau melakukan perubahan sedikit demi sedikit.
Akhirnya, selepas 13 AKP memerintah, Erdogan telah menarik balik larangan tersebut pada malam tadi. - Harakah Daily
ps: betullah zaman ini bermulanya era kebangkitan Islam, Turkey, Russia, negara yang disebut-sebut mengusarkan kuasa amerika.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
[Gempar] Pemimpin Armada ditangkap miliki ganja dalam jumlah besar
Seorang tokoh Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar. Perkara i...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Umno dan PAS sepatutnya menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan tidak “merampas” kerajaan Pa...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...

Harap di sini pun juga bermula "kekuatan" seperti kehendak Nya... amin..
BalasPadam