Khamis, 30 April 2015

apa benar upacara u turn pemuda pas kerana dibeli?

Berita terbaru, makin memanaskan keadaan pemuda pas pulau pinang?

Setelah ber iya-iya memboikot pkr pada prk permatang pauh, semalam mereka membuktikan mereka tidak mempu nak kecutkan telur pkr dan dap.

Upacara u turn itu sangat menjadi tanda tanya kerana cepat benar mereka mengalah, apa benar dakwaan mereka dibeli?

Tersebar sudah photostat cek bernilai rm2.5 juta, adakah jual kati ini sangat memalukan ini benar berlaku?

Kita harap pemuda pas pulau pinang jawab!! Sekiranya tidak benar, jatuh ooo reputasi pas camni.


Rabu, 29 April 2015

Hanya mampu tersenyum dengan parti yang tidak ada prinsip ini!!

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si keldai bukit
Kalau adik sedar diri
Parti mana yang sedang sakit?

Mula-mula garang, kira harapan untuk melihat keberanian parti pas melempang pkr dan dap akhirnya terbukti sudah, dalam pas, PASMA ada banyak $$$$, jadi faham-faham sendirilah...

Ketawa besar pkr dan dap, he he, small matter kawan-kawan.

Pemuda pas tarik balik boikot pkr di permatang pauh

PENDIRIAN TERKINI DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG MENGENAI PRK P.PAUH.

1. Setelah berbincang dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh Ust Muhammad Khalil Abdul Hadi (Timb Ketua Pemuda PAS Malaysia) dan Ir. Hj Khairil Nizam Khirudin (Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia), maka kami sebulat suara telah memutuskan untuk akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja PRK P.Pauh.

2. Dalam masa yang sama, kami juga tetap dengan pendirian kami sebelum ini supaya AMK P.Pinang menarik balik kenyataan melampau terhadap Presiden PAS dan memohon maaf.

Sekian, terima kasih.

MOHD YUSNI MD PIAH
Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
29 April 2015

Isnin, 27 April 2015

UMNO MANA RETI HUKUM, KATA PENYOKONG PKR BERKENAAN GAMBAR INI!!

rasanya, bila kuasa sudah yakin dan pasti dalam tangan, mereka sudah terlalu yakin benar dengan apa yang mereka lakukan, sampai nak berkempen, dalam surau, alas meja pun guna sejadah, dibawa pula nyonya dap masuk dalam, ini ajaran apa ni?

kalau dicakap lebih-lebih karang, dikata kita ni mana reti hukum, tak belajar agama, tak faham situasi, ai politik kepala jibrauk bawaan pkr makin hancing, sehancing kencingan pemimpin-pemimpin mereka.

jadi apa komen kita nak beri kepada mereka-mereka ini?


ps: matlamat menghalalkan cara, tak mengapa pr buat ok sahaja.

PROJEK UNTUK ORANG KAYA ANCAM KESELAMATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA DI KAJANG


penulis mudah nak beritahu kepada semua pengundi kajang yang dulunya cukup cerdik, bila ada masalah sebegini, adakah adun hebat itu akan membantu menyelesaikannya? adakah kerajaan negeri yang super hebat itu, akan menilai keadaan sebenar di sekolah menengah agama tersebut?

sudah-sudahnya umno juga menjadi sasaran dan tuduhan, sedangkan yang luluskan projek untuk orang kaya sebegini siapa agaknya? kalau dimasa kelulusan projek ini hanya melihat keuntungan, nampaknya bangsa kita di sepak terajang sahaja walau mereka tahu sekolah disebelah sahaja. tidak sampai 100 meter katanaya.

jadi, kepada kepala otak yang mengatakan adun kajang cukup prihatin terhadap pengundinya, cuba tengok cermin, luku kepala anda dengan kuat kerana begini sembangnya hendak menjaga rakyat, tetapi rakyat pula menanggungnya.

sudahlah banjir kerap kali berlaku di pekan kajang, menjadi persoalan, rakyat di kajang bertanya, mana pergi adun yang dulu menang bergaya bak heroin penyelamat rakyat?

kepada yang membaca, kepada melayu yang hebat pemikirannya, anda ada otak fikir, layakkah orang sebegini menjadi ikon keadilan untuk rakyat?

ps: tuntut penjelasan dari adun kajang serta kerajaan selangor perihal serius ini, yang jadi mangsa pelajar sekolah agama, keselamatan mereka itu penting.

sumber sumber

Ahad, 26 April 2015

Katanya mazlan aliman kena luku kepala dengan orang FELDA di Rompin

Niat jahat sudah pasti akan dilunyaikan, itulah perangai jibrauk NGO anak yang dikepalai oleh Mazlan Aliman.

Hebohan mengatakam fgv rugi, misinya tak jalan, gerak kerja mengatakan pas akan menyelamatkan FELDA juga makin kelakar dibuatnya.

Itulah nasib parti pas di rompin, guna pendekatan gst zalim juga tak jalan, apatah lagi mengatakan misi menyelamatkan FELDA.

PAS PUN TIDAK BANYAK BERCERITA BENAR DI ROMPIN, CERITERA HUDUD PUN TAK DIDENDANGKAN, RAKAN PARTI SEPERTI DAP DAN PKR PUN TAK NAMPAK MEMBANTU. ALAHAI...

Dalam merencanakan ceritera, nampaknya pas semakin pening untuk merampas rompin. Sekian.

ps: anak FELDA jangan terpengaruh dengan pas punya sembang, nanti boleh bimbang.

Sabtu, 25 April 2015

KEPADA ADUN TAMAN MEDAN, AWAK KAT MANA?

Awak kat mana, awak kat mana?

Wahai haniza talha kalau prihatin sebagai adun taman medan jangan tunjuk muka bila masalah dah selesai ye.

Eleh bukan tak tahu perangai jibrauk pemimpin pkr ni, bercerita hak rakyat, bercerita untuk rakyat, bila rakyat ditimpa musibah, ohh tak mengapa umno ada, mereka boleh bantu, tak perlu risau, kami hal-hal musibah ni slow sikit nak settlekan.

Jadi buat penduduk yang terlibat dengan ribut petang tadi, cari sampai dapat adun anda, tak jumpa, hambat sampai ke pejabat dia, eh kata nak berkhidmad untuk rakyat.

ps: pkr bila sembang menjaga rakyat dialah paling teragung, tapi perihal sebenar hanya rakyat yang pendam perasaan je tahu perangai sebenar mereka.

Jumaat, 24 April 2015

hadi awang sudah beri signal tolak pkr di permatang pauh?

Drama yang panas antara pas dan pkr di prk permatang pauh sudah mencapai lurah gaung yang dalam.

Hadi awang saran pengundi di permatang pauh tolak calon yang tidak menyokong hudud, maka berdesing bak halilintar kem pkr, azmin ali sebelum ini tidak akan menarik balik apa yang pkr telah katakan sebelum ini, pkr tidak sama sekali akan menyokong enakmen hudud di kelantan.

Sebelum ini pemuda pas pulau pinang sudah menempeleng kepala takuk kem pkr supaya meminta maaf kepada hadi awang, kalau tak jangan harap orang pas nak bantu masa prk permatang pauh nanti.

Paling kelakar, dap tak nak masuk campur, sebab mereka play safe, dap memang pasti menolak hadi awang, tapi nakkan penyokong pas menyokong dap seadanya, apa punya lawak dap ni punya perangai.

Jadi kesimpulan untuk diketahui ramai, pkr dalam keadaan tertekan.

Tapi yakin permatang pauh akan dapat majoriti besar nanti kata penyokong totok ketum baru-baru ini.

#bnboleh

Rabu, 22 April 2015

BILA FITNAH MENJADI TITIK KLIMAKS DI PRK ROMPIN

Bila tertera satu gambar yang memperlihatkan sepanduk kami sokong GST, penulis sudah jangkakan itu memang editing, yang menjadi masalah pemimpin mereka seronik juga termakan khayalan nikmat inzal fitnah yang dimainkan.

Kalaulah pemimpin pun terlena tanpa asal usul, apatah lagi macai tegar yang ada dalam PR, pas di rompin seboleh-boleh ingin menonjolkan kempen hebat dengan penerangan kekejaman GST kepada pengundi rompin katanya, tetapi mereka hanyut dengan permainan fitnah tak beretiqa.

Adakah dengan cara begini adalah untuk menjatuhkan imej pro ulama dengan menunjukkan kempennya cukup kotor? Itu penulis tidak tahu..

Paling tak boleh diterima katanya pas akan gunakan modal prk ini dengan menyelongkar tentang salahguna kuasa arwah jamaludin jarjis masa arwah menjadi ahli parlimen rompin. Sampai begitu ye, MasyaAllah!!

ps: mudah-mudahan pas jangan kerap sangat guna cara kotor sebegini, dalam paskan ramai yang berstatus ulama, ilmuan. Hurm.. Politik

KAJANG BANJIR LAGI AKIBAT TIADA KETELUSAN PENTADBIRAN!!


gambar banjir kilat berlaku di kajang petang ini

selama setahun ini, sudah berapa kali agaknya kajang banjir kilat? agak-agak adun kajang dekat mana sekarang ini?

ketika langkah kajang bergema tahun lepas, malah situasi prk yang agak panas kerana gerakan merampas kuasa menteri besar, wan azizah diangkat sebagai adun kajang yang baru, sudah berapa kali agaknya beliau turun ke lokasi yang sama di kawasan banjir tersebut?

jadi persoalan, mengapa banjir di kajang ini tiada penyelesaiannya? adakah kerana tiada pihak pbt, negeri tidak ambil pusing keadaan ini?

apakah alasan biasa kita dengar, perparitan tidak sempurna, pembangunan melampaui batas, projek mrt, sabotaj dari umno, umno yang telah arahkan sampah sarap menyekat air longkang, umno menggunakan kuasa hujan yang lebat supaya banjir ini berlaku?

kesemua alasan sengal yang dibuat agaknya rakyat kajang sedar ke mereka sebenarnya kena game dengan pemerintah selangor yang satu habuk sesuci pun tidak ambil peduli perihal ini.

jadi apakah relevennya rakyat di permatang pauh memilih pkr yang ceriteranya bermain politik sahaja pandai.

prk permatang pauh bakal berlangsung, jadi keadaan kajang tetap sama, apatah lagi permatang pauh.

ps: selagi boleh kutuk pkr ni, kita kutuk sampai lunyai, sembang je, tapi habuk pun takda.

PAS TETAP MERASAKAN AGAK SUKAR MENANG DI ROMPIN


realiti yang mungkin semua tahu, pas bertanding juga demi menyahut demokrasi, malah calon mereka yang kalau diikutkan orang rompin pun tak berapa kenal, kira oklah, pas kali ini makin menonjol dalam menunjukkan dalaman pas yang menyokong pro ulama semakin terserlah.

kalau diikutkan tidak pasti cara apa kempen pas di rompin kali ini, sudah dijangka, perihal gst, perbalahan ds najib dan tun m serta modal-modal politk yang dicipta oleh rafizi dari pkr.

adakah pkr membantu pas di rompin?

kita saksikan drama prk rompin kali ini, walau dilihat keadaan agak kacau sedikit di kem bn, diharap jentera memainkan peranan mereka, nak harapkan pr, mereka juga berbalah besar.

ps: akal diguna bukan pisau

Selasa, 21 April 2015

BILA KUTUK GST MEMBEBANKAN KONONNYA, DALAM DIAM DIAORANG PUN SEDUT JUGA DEMI KESEJAHTERAAN KATANYA

pkr memerintah selangor, cukup licik dalam merencanakan drama politik yang kalau rakyat yang tidak cerdik, mungkin akan tersandung dalam awangan angau sepanjang masa. itulah terjadi di selangor, pentadbir selangor mengatakan mereka paling hebat serta tiada siapa yang lebih bagus dari mereka.

tetapi hakikat mereka tak dapat nak elak, kes denggi di selangor adalah paling tinggi dalam sejarah, itupun mereka kata bagus, kekeke..

jadi perihal gst, azmin ada mengatakan, perlaksanaan gst amatlah kejam, zalim, mengheret rakyat kelembah hina, keke, dalam diam mereka juga mengenakan gst, lu sembang kasi orang bimbanglah pkr, di selangor cukai perniagaan pun naik, tempat parking yang tidak sepatutnya dikenakan mesin atau kupon, dikenakan, apa gila kah kawasan yang tidak pernah dikenakan apa-apa charge dipetak parking sekarang dah kena letak kupon, alah sembang je.

korang percaya ker, kalau mereka memerintah malaysia, mereka si keparat-keparat ini tetap melaksanakan gst? poyolah


Dalam keadaan negara masih bingung dengan pengenalan sistem percukaian GST bermula 1 April lepas, banyak pihak dilihat cuba ‘mencari untung atas angin’ tidak terkecuali Badan Pengurusan Bersama (JMB) di beberapa kawasan sekitar Selangor yang mengenakan cukai berkenaan sesedap hati tanpa mengikut kiraan tepat.

Daripada maklumat rasmi yang diperolehi Persatuan Kesejahteraan Sosial Malaysia (PKSM), caj GST sebenarnya dikenakan kepada pihak JMB melalui meter tangki simpanan yang ada disetiap kawasan kediaman bertingkat.

Bermakna, hanya pihak JMB dikenakan GST dan bukan pengguna-pengguna air. Caj yang dikenakan juga hanya 6 peratus mengikut peraturan cukai itu.

Pihak JMB boleh memilih untuk menyerap kos GST atau memindahkan kos tersebut kepada setiap meter (kediaman) dengan kiraan yang betul.

Bermakna cara paling tepat untuk memindahkan kos adalah membahagikan kos 6 peratus yang perlu dibayar dengan jumlah meter kediaman.

Lebih malang lagi, ada JMB mengenakan cukai (GST) walaupun tidak berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) selain terang-terang tidak memaparkan kod GST pada bil sekaligus melanggar peraturan cukai itu.

Golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah yang tinggal di pangsapuri dan flat kediaman kos rendah antara golongan yang mungkin terjejas sekiranya pihak JMB mereka menggunakan ‘alasan GST’ untuk menaikkan caj servis mereka.

Untuk mengelakkan pengambilan ‘untung atas angin’ pengguna terlibat perlu mendesak pihak JMB kediaman mereka menukar meter pukal kepada meter individu bagi membolehkan mereka mendapat 20 meter padu air percuma setiap bulan.

Difahamkan, pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak boleh memulakan proses migrasi dari meter pukal ke meter individu sekiranya tidak menerima permohonan daripada pihak JMB.

MUSTAFA AHMAD

SETIAUSAHA KEHORMAt
PERSATUAN KESEJAHTERAAN SOSIAL MALAYSIA

Isnin, 20 April 2015

Azmin merajuk tak mahu terlibat dengan jentera pkr di permatang pauh?

Menurut sumber, azmin membatalkan semua pogramnya di prk permatang pauh.

Ini berikutan perbalahan dirinya dengan wan azizah, malah ura-ura azmin juga kecewa dengan mesyuarat pkr yang membelakangkan calon berpotensi untuk diketengahkan.

Permatang pauh bukan hanya perihal pas yang tidak mahu terlibat dengan apa-apa langsung dengan prk tersebut, malah memaksa pkr meminta maaf kepada hadi awang kerana menghina presiden pas berkenaan hukum hudud.

APAKAH DRAMA INI BAKAL MENGHANGITKAN PAKATAN RAKYAT???

Sumber
http://selangorpost.com/?p=1846

Ahad, 19 April 2015

90% PENIAGA HP C**A ADALAH PENIPU KATA BEKAS PEKERJA YANG BERBANGSA C**A JUGA!!


Tabik kepada bekas pekerja c**a ini, walaupun dia tahu tindakan menyebarkan kebenaran bakal membahayakan dirinya atau menganggu ketenteraman dirinya, demi sebuah keadilan untuk pelanggan, dia tidak boleh tahan dengan penipuan oleh majikan sebangsa dengannya.

malah pembongkaran bahawa 90% peniaga sebangsa dengannya sememangnya menipu secara total demi keuntungan melampaui batas.

jadi bagi penulis, walau dibongkarkan macamanapun, orang kita bukan nak sedar, bukan nak fikir kebenaran, beli sesuatu main serbu je, ikut kemampuanlah, belajarlah jadi pengguna bijak, ini tidak, jadi samdul sebab selalu benarkan ditipu oleh kiasu yang sudah tahu kelemahan kita.


jadi tak salah sebarkan supaya ada kesedaran dalam diri kita, sudah-sudahlah membiarkan kita jadi pelanggan yang tidak cerdik.


Susulan dari kejadian lelaki warga asing dibelasah peniaga Cina di The Mines, Serdang semalam, seorang lelaki gadis cina, Stephanie Tan, tampil mendedahkan peniaga telko Cina seringkali menipu pelanggan.

Stephanie, bekas pekerja kedai telefon itu berkata, hampir 90% kedai telefon yang dimiliki oleh Cina menipu pelanggan mereka.

"I must say 90% kedai handset dimiliki oleh Cina memang penipu. I sendiri kerja di kedai handset dan saya tahu taktik bos I untuk menipu customer.

"I pun tak faham, kenapa perlu tipu? Nak untung tapi cari duit yang tak halal buat apa? I sedih kaum Cina saya sendiri buat macam tu," katanya dengan nada yang kesal dengan tindakan majikannya yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataannya itu mendapat 215 likes di Facebook pada ketika berita ini ditulis.

"I give you all some tips. Next time if nak beli fon (hanphone) Lenovo, nak tahu dia original atau tidak, tengok pada kotaknya. If just putih kosong tulis Lenovo and what model, itu 'AP'. Original Lenovo, kotak dia ada gambar handset sekali. iPhone pula jgan beli AP set kat kedai. Kebanyakannya dah mati expired dengan Apple Store. That's why warranty kedai," dedahnya.

Tindakan gadis itu mendapat tentangan dari beberapa individu yang juga bertugas di bidang yang sama. Mereka menyelar tindakan Stephanie berbohong dan memintanya mengemukakan bukti yang mendakwa 90% kedai jual telefon bimbit yang dimiliki Cina itu menipu para pelanggan mereka.

Bagaimanapun, Stephanie meminta individu terbabit membuktikan kepadanya terlebih dahulu 90% kedai jual handset milik Cina tidak menipu selain dari mendakwa dia tidak gentar mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

"I don't give a f*ck if no one like me. At least I didn't lie to myself and other people," tegasnya yang juga mendedahkan Low Yat bukan tempat yang selamat untuk melabur duit membeli telefon bimbit berikutan sudah banyak aduan dari orang ramai.

Kes penipuan penjualan telefon bimbit sudah kerap berlaku dan ramai yang telah menjadi mangsa kepada para peniaga yang tamak ini. Meskipun telah banyak aduan yang dilaporkan, hanya sebilangan kecil saja yang telah dikenakan tindakan. Selebihnya, masih meneruskan operasi seperti biasa kerana para peniaga ini mempunyai 'cable' mereka sendiri.

Namun, bagi kami perkara ini mudah diselesaikan dengan satu cara dan gaya sahaja. Belilah smartphone dari wakil-wakil jualan lantikan sah dari pengeluar smartphone itu sendiri. Biarlah mahal sekali pun, yang penting anda berpuas hati dengan produk yang asli dan yang penting, tiada masalah sampingan.

Jika cara dan gaya di atas itu membebankan, ukurlah baju di badan anda sendiri sekali lagi.

sumber 

DALAM KATA KHABAR ANGIN, TAHAP KEGELABAHAN AZMIN SANGAT NYATA!!

Hangat dimedia sosial yang Selangor bakal ber drama lagi kerana 5 adun pkr akan melompat parti, gabungan pas+umno+bebas akan membuatkan azmin ali hilang jawatan menteri besar.

Malah perjumpaan antara khalid ibrahim dan hadi awang di indonesia menguatkan dakwaan itu.

Setelah kepanasan ceritera itu adakah ia benar atau tidak tetap menjadi buah mulut orang di Selangor.

Jadi azmin tidak tunggu lama untuk menidakkan khabar angin itu, katanya itu hanya khabar angin zaman purba, ia adalah propaganda barisan nasional.

Kesimpulannya dalam khabar angin bertiup kencang, gelabah juga azmin dibuatnya. Kira rasa terperanjat beruk jugalah tu.

Hahaha.

http://selangorpost.com/?p=1761

Sabtu, 18 April 2015

PASARAYA BESAR PERLU ADAKAN KIOS DI KAWASAN KAMPUNG

GST, ramai pening dan terasa hati dengan kerajaan, kata Ahmad Maslan, barang akan turun bila GST dilaksanakan.

Pada minggu pertama perlaksanaan GST, cukup tragis kerana rakyat keseluruhannya tidak berapa faham dengan cukai baru ini, jadi kebetulan untuk melepaskan geram, Ahmad Maslan menjadi mangsa, malah orang ramai meluahkan macam-macam di media sosial.

Puncanya mudah, harga barang naik agak melampaui batas, tertanya, tiada apa tindakan ke?
Jadi minggu ini minggu ke-3, penulis memang tidak nafikan ada barang yang masih mahal, tetapi pihak kpdnkk dan kastam juga sudah melakukan terjahan serta mengajar peniaga yang rakus yang keterlaluan menaikkan harga.

Kesimpulannya harga barang memang boleh turun, ramai mengakuinya, pasaraya besar sudah mula turunkan harga, kita sebagai pelanggan perlu rujuk harga yang mana berpatutan, ada juga harga yang turun mendadak.

Penulis hanya gusar akan orang yang tinggal di kampung, sebab bukan semua kedai atau peniaga yang jujur, mereka fikir inilah masanya mencari untung berganda, ada aduan beras pun sesuka hati dinaikkan, gula pasir naik sampai rm3.50 se kg, itu gila namanya, kelapa santan yang harga dulu baru rm2, sekarang rm2.50, gila bukan?

Jadi perlulah kerajaan adakan satu kios kedai ekonomi di kawasan kampung pedalaman yang hargNya macam pasaraya besar murah dan berbaloi, bukan apa ada dikalangan penduduk sukar hendak ke pekan atau bandar, jadi kios ini pilihan mereka untik berjimat. (kedai runcit 1Malaysia adalah contoh).

Kepada penguatkuasa, jangan goyang kaki, turun ke lokasi yang peniaga atau pemborong menjadi dracula menghirup keuntungan dengan rakus. Rakyat melihat!!
Antara contoh harga selepas GST di bawah ini.

Azmin makin goyang bila gerakan sulit untuk hijack kerajaan selangor terbongkar?

Panas berdesing bila penulis mendapat tahu akan ada gerakan sulit untuk membenamkan azmin ali dan sekutunya dap, ura-ura ini bertiup kencang apabila Khalid Ibrahim akan menjadi menteri besar semula.

Paling hebat hadi awang juga menyokong penuh untuk peralihan kuasa ini, 5 adun pkr akan melompat parti, 10 adun pas juga akan menyokong, serta adun bn juga akan bersama dengan pakatan menyelamatkan Selangor dari manusia hipokrasi, Azmin Ali dan dap.

Makin hebatlah drama di selangor selepas ini.

dari sumber
http://selangorpost.com/?p=1715

Jumaat, 17 April 2015

ORANG KITA CEPAT BENAR PANIKNYA, ORANG KE SURAU DIA KATA HANTU!!

hanya di malaysia, apa saja yang berentitikan warna putih, nampak dikawasan sunyi, sah itu hantu, pandangan mata memanglah nampak begitu, tetapi hakikat orang berjalan di kawasan tersebut untuk ke surau waktu subuh.

pernah terjadi kecoh satu kampung kerana ada lembaga putih di kawasan kubur, ramai dah berkumpul, masa berkumpul di kawasan tersebut masa malam-malam buta, terkejut juga sebab kelibat itu masih ada di celah pokok kawasan kubur tu, jadi ada hamba Allah mendekati kelibat putih itu, memang benar hanya kain putih tergantung di celah pokok yang dari jauh nampak macam puntianak. (cerita ini dari kampung kawan masa dia kecil, tahun 1990 dahulu)

orang kita kan. haha..


Bukan hantu tapi Tok Man

Batu Pahat: “Penunggu atau lembaga putih mereka maksudkan itu saya,” kata Sulaiman Mangat, 77, atau lebih dikenali sebagai Tok Man berhubung gambar viral di laman media sosial mendakwa kononnya ada lembaga putih menyerupai perempuan tua bertongkat di Jalan Ayer Hitam-Batu Pahat berhampiran Parit Khalil, di sini.

Penyebaran gambar itu bukan saja menggemparkan penduduk kampung di situ, malah mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya selepas lembaga itu dikatakan menjadi punca kemalangan jalan raya yang meragut nyawa.

Menurut Sulaiman, dakwaan itu ternyata tidak benar kerana lembaga putih dimaksudkan itu adalah dirinya yang sedang dalam perjalanan ke Surau Sentosa Parit Khalil Laut, jam 5.45 pagi menunaikan solat Subuh.

Katanya, secara kebetulan dia pada pagi itu menggunakan jalan pintas dikelilingi pokok sawit dengan memakai jubah dan serban berwarna cerah.

“Mungkin apabila saya keluar dari celah pokok sawit itu dan ditambah dengan pakaian serba putih, ia mengejutkan penduduk berhampiran.

harian metro

Rabu, 15 April 2015

HARGA KERANG NAIK SAMPAI RM7.50 SEPIRING DI SUBANG

PUTRAJAYA - Sebuah restoran di Subang Jaya, Selangor bakal berhadapan tindakan mahkamah kerana menaikkan harga kerang daripada RM3 sepiring kepada RM7.50 setengah piring dengan menggunakan alasan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, kes itu adalah satu daripada 18 kes yang sedang disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya minggu depan.

Menurutnya sembilan kes dikenal pasti di Melaka, Pulau Pinang (tiga), Kuala Lumpur (tiga), Selangor (dua) dan Putrajaya (satu).

"Ketiga-tiga kes di Kuala Lumpur melibatkan peniaga gagal menjawab notis tunjuk sebab. Di Putrajaya pula ada peniaga naikkan harga kacang bendi daripada RM12.50 kepada RM18.50 sekilogram.

"Di Melaka enam kes melibatkan peniaga menaikkan harga peti ais. Ada yang naik daripada RM2,999 kepada RM3,129 selepas GST dilaksana," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Alias berkata, jika sabit kesalahan individu boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya atau denda RM500,000 ke atas syarikat.

Mengenai caj perkhidmatan, beliau berkata KPDNKK melalui Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan memulakan siasatan di bawah Akta Persaingan untuk mengenal pasti jika terdapat elemen pakatan dalam kalangan syarikat untuk menetapkan kadar caj itu.

"Kalau ada pakatan dalam kalangan persatuan atau peniaga menetapkan misalnya 10 peratus caj perkhidmatan, mereka akan tertakluk kepada Akta Persaingan.

"Mereka sepatutnya bebas untuk tetapkan caj itu mungkin empat, lima atau enam peratus. Tetapi kita nampak semua tetapkan 10 peratus (kadar maksimum)," jelasnya.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan syarikat boleh dikenakan denda maksimum 10 peratus daripada keseluruhan perolehan global mereka.

Sementara itu, Alias berkata, pertemuan dengan wakil persatuan hotel dan restoran pula akan diselesaikan pada minggu ini dan laporannya dijangka dikemukakan kepada jemaah menteri hujung bulan ini.

KPDNKK juga telah mengeluarkan sebanyak 61 notis berkaitan caj perkhidmatan daripada 698 pemeriksaan ke atas premis perniagaan dari 8 hingga 14 April. - Bernama

PAPAN IKLAN DIGITAL DIGODAM KERANA GST DI SHAH ALAM


kelakar ni, papan iklan di seksyen 13 shah alam digodam oleh pihak yang mungkin sudah panas hati dengan perlaksanaan gst, suara marhein sudah berbunyi, suara akar umbi sudah berbunyi, apakah sebenar pemerintah akan lakukan?

walau dikhabarkan gst amat baik, tetapi kenapalah kelam kalibut jadinya, yang nampak peniaga sangat kritikal mengambil kesempatan dengan sesuka hati menaikkan harga barang, malah harga makanan juga terlampau teruk kenaikannya.

SIAPA NAK JAWAB KALAU KATA BAHAN MAKANAN TIADA DIKENAKAN GST, TETAPI KENAIKAN MELAMPAUI BATAS! NASI GORENG BIASA RM5.50 YANG DULU BARU RM4.00

JADI KEMANA PENGUATKUASA? JADI APA PERLU LAKUKAN KEPADA SPISIS PENIAGA PELAHAP NI?

yang dikasihankan ialah pelajar, bukan semua orang bawahan adalah senang, kali ini aku akan pelangkung cukup-cukup pegawai-pewagai kerajaan, lhdn, kastam serta kpdnkk, persatuan peniaga jangan nak selesa membiarkan perihal ini, sedangkan ada yang tidak daftar untuk gst, sedangkan yang berdaftar boleh claim kembali, jadi mudah, ni nak bantu rakyat ke nak menjahanamkan kepercayaan rakyat?

Selasa, 14 April 2015

KERAJAAN THAI BERI AMARAN SUPAYA JANGAN SELFIE GAMBAR PANGKAL PAYUDARA


BANGKOK - Wanita di negara itu diberikan amaran agar tidak memuat naik gambar 'underb0obs selfie' yang menjadi trend terbaru di media sosial negara itu.

Amaran yang dikeluarkan oleh Kerajaan tentera Thai mendakwa, perbuatan itu menyalahi undang-undang jenayah komputer Thailand.

Akta Jenayah Komputer 2007 Thailand melarang sebarang bentuk bahan yang dianggap boleh menjejaskan keselamatan negara atau mendatangkan panik dalam kalangan penduduk atau sebarang data komputer lu-cah yang boleh diakses oleh orang ramai.

Menurut jurucakap Kementerian Kebudayaan Thailand, mana-mana rakyat di negara itu didapati bersalah akan berdepan dengan hukuman penjara lima tahun. Bagaimanapun tidak menyebut cara mereka akan mengenal pasti pelaku.

Ini kerana, apabila individu merakam gambar selfie pangkal payudara mereka, tiada siapa yang dapat melihat wajah mereka. - AGENSI

PRK ROMPIN, PAS TETAP LAWAN, TIADA ISTILAH MAKAN BUDI KEPADA UMNO


PRK Rompin: PAS Tetap Bertanding, Tiada Unsur Makan Budi Di PRK Cempaka

PAS tetap dengan pendirian akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Rompin pada 5 Mei, menolak saranan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang menggesa parti Islam itu memberikan laluan agar Umno dan Barisan Nasional (BN) menang di kerusi itu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, alasan menteri besar Pahang itu yang mahu parti Islam itu memberi laluan mudah sebagai balasan kerana BN tidak meletakkan calon dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka tidak boleh diterima.

”Memberi laluan percuma kepada PAS di PRK Chempaka bukanlah menandakan Umno sudah mengganggap PAS sebagai sahabat,” kata Tuan Ibrahim yang bakal mencabar Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden pada Jun dalam satu kenyataan hari ini. – 14 April, 2015.

WAK DOYOK ADA SKANDAL DENGAN LELAKI?


Seorang lelaki yang menggunakan nama Zaheed Shah Jaafar @zhdshahjefer di Twitter tampil mendedahkan aktiviti songsang Wak Doyok.

Lelaki itu yang juga mendakwa dirinya bekas skandal selebriti berkenaan berkata dia boleh mempunyai senarai nama lelaki-lelaki yang pernah menjadi boyfriend serta s-ek-s partner Wak Doyok.

"But*h dia!!! Nak aku list down ex boyfriend dia or scandal se-x dia ke macam mana? @Wak_Doyok. Even aku pun pernah isap sikit," katanya diselitkan dengan emoticon sengih.

Sejauh mana kebenaran dakwaan lelaki itu?

Kenyataan lelaki itu timbul setelah Wak Doyok mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya minat hubungan sejenis seperti mana yang tersebar di media sosial.

"Saya tidak ambil kisah pun apa orang cakap. Kita tidak boleh suruh orang berhenti bercakap. Saya bukan gay, saya sembahyang punya orang, tak amalkan hubungan sejenis," katanya sebelum ini.

SUMBER

Isnin, 13 April 2015

NIZAR JAMALUDDIN KENA LIBAS DI KAMPAR!!


akhirnya si penjilat tegar kiasu komunis ini ditelanjangkan oleh akar umbi partinya sendiri, ini semua kerana kelantangannya menjilat dap sampai lupa asal usul perjuangan pas, nak lawan umno sehingga langgar segalanya.

klik disini

tetapi peranan paling utama dilihat adalah kerana nizar terang-terang menolak hukum hudud di kelantan, kononnya tindakan itu adalah kerana tidak mahu ditikam belakang oleh umno, cara nizar melebihkan dap dari perjuangan juga sangat membolehkan dia ditolak oleh akar umbi pas.

agak-agak siapa lagi mangsa penolakan akar umbi selepas ini? mat sabu sudah goyang.. geng-geng anwarinas yang berakar dalam pas akan musnah sama sekali, team broker yang mengidam jawatan dalam pas pun pening dengan keadaan ini.

niat dihati ingin langgar hadi awang, tetapi mereka tidak faham situasi politik dalaman pas yang majoritinya setia kepada hadi awang.

klik disini

UNTUK MENUNAIKAN JANJI BUKAN SATU PERKARA WAJIB UNTUK DIREALISASIKAN


bila pr membuat janji, ramai akan melopong, mereka memberi janji, ramai yang hanyut sehingga leka diufuk timur, rakyat selangor bukan tidak sedar, malah tahu perangai pr yang pandai dan cerdik bermain politik, cerdik mengkhayalkan minda orang lain.

malah fikiran kita yang tidak kuat, akan lebih mudahlah dikhayalkan dengan propaganda mereka, makin mudahlah mereka memukau kita dengan slogan rakyat untuk rakyat, hak rakyat, tetapi hakikat tiada siapa yang boleh nafikan perihal kelentong berjemaah yang dilakukan oleh pr.

masalah di selangor walau nampak dimata pencinta pr tiada masalah, tetapi realiti dengan ketidak stabilnya keadaan ekonomi, pelaburan semakin kurang, hanya retorik berbahas untuk berceritera hal rakyat kononnya.

jadi apakah nilai kita untuk memberi satu jawapan, sekiranya bn tidak bagus, tidak bagus lagi pr itu, sekiranya anggap yb-yb yang dilantik rakyat tidak pedulikan rakyat, itu bukan salah yb tersebut, bukan salah parti tersebut, tetapi salah kita terampau emosi menolak orang yang mampu membuat kerja untuk rakyat.

di sepang apabila rakyat menuntuk janji-janji dari pr, dari yang mb khalid membawa ke azmin semua sama sahaja.

Jika sebelum ini Khalid pernah berjanji untuk tidak mengganggu keharmonian penduduk Taman Cempaka, Bandar Baru Salak Tinggi dengan projek-projek perumahan, kini segalanya telah berubah.

Kerajaan negeri Selangor akan tetap meneruskan projek perumahan 2 tingkat yang sebelum ini dibantah oleh penduduk setempat kerana kawasan tersebut adalah padang bola dan padang permainan kanak-kanak.

bila ada kuasa, ingat perihal remeh ini mereka nak ambil peduli? persetakan jelah, selamat menempuhi keadaan yang memeningkan.

Sabtu, 11 April 2015

PKR KATA PARTI ITU AKAN MANSUHKAN GST BILA MEREKA MENANG BESAR PRU NANTI!!

Pkr adalah parti anak beranak yang semua orang tahu, parti yang paling kelakar seram dengan ramai macai ketum didalamnya.

Malah pkr sekiranya nakkan kuasa walaupun dari rakan sendiri, mereka akan jatuhkan dengan cara kotor, contohnya cara mereka menjatuhkan Khalid Ibrahim ketika krisis mb Selangor tahun lepas, malah menggunakan strategi langkah kajang untuk hijack jawatan menteri besar dari Khalid.

Semua idea busuk ini dari rafizi gemuk dan si tuan ketum anwar ibrahim. Krisis buatan yang sengaja dilakukan untuk menaikkan wan azizah menjadi mb, tetapi akhirnya azmin ali yang berjaya menjadi hero pekasam dalam perebutan kuasa itu.

Jadi pkr mengatakan mereka akan memansuhkan gst sekiranya rakyat memilih mereka menjadi juara parti bila kemenangan bak juara bila pru14 nanti.

Jadi kepada yang masih percaya pkr ini parti menjaga rakyat, maka cukup malanglah bila anda percaya kepada parti rakus kuasa seperti pkr yang semua orang tahu pemilihan parti pun ada yang pecah kepala kena belasah, kahkah.

Guna modal gst setelah modal-modal politik yang lain sudah habis kulup tak boleh pakai. Rafizi hanya mampu memfitnah demi populariti.

Jumaat, 10 April 2015

APA AGAKNYA ALASAN OLD TOWN BILA TIMBALAN MENTERI INI TERLALU MARAH KERANA ADA LIPAS DIDALAM....


sudah diberitahu, old town memang jenis perniagaan kiasu yang hanya mementingkan keuntungan berganda, baru-baru ini berkenaan gst, mereka membuat paparan grafik yang nampak sangat ada niat jahat terhadap kerajaan, mujurlah dikalangan rakyat malaysia cerdik dalam menilai, dibelasah habis old town white coffee dalam facebook milik mereka.

terbaru, bila timbalan menteri datuk saravanan amat marah kerana selepas menikmati prawn mee, beliau terperasan ada lipas, jadi adakah ini perisa tambahan dari old town?

kadang-kadang banyak yang telah dibongkar syarikat kiasu biadab ini, tetapi ramai juga tak sedar, orang kita juga berbondong-bondong makan dan minum dekat situ, harga dahlah mahal, patutnya kita sedar, tiada gunanya memberi keuntungan untuk old town white coffe tu.

ps: baik bantu orang kita berniaga, lagi bagus.

Khamis, 9 April 2015

[SEBAR] BEKAS PEKERJA DEDAH COURT MAMMOTH BETAPA TERUKNYA PENIPUAN DILAKUKAN KEPADA PENGGUNA, TOLONG ALERT


Saya sebagai bekas kakitangan Courts Mammoth berasa begitu kasihan dengan pelanggan yang terperdaya dengan marketing dan janji-janji manis kakitangan Courts Mammoth.

Sememangnya Courts Mammoth mempunyai banyak option interest rate. Tetapi ramai pelanggan yang tidak tahu kerana tidak dijelaskan oleh kakitangannya.

Interest ratenya mengikut bulan, bukan tahunan. Contohnya 1%, 1.39%, 1.69%, 1.99%, 2%, dan yang paling tinggi adalah 2.369% sebulan. Memang tinggi, gila babi tinggi. Siapa-siapa yang buat 60 bulan, memang habislah.

Nasihat saya sebelum beli, baik survey dulu option interest rate. Memang ada option, sama juga bila beli motor daripada AEON. Kita ada banyak option rate, tetapi banyak pelanggan tak faham mengenai rate tsb dan langsung tak mahu ambil tahu pun. Yang penting, janji bulan-bulan bayar setakat mampu.

Bila dah tiga tahun bayar, barulah dia terasa lama. Bila check 60 bulan, AMEKKAW!!

Kadang-kadang pelanggan ghairah nak dapat barang, sampai sanggup tandatangan jer perjanjian itu ini. Kebanyakannya macam itulah.

Satu lagi kalau dapat kakitangan Courts Mammoth yang bangsat. Jenis yang memang tak kasihan pada pelanggan. Memang dia akan masukkan benda-benda mengarut dalam invoice.

Bayangkan kalau barang berharga RM200 masuk buat 60 bulan. Just tambah RM10 je sebulan. Pada pelanggan, RM10 itu tak nampak besar. Tetapi kalau kira balik dari RM200 jadi RM600, NONSENSE!!

Lepas itu, barang pula dia kata package sekali dengan barang utama. Memang kena kelentonglah. Kakitangan Courts Mammoth pula dapat imbuhan lagi dalam RM5.00 Kakitangan Courts Mammoth ini pun satu hal, dikejar sangat RM5 sampai teraniaya pada pelanggan.

Itulah sebab kenapa saya berhenti kerja dari Courts Mammoth. - JACKER

sumber

Rabu, 8 April 2015

(Kecoh) ustaz kelas fardhu ain (KAFA) ingin berjumpa adun-adun selangor di pintu masuk suk pagi tadi

Beliau mewakili suara hati guru kafa yang lain ingin bersua muka dengan azmin ali, tetapi di halang dan keadaan agak kecoh di pintu masuk dewan dun selangor.

Beliau mengatakan hina sangatkah beliau sehingga ingin berjumpa yb-yb dihalang dan dinafikan.

Ayat "saya rakyat biasa, susah, saya mengajar anak-anak tuan-tuan belajar mengaji cukup menyentuh perasaan para wartawan dan pengawal dun sendiri.

Nantikan susulan videonya.

Ahad, 5 April 2015

MUFTI KELANTAN ANGGAP GST MEMANG ADA KEBAIKAN

GST diserang bertubi-tubi kerana manfaatnya untuk long term, memanglah pada dasarnya permulaan menampakkan tidak bagus dimata haters dan peranan golongan anti GST ini.

Penulis nampak peniaga-peniaga yang tamak tidak boleh lagi nak menipu cara gelap dan terang, tiap sudut di ketahui oleh cara pencukaian baru ini.

Mudah, berkemungkinan akan ada banyak barang-barang akan turun, sememangnya di tunggu adalah hasilnya untuk rakyat.

Untuk ke arah negara moden, infrastrukturnya harus dibaik selia terutama pengangkutan awam, perumahan rakyat, pendidikan dan peluang pekerjaan.

Usah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang cukup tahu dan sedar GST ini memang pusingnya hasilnya nanti untuk rakyat, mereka juga sedar kebaikannya cuma ingin menggagalkan usaha ini untuk modal politik mereka.

ps: kiasu dah pening kepala kerana nak hirup darah keuntungan melampau sudah disekat.

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...