Selasa, 31 Mac 2015
8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia
bodoh
bodoh
bodoh..
jadi sanggup anda jadi bodoh?
baca dan nilaikannya, sekiranya anak, cucu anda pula menanggung apa yang anda telah lakukan kepada maruah bangsa anda sendiri. fikir bukan blow job.
Tulisan ini dipetik daripada buku tulisan Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.
Dr Lily Zubaidah telah dibuang negeri kerana mengkritik kerajaan PAP dan sekarang beliau bertugas sebagai seorang Profesor di Sydney University Australia.
1) Memperalat orang Melayu
Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.
Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang.
Yusuf Ishak hanyalah gula-gula untuk menarik sokongan orang Melayu pada ketika itu.
2) Siapa yang mempersoal PAP, dituduh “Chauvinists, Religious Extremists and harbouring a sinister agenda”.
“Organisasi-organisasi Melayu, pakatan politik pembangkang, atau individu yang berani mempersoal kerajaa PAP Singapura, akan didakwa sebagai ‘Chauvinists, Religious Extremists & harbouring a sinister agenda” (membawa agenda jahat).
Tuduhan ini amatlah bercanggah dengan amalan meritokrasi seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kerajaan PAP.
Tambahan beliau lagi, orang Melayu di Singapura dinafikan hak mereka untuk menyatakan pendapat sama ada di media-media utama ataupun akhbar-akhbar tempatan.
Itu belum lagi, penganiayaan terhadap pelajar Muslim yang ingin memakai tudung ke sekolah.
Hal ini boleh dilihat pada tahun 2002, Malay Community Organisation, Fateha.com dan juga jurucakap mereka, Zulfikar Shariff, telah dihalang kerana dikatakan membicarakan hal-hal sensitif seperti bantahan terhadap ‘No tudung petition’, diskriminasi terhadap pekerja Melayu, menuntut supaya madrasah dikekalkan dan sebagainya.
3) Bahasa Melayu bahasa golongan rendah.
“Kebanyakan bukan Melayu tidak bercakap bahasa kebangsaan (Melayu) atau tahu makna lagu kebangsaan ‘Majulah Singapura’. Oleh itu, ramai rakyat Singapura tidak menyanyikan lagu kebangsaan apabila ia sedang dimainkan semasa majlis rasmi.
Menurutnya penurunan nilai bahasa kebangsaan (Melayu) boleh dikaitkan dengan pandangan umum masyarakat yang menganggap bahasa itu mencerminkan modal sosial, ekonomi dan kebudayaan golongan yang lemah dan dituturkan oleh golongan kelas rendah seperti pembantu rumah warga Indonesia, posmen dan pembersih pejabat.
“Terdapat penurunan yang ketara dalam Bahasa Melayu untuk jalan dan daerah. Pemaju perumahan swasta dan penduduk telah membuat petisyen untuk menukar nama-nama jalan Melayu, dengan mendakwa mengelirukan dan memudaratkan maruah penduduk,” katanya.
Menurutnya lagi pada tahun 1960-an, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan telah diarahkan untuk menghentikan daripada menamakan jalan-jalan dengan nama-nama berunsur Bahasa Melayu.
Nama jalan ditukar kepada Bahasa Inggeris dan Mandarin.
Perkataan ‘Lorong’ telah dinamakan semula sebagai ‘Avenue’, ‘Rise’, ‘Drive’ dan ‘View’.
Namun, dalam masa sama pada tahun 1980-an, berlaku peningkatan ketara nama-nama jalan dan tempat dalam Bahasa Mandarin.
“Berbeza dengan kedudukan yang merosot bahasa kebangsaan, Lee Kuan Yew dan kepimpinan lain dalam PAP terus-menerus mengingatkan masyarakat Cina daripada nilai ekonomi bahasa Mandarin dan peranannya dalam perniagaan dan budaya purba Cina tradisional,” katanya lagi.
4) Singapura adalah Israel in a Malay Muslim Sea.
Lee Kuan Yew dengan bangganya mengakui peranan Singapura di rantau ini seperti “Israel in a Malay Muslim Sea”. (Willairat 1975:45)
5) Ketuanan Cina di Singapura.
Untuk memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC).
Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-racism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihan raya.
Pembaharuan pilihan raya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.
6) Masalah kekurangan penduduk Cina akibat kesuburan diatasi dengan menjadikan pendatang Cina daripada luar sebagai warganegara.
Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad.
Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan.
Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas.
Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing.
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.
7) Melayu disisihkan daripada tentera Singapura, GLC dan politik.
Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina.
Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.
Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9 peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad.
Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998.
Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991.
Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam.
Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.
8) 98% penerima biasiswa SAFOS (Angkatan Bersenjata Singapura) adalah Cina.
Data menunjukkan Cina mendominasi perwakilan dalam birokrasi, GLC, badan berkanun, SAF (Singapore Armed Forces). Cina juga turut mendominasi dalam penerimaan biasiswa yang paling berprestij seperti biasiswa Presiden dan biasiswa SAF yang tidak dibincangkan secara terbuka dibincangkan oleh media Singapura.
Dalam masyarakat yang kononnya mempraktikkan sistem meritokrasi, hanya terdapat seorang penerima biasiswa Presiden bukan Cina antara tahun 1987 dan 2005. Sehingga tahun 2005, 98 peratus daripada penerima biasiswa luar negara daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAFOS) adalah Cina.
Selain itu, tidak pernah ada satu penerima biasiswa SAFOS berbangsa Melayu. Begitu juga, sehingga tahun 2005, 97 peratus daripada biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura Merit (SAFMS) penerimanya adalah orang Cina.
Adakah Melayu dan India tidak sepintar dan serajin seperti orang Cina? Aduan diskriminasi tidak mudah ditangani kerana negara itu tidak menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama, Lembaga Anti-Diskriminasi atau Pejabat Ombudsman untuk melindungi kelayakan yang berbilang kaum dan meritokrasi Singapura.
Dalam proses pemilihan untuk biasiswa kerajaan, diskriminasi tidak hanya berdasarkan keputusan peperiksaan. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, ‘watak’ dan prestasi dalam satu temubual akan dipertimbangkan. Pemboleh ubah subjektif telah dimasukkan dengan cara yang tidak telus untuk kejayaan kemasukan ke fakulti seperti fakulti Perubatan Universiti Singapura.
Oleh itu, golongan etnik minoriti yang mendapat hampir skor ‘A’ ditolak untuk menduduki fakulti seperti Perubatan, mereka cenderung untuk mengesyaki bahawa terdapat diskriminasi semasa proses temubual, namun mereka tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong syak wasangka itu
Asyraf Farique
Penyelidik IRIS
sumber klik
Isnin, 30 Mac 2015
PEMUDA PAS KUALA LANGAT TETAP BERSAMA DAP/PKR, TOLAK HUDUD YANG DI BENTANGKAN PAS KELANTAN?
biar betul, kerana dapku sayang, kerana kuasa, kerana matlamat tidak boleh memikirkan nasib umat Islam, mereka jadi sawan kuasa dengan menolak hukum Allah, jadi apa relevennya perangainya macam pas perak tu, jadi adakah mereka ini dari team pasma?
sememangnya pas sudah tersepit dengan perangai tuhik pengikutnya sendiri, mantera umno segalanya nampaknya sudah memakan diri.
pas gusar nampaknya sekiranya dap menendang pas, jadi pas selangor juga mengerti sekiranya perpecahan berlaku maka terlungkoplah pr di selangor.
penulis hanya nampak, perpecahan dalam pas semakin kronik, pemilihan pada jun ini mungkin menjangkakan apa terjadi.
PAS BARU DENGAN MAT SABU PENJILAT DAP BERKUASA ATAU HADI AWANG BAKAL DILENYAPKAN KUASANYA?
KITA TUNGGU.
Ahad, 29 Mac 2015
MAHFUZ NAK JADI HERO KARTUN UNTUK SELAMATKAN PAKATAN!
Mudah je, mahfuz sudah mengalami tindak balas otak yang membolehkan dia jadi sewel tidak lama lagi.
Pas Perak tolak hudud dia tak tanya, 12 adun umno di kelantan sokong enakmen hudud dia tak nampak, yang dia nampak ds najib sebagai penakut terhadap parti komponen BN.
Lawak anzal apakah yang mahfuz nak buat lagi ni? Macamana lah pas boleh melantik dia sebagai ketua penerangan.
Lawak telefon sirul tempohari pun tak habis lagi, lawak baru dia buat untuk jaga hati dap.
Hampeh.
OLD TOWN WHITE COFFEE KENA LUNYAI DENGAN RAKYAT DEKAT PAGE FBNYA SENDIRI
Mungkin niatnya nak beritahu, gst akan menyusahkan rakyat, tetapi lain pula jadinya.
Jadi kesimpulan rakyat yang terpengaruh dengan zalimnya gst tidak mendengar apa manfaatnya gst, yang di momokkan rafizi mereka percaya sedangkan si sotong tu hanya cerdik menjaja propaganda murahan untuk mengajak rakyat bencikan gst.
Pencerahan mudah, tak payah jadi bahlol sangat, sekiranya rafizi kata gst ini akan menumbangkan BN, yang pergi tentang gst tu buat apa, mungkin rafizi tahu manfaat besar bakal rakyat dspat dengan gst ini.
Biasalah PR perlukan modal untuk survive di pru14 nanti, tak lama 3 tahun jer lagi.
ps: sebelum mempercayai sesuatu berita kaji dahulu, bukan semberono sondol percaya.
Jumaat, 27 Mac 2015
pendirian pas bagaimana? kerap sangat dap biadab dan kurang ajar dengan presiden parti kamu tu
skrip mungkin sama, sebabnya pakatan tahu, sekiranya berlaku perpecahan, pas atau dap keluar pakatan, maka punah ranahlah pakatan rakyat dalam cita-citanya ke putrajaya, malah katanya dap inginkan pakatan baru bersama pkr dan pasma bakal didaftarkan sebuah parti politik juga tersebar luas.
adakah itu pilihan dap untuk meneruskan kuasa? mungkin ya mungkin tidak, sebabnya parti pas sekiranya berpecah, pasma berkemungkinan tidak mampu melawan pas dan berkemungkinan pilihanraya akan datang setiap pertandingan kawasan majoriti melayu akan ada pas, pasma dan umno, semakin teruk perpecahan antara melayu di malaysia ini.
jadi siapa agaknya yang akan untung? siapa lagi kalau dap, perancangan mereka memang berjaya, cuma bila itu tidak diketahui, kecuali pas dan umno dibawah satu payung, itupun kalau boleh bersatu, pas dan umno hanya wujud 30% sahaja berkemungkinan untuk bersatu.
tidak hairanlah dap semakin angkuh, berlagak, dominan serta yakin dan pasti untuk mengawal orang melayu di bumi malaysia ini.
ps: tengok telur agak-agak pemimpin dap akan kemam tak? pengecut punya pemimpin melayu semua, kerana kuasa kesemua jadi bachul dengan kiasu.
PRK PERMATANG PAUH SELEPAS INI?
akhirnya anwar ibrahim kekal didalam penjara selama 5 tahun lebih, jadinya mungkin paling awal pun 4 tahun, jadinya apa akan jadi dengan pr?
ramai memberi pendapat, sebelum anwar ibrahim dipenjarakan, pr akan lebih teratur dan kuat sekiranya anwar dipenjarakan, malah pendapat dari mereka gerak kerja pakatan akan lebih tersusun dan mungkin lebih kuat bila anwar tiada.
tetapi bila melihat perihal terjadi antara pakatan sekarang menjurus kepada perpecahan yang sememangnya sudah dijangka, walau tidur sebantal, mimpinya lain-lain, pas dan dap semakin bergasak, jadi rakyat malaysia juga melihat yang pakatan akan hancur kerana masing-masing tamak dan haloba.
kesimpulannya, anwar dipenjara diatas kesalahan meliwat telah merosakkan reputasi pembangkang yang sememangnya digembar gemburkan bakal mengantikan bn/umno sebagai pemerintah, malah dap sebagai dominan dalam pakatan semakin angkuh dan berlagak ingin mengajar pas yang sebelum ini tidak banyak melawan walau di keldaikan oleh dap.
ps: anwar dalam penjara memikirkan, inilah kesudahannya kerana taktik kotor untuk berkuasa tidak diizinkan oleh Allah. pilihanraya kecil permatang pauh menanti
Rabu, 25 Mac 2015
AKAR UMBI PKR MEMANG MENYOKONG PENUH HUKUM HUDUD, BIDAS DAP YANG ANGKUH TERHADAP ORANG ISLAM
Pada hari ini bertempat di restoran antan batura di seksyen 14 shah alam, diadakan sidang media berkenaan sokongan akar umbi pkr yang cukup setuju hukum hudud dibentangkan di kelantan baru-baru ini.
Mereka selaku ahli akar umbi, sebagai orang Islam memang bersetuju hukum hudud ini, parti pkr baru-baru ini mengumumkan tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang dibawa oleh pas dan akan dibentangkan di parlimen.
Melihat situasi yang ini, akar umbi tidak bersetuju dengan cara pkr pusat yang terburu-buru membuat keputusan sedangkan dikalangan ahli pkr yang beragama Islam memang menyokong penuh undang-undang hudud ini, jadi mengapa perlu risau dengan undang-undang Allah, mengapa perlu takutkan serta mengikut suruhan orang bukan Islam untuk menolak hudud.
Mereka juga menyeru agar kepimpinan KEADILAN tidak membuat keputusan berlandaskan politik dan desakan dap supaya menolak hudud, peranan dap juga dipertikaikan kerana terlalu angkuh untuk mengkritik undang-undang hudud ini sedangkan orang bukan Islam tiada hak untuk mempertikaikannya.
Untuk ahli akar umbi yang lain, mereka berharap bersamalah dengan mereka supaya kepimpinan KEADILAN yang beragama Islam tidak terjerumus dengan sikap munafik dan melanggar hukum Allah, sedangkan untuk menjadi pemimpin bukan semata-mata berpolitik, tetapi peranan sebagai pemimpin Islam yang bertanggungjawab terhadap agamanya.
ps: pemimpin pkr tu nak dengar ke luahan akar umbi mereka sendiri? sedangan pemimpin seperti khalid ibrahim pun mereka lanyak, buat pekak, memang benarlah dalam pkr hanyalah ada pemimpin bobrok yang gilakan kuasa dan berfikiran liberal.
Selasa, 24 Mac 2015
DAP PERLUKAN PAS, TAPI TAK PERLUKAN HADI AWANG
drama apa lagi dap nak buat? perlukan pas tapi tak perlukan hadi awang kata guan eng selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat DAP hari ini, adakah drama dibuat oleh guan eng ini semata-mata untuk menyelamatkan pakatan?
jadi peranan pas menjadi persoalan, dap kata mereka perlukan pas, tetapi menolak haji hadi, adakah pas masih lagi ingin bersama pakatan, nik abduh pula mengatakan kepada dap, sekiranya tidak puas hati dengan pas sila keluar pakatan, nampaknya tuduh menuduh sudah tidak dapat disorokkan lagi.
ps: percaya tak ini semua propa je, saja nak tunjuk siapa kuat
KENAPA UMNO DIAMKAN BILA GERAKAN TOLAK HUDUD KATA MAHFUZ OMAR
kalau diikutkan skripnya sama, dap, mca dan gerakan akan tetap melakukan perkara sama kerana mereka cukup gusar sekiranya hukum hudud tetap akan dikenakan terhadap orang bukan Islam, nada mca dan gerakan ibarat semut yang mengigit, lepas tu kita jentik semut tu terpelantinglah jauh-jauh.
umno ada cara nak handlekannya wahai mahfuz, tak perlulah mahfuz buka mulut yang ramai dah tahu cukup lawak, bila pak lawak buka mulut maka jadi kenyataan lawak, faham ke tidak wahai mahfuz.
mca dan gerakan juga peranan mereka sama sahaja macam dap, tapi adakah mahfuz sedar, paling kelakar seram bila pak lebai dan orang pas sendiri yang menolak hudud? contohnya di perak, terpampan tajuk besar yang semua orang terkejut,
TAJUK BESAR DI SINAR HARIAN, TERPAMPANG MUKA BEKAS MB PERAK, NIZAR JAMALUDIN DAN PAK LEBAI YANG LAIN, BERBANGGA DENGAN KUFFAR DAP MENOLAK HUDUD.
tu mahfuz tak mahu komen?
ps: pas kiblat dap (pasma) ni bila bersembang macam gunung pun boleh leper.
Isnin, 23 Mac 2015
AKHIRNYA SELANGOR SUDI BERBINCANG SEMULA PERJANJIAN AIR DENGAN PUTRAJAYA - AZMIN ALI
azmin sekali lagi membuat u turn yang cukup menjadi tanda tanya, pada ayat batalkan perjanjian air tempoh hari memberi impak merisaukan keadaan rakyat selangor, alasan azmin kedaulatan tanah negeri selangor perlulah dijaga juga rasanya tidak kukuh.
jadi untuk mengelakkan perkara lebih hangat serta berkemungkinan permasalahan ekonomi yang teruk bakal berlaku terhadap negeri kaya seperti selangor perlulah azmin membuat salaman 'play safe' untuk meredakan keadaan panas.
jadi selaku rakyat selangor, jangan biarkan rakyat bawahan terhimpit wahai azmin, kalau nak buat game modal politik kacau dan gegar, janganlah guna isu air, cari isu lain, kata untuk rakyat, tetapi perihal air janganlah dibuat main, sebabnya kerana air boleh jahanam sosio ekonomi dan manusia.
fikir rakyat bukan sedut duit
GABUNGAN BARU ANTARA PR DAN BN UNTUK SELAMATKAN SIAPA?
apakah sebenar yang mungkin kit siang ingin lampirkan? adakah kerana kecewa? adakah kerana sudah tak tahu nak fikir apa lagi? semua ini kerana pas, pas sudah buatkan kit siang menjadi tidak keruan, sudah risau akan kelangsungan dap yang mungkin tidak boleh dominan kerana pas sudah bergerak sendirian.
maka sudah pasti pas sudah faham, dap hanya kuat kerana ada melayu tak berfikir menyokong mereka, malah pasma adalah ajen dap dalam pas pun tidak berjaya mengawal selia pas secara kotor.
akhirnya terungkaplah ceritera yang membolehkan dap perlu berbuat sesuatu, drama kelakar seram dibuat oleh kit siang adalah kerana terdesak, itu sahaja yang dapat penulis katakan, inilah cara licik oleh ultrakiasu untuk berkuasa, benarlah, selagi ada sultan dan raja dengan izin Allah terselamat orang melayu dan Islam, kecuali orang melayu itu sendiri menjadi tali barut terhadap kiasu dan kuffar.
PAKATAN DALAM KEADAAN TENAT, ITULAH KEBENARANNYA.
kata lim kit siang, kita perlu selamatkan malaysia,
"Mungkin sudah tiba masanya untuk Ahli Parlimen yang terdiri daripada gabungan baru 'Selamatkan Malaysia' dari kedua-dua belah jurang politik dan Laut China Selatan, untuk mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan Perdana Menteri baru dan kerajaan baru," katanya berkata, dalam ucapannya di jamuan makan malam ulang tahun DAP di Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi.
Sambil menegaskan bahawa idea gabungan itu adalah miliknya sendiri dan tidak bukannya DAP, Lim berkata Perdana Menteri baru boleh datang sama ada dari BN atau PR, selagi pemimpin yang dipilih itu mahu "menyelamatkan Malaysia, mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang".
KIT SIANG FAHAM KE APA ITU DEMOKRASI KATA DATUK MOHD AMAR
Ahad, 22 Mac 2015
PAS DIANGGAP MENIPU MASA PILIHANRAYA YANG LALU KATA BERSIH
Begitu hebat serangan bertali arus dari pihak liberal, kuffar dan ultrakiasu berkenaan enakmen hukum hudud yang dibentangkan rabu lalu di kelantan.
Benarlah kata adun umno, md alwi che ahmad yang mengatakan pas akan diserang bertubi-tubi selepas perbentangan enakmen syariah hudud ini.
Mereka tidak akan duduk diam dan mereka akan lakukan apa sahaja untuk merosakkan imej pas, setelah perihal ini sudah nampak dengan mata sendiri oleh pemimpin pro ulama, adakah mereka masih lagi sayang peluk cium untuk bersama dengan pkr dan dap?
Kadang-kadang penulis hairan, pas gusar sangatkah untuk meninggalkan pakatan? Atau ada matlamat lain.
Serangan tidak akan berhenti, malah media fitnah mereka sedang jalankan wave propaganda supaya umnolah punca perpecahan pas dan bakal menikam pas sekiranya pas terfikir ingin bekerjasama dengan umno demi kerajaan perpaduan.
Jadi siapa terjerat dan siapa dijerat?
ps: masa demo bersih boleh dikatakan 60% yang turun guling dan baring adalah penyokong pas.
KRISIS AIR HANYA NIAT MENGHURU HARAKAN KEADAAN NEGARA, SELANGOR TITIKNYA!!
terfikirkah anda kenapa pula selangor menjadi titik tetap untuk isu air ini, mudah kl dan putrajaya juga akan terkena tempias, air boleh buat keadaan huru hara kerana ekonomi boleh jatuh, jadi nampak bukan permainan pkr ini?
ikuti kupasan ringkas dari ceramah malam tadi.
Sabtu, 21 Mac 2015
KRISIS AIR DI SELANGOR, SIAPA DALANGNYA?
DAP DALAM KEADAAN TERTEKAN
Mungkin juga kenyataan pemimpin dap dan pkr sudah menunjukkan mereka sudah goyang dengan pas?
Tuduhan katanya pas membantu umno dalam menghancurkan pakatan juga agak lucu kerana pindaan hudud sudah pun dibentangkan di Kelantan. Cara dap dan pkr mengalih isu untuk getarkan pas serta rosakkan imej hadi dan team pro ulama nampaknya makin tidak berjaya, malah peranan pasma nampaknya cukup mengecewakan pelaburnya, niat untuk rosakkan pas dari dalam dengan bantuan jebon dan broker nampaknya sangat teruk gagalnya.
Jadi dikaitkan umno dengan isu ini juga nampaknya gagal dengan teruk. Anwar ibrahim makin gusar didalam penjara. Taktik dan strateginya sangat loser dan memalukan. Perpecahan ini makin kronik. Nampaknya mat sabu kena tukar partilah, pasma dalam pas dah runtuh. Malu saya mah kata abang mat sabu.
Kesimpulannya gelabahnya puak kafir ultrakiasu dan puak pegang lilin dengan ukhwah Islam nampak dengan jelas, jadi anda sendiri nampak, bersatu kita semua, musuh Islam bakal ranap. Tunggu.
Jumaat, 20 Mac 2015
AZMIN ANGGAP PAS SEBAGAI PEROSAK PAKATAN RAKYAT
sememangnya isu hudud yang rang undang-undangnya sudah dibentangkan di kelantan, maka makin ketara serang balas antara dap+pkr menghentam pas, malah mengatakan pas sengaja menjadi rakan menikam belakang antara komponen dalam pakatan rakyat semakin meluas dibincangkan.
pkr sudah tentu tidak mahu perkara ini menganggu pakatan rakyat, sebabnya mastermind pkr sudah didalam penjara, harapan hanyalah disandarkan kepada kecerdikan azmin ali selaku pemimpin paling tertinggi dalam pkr, malah jawatannya sebagai menteri besar membolehkan keadaan ini di pulihkan.
adakah benar keadaan pakatan rakyat semakin parah? sejak krisis menteri besar selangor sudah terserlah kerosakan itu, tetapi masing-masing dalam keadaan bagaimana hendak diselesaikan, dap dengan ultrakiasunya, pas dengan perjuangannya, pkr dengan anwar ketumnya.
jadi di mana rakyat melihat, tetapi hakikat pr tetap yakin masalah mereka tidak menganggu sokongan terhadap komponen dalam pr. sebabnya umno dan bn buat baik macamana pun dan sempurna macamana pun tidak mampu melawan pr yang semakin kuat dan tiada tolok bandingannya.
HAKIKAT BERLAKU TAK BOLEH DISOROK DIANTARA MEREKA, NAK DI HENTAM UMNO PUNYA ANGKARA LAGILAH TIDAK LOGIK, JADI KESIMPULANNYA, PERPECAHAN PR SUDAH SAMPAI KE TAHAP TERATAS, CUMA DAP DAN PKR AKAN FIKIR, TIADA PAS, HABISLAH IMPIAN DAP UNTUK BERKUASA MUTLAK DI MALAYSIA.
ps: penyokong pas pun ada yang sudah sedar, pasma, pkr, dap memang merosakkan pas sejak awal lagi, kerana ingin hancurkan umno, tetapi Allah lebih berkuasa, yang dihina itulah menyokong penuh rang undang-undang hudud, itu semua kerana Allah, jadi pas perlu fikir, hanya kesatuan ummah kita kuat, kita boleh lihat siapa yang goyang.
Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...
Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
Terkejut juga, sudah tahu yang datangnya adalah Mahathir, patutnya orang kuat parti pejuang kenalah tarik segera orang-orang dia diseluruh M...
