Sabtu, 30 Mei 2015

TEKAN PENIAGA MELAYU DEMI MENJAGA TUAN DAP

Banyak kali dibongkarkan, orang melayu hanya mampu garu kepala, salahkan umno umno, sedangkan kepala musibat yang banyak menganiaya orang melayu adalah pakatan rakyat.

Nak harapkan pas? Pemimpin diaorang telur semua kena kemam, semua kena jentik dengan kiasu yang kawal habis pemimpin bodoh dari pas, kesian kita orang melayu di Selangor ni.

Cuba tengok harga dari pkns untuk peniaga-peniaga yang berhajat nak berniaga pada bulan ramadhan ini, Harga sekali gst, kata gst zhooling, kerajaan PR kutip juga, kepala bana kaulah azmin.

Jumaat, 29 Mei 2015

ayuh sebarkan, agenda apa semua ini?

Negara kita katanya negara Islam, tapi tindakan kepada majikan hamba Allah ini tidak melambangkan negara ini negara Islam, kepada berkaitan, ambil pusing sikit hal ni, jangan nak berpolitik 24 jam!!!

#Sebarkan

Rabu, 27 Mei 2015

foto selfie cikgu cantik ini buat ramai lelaki langgar tiang ketika berjalan


SERIUS BERDARAH HIDUNG..

CUN PULAK TU.

CIKGU OH CIKGU

Puteri Aishah binti Sulaiman, 21 tahun adalah seorang guru sementara di salah sebuah sekolah awam sekitar Kuala Lumpur. @Puteri ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah itu *sehingga Mei 2015. Foto puteri mula viral apabila ia dikaitkan dengan satu surat yang kononnya dari seorang bapa yang ingin berkenalan dengan guru yang mengajar anaknya.

%Viral di laman sosial mengatakan Ayah kepada salah seorang murid sekolah menghantar surat cinta kepada guru ini.. Tapi kalau macan ni rupanya cikgu yang mengajar, tak heran la Ayah sanggup tunggu sebulan di sekolah dengan alasan hantar anak,kan?heheh.. Nah Melastik Bulan sediakan 10 keping gambar Pureti Aishah untuk tetapan anda sekalian.

Korang juga boleh lihat gambar-gambar Puteri Aishah ini di 2 Laman sosial berikut:










sumber klik sini

Isnin, 25 Mei 2015

cara motivasi terbaru cium duit, semangat datang kekayaan pun datang, perghhh

tengah panas dimedia sosial kerana gambar cium duit yang dikatakan salah satu motivasi peserta MLM untuk menambahkan kekayaan.

secara peribadi, motivasi itu bagus, tetapi cara yang sebegini dah macam menjadi duit itu Tuhan pulak, kaya idak juga, haha..

bukan nak mengata, MLM bukan tidak bagus, tetapi cara nak bagi orang kita berubah kononnya secara cepat dapat kekayaan, macam kelakar seram pun ada.

BERSANGKA BAIK JELAH YE.





baca selanjutnya sikap keli

Tikus sebesar kucing ditemui, hanya di Selangor

Mungkin hidup si tikus ini senang lenang.

Makanan banyak, apa nak hairan.

Tidak pasti berapa banyak lagi spisis tikus ini ada di sekitar subang jaya.

Goreng pun sodap.

Ahad, 24 Mei 2015

harga di restoran ini sungguh gila

Nasi putih rm3.30?

Ini bukan gila tapi bangsat.

Tak pasti kpdnkk buat kerja ke tak?

Jangan biar keparat punya peniaga gelak ketawa.

Buat kerja wahai kementerian berkaitan.

Sabtu, 23 Mei 2015

umno bukan tak bagus tetapi ramai pembongak didalamnya

Realiti umno ketika ini, inginkan kekuatan tetapi sebilangan antara mereka hanya hebat berbicara, tetapi hakikat mereka hanya anggap tak mengapalah, atasan je yang buat kerja, janji duit turun.

Bukan umno tidak bagus, bukan umno tidak hebat, cuma golongan muda merasakan macam eletislah parti ini, sesuaikah dengan aku, jadi umno perlu melakukan perubahan imej untuk memberitahu kepada marhein, hanya umno membantu rakyat.

Jadi diharap perubahan-perubahan ini diperlukan dan idea-idea baru untuk umno terus relevan untuk rakyat.

Jangan biar dap ambil alih, buruk padahnya, parasit-parasit dalam umno perlu dilemparkan dalam gaung.

Penyatuan untuk semua ahli-ahli umno, "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"

Adakah tagline...

Dari rakyat untuk rakyat boleh didendangkan, ayuh #bangkit

Kabinet bayangan PR seolah-olah Tanah Melayu mak bapak dia yang punya!

Terkedu juga penulis bila melihat idea bakal-bakal menteri kabinet dari PR yang hampir 70% nya adalah kiasu yang sememangnya anti dengan kuasa orang melayu.

Kemana perginya pemimpin pas yang berwibawa? Agenda dap sudah nampak ketara, tetapi dikalangan orang kita sesama umno, sesama pas berperang sesama sendiri.

Apakah nafsu kalian sudah ditutup untuk melawan agenda dap? Adakah kalian suka benar mengizinkan pemimpin dap tergelak besar sehingga terkincit kerana mereka tidak perlu bersusah payah dalam menawan sepenuhnya kuasa orang melayu di bumi bertuah ini? Tepuk dada tanyalah hati.

#Bersatulah

Selasa, 19 Mei 2015

rumah untuk orang bawahan mana azmin?

Heboh katanya kerajaan negeri Selangor sangat telus dalam menjaga kebajikan rakyat bawahan.
Dengan adanya rumah mampu milik berharga rm250,000 seunit, agak-agak mampu dimilili oleh siapa? Orang kita kah? Mampu milik tu kira harga paling afdal yang mampu kerajaan negeri berikan.

Ok, sekiranya rumah mampu milik boleh dibuat, rumah murah takkkan tak nak buat azmin, buatlah juga rumah kos rendah, kalau kerajaan negeri johor pun boleh buat, komitmen kerajaan negeri melalui pkns takkan tak da satu pun projek untuk orang bawahan, asyik jaga minoriti jer.

Sudahlah rakyat bawahan di Selangor ni diperlukan bila mengundi je, kebajikan mereka dibuat lupa, kesian.

Rumah ppr dan pprt tidak dijaga dengan baik, dibiarkan, sewa dahla naik, kebajikan apa sebenarnya yang diperjuangkan?

ps: orang melayu di Selangor macam anak tiri jer, ibarat kelas ke-2, itupun ramai tak sedar, bila ngundi bagi juga dekat balaci dap berkuasa, bodoh ke gila?

Ahad, 17 Mei 2015

patutnya asak sampai tekanan mamat kit siang ni supaya minta maaf!!

Memang benar dia berhak bersuara dari sudut undang-undang, tetapi apakah dengan memberi ceramah sebegitu dia terus dianggap hero?

Mungkin pasma memang menjadi talibarut dap untuk hal ini, jadi perlulah dikalangan pemimpin pro-ulama bedal cukup-cukup kit siang ni, renyuk dia dengan tekanan, tetapi tulah, hanya bertanya ada beranikah?

Pemimpin pas tunjuklah sikit kejantanan sikit, ini bila dengan umno je berani, siap baring atas jalan untuk menunjukkan memberontak, malah ada yang sanggup jadi sawan kerana terlalu marah, tetapi, realitinya banyak kali pemimpin dap terlalu kurang ajar dengan pemimpin pas yang pro ulama, mana pergi jalak lenteng untuk membalas balik? Telur takda ke?

Kalaulah penulis penyokong pas totok, dah lama jadi hulk, tapi tulah itu hanya mimpilah, sebab sekarang ramai telurnya kena kemam.

#JanganJadiPondan


Parti melayu Islam bakal berpecah, dap senyum lebar

Nampak gayanya, kita terimalah hakikat, parti besar orang melayu iaitu umno dan pas diambang perpecahan kronik, pkr tidak hairan sebab dalam parti mereka yang ramai bukan orang melayu.

Jadi siapakah yang paling beruntung dalam pasca perpecahan ini? Sudah tentu dap, sudah gerakkan jenteranya mencari pengundi baru, malah mereka merekrut anak muda orang melayu untuk memperkukuhkan parti mereka di pru akan datang.

Nampaknya keadaan tidak terkawal bila Tun Mahathir sudah declare war dengan Ds Najib, maka perpecahan ini memang tidak boleh disorok lagi.

Pas pula dengan gerakan menolak hadi awang secara sulit juga semakin terserlah, malah menguburkan pro ulama juga semakin tersusun.

Penulis hanya tertanya, adakah ini berakhirnya politik untuk orang melayu?

Walau sudah pasti ia tetap akan berlaku di pru 14 nanti, apa kesannya selepas itu? Kesat ketiak lalu cubalah bau.

Sekian.
Headbomb

Jumaat, 15 Mei 2015

DAP UGUT PAS, JANGAN HARAP BOLEH BUAT MUKTAMAR DI SELANGOR

Kerusi pas di selangor ada 15 kerusi, tetapi angkuhnya dap macam dia sudah pegang full kuasa dalam pakatan.

Tapi lebih menghairankan, pemimpin yang bernaung atas nama perjuangan Islam kononnya senyap sunyi tak berbunyi di Selangor ini.

Hai lah nasib, orang Islam mudah dipelangkung dengan mudah oleh kiasu dap, maruah mudah kena beli ke apa?

Inilah nasib perjuangan atas nama kebencian, sudahnya habuk pun takdak, asal menghentam umno pasal kesalahan dia nombor 1, jelek bila politik sampah dan tiada titik noktah dalam perjuangan, kalau aku jadi pengikut pas, aku malu.

ps: politik liberal menguasai pas, selamat tinggal kuasa ulama.

Khamis, 14 Mei 2015

RAFIZI EMOSI DI UIA MALAM TADI

Menurut perihal yang dikatakan malam tadi, rafizi terlalu emosi sehingga jadi hulk..

Lain kali jangan main-main dengan piji ye nanti dia amuk habis u alls tau.

PENJELASAN ISU PERTENGKARAN DI DEBAT GST UIA

Oleh Lokman Adam

Pertama sekali saya hendak jelaskan bahawa saya menerima undangan untuk berdebat dengan YB Rafizi Ramli anjuran MPP UIA seminggu yang lalu. 

Malangnya dua hari yang lalu, pihak UIA telah memaklumkan kepada saya bahawa Debat tersebut dibatalkan kerana pihak Rektor UIA tidak meluluskannya.

Walau bagaimanapun, petang tadi pihak MPP UIA memaklumkan ianya diteruskan juga dan Rafizi telah bersetuju untuk hadir. 

Atas nasihat Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi, demi menjaga nama baik dan maruah JASA, saya telah hadir.

Selepas lebih kurang 10 minit berucap, pihak keselamatan UIA telah meminta saya berhenti cara baik dan saya berhenti berucap.

Pihak Pengawal juga bersetuju membenarkan Rafizi berucap selama 10 minit untuk berlaku adil. 

Malangnya selepas 10 minit berucap bila pihak keselamatan meminta Rafizi berhenti beliau enggan dan mengakibatkan pihak keselamatan menghentikan program secara paksa. 

Rafizi telah bertindak balas dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengawal keselamatan UIA. 

Majlis akhirnya dihentikanboleh pihak MPP UIA.

PERTENGKARAN DIMEJA MAKAN

Sikap biadap Rafizi diteruskan dimeja makan dengan menghalau Pengawal Keselamatan yang bertugas dari bilik makan yang disediakan. 

Semua pengawal keluar kecuali seorang yang memakai T-shirt Jingga. 

Apabila merasakan mulut Rafizi sudah terlalu lancang dan tidak menghormati pengawal tersebut, saya telah menegur Rafizi supaya menghentikannya. 

Saya kata, "kita dah buat salah meneruskan program yang tidak dibenarkan pihak Universiti, kenalah terima risikonya". 

Beliau yang berang dengan jawapan saya itu mula menjadikan saya sasarannya pula sehingga berlaku pertikaman lidah.

Apa yang menyebabkan pergaduhan hampir tercetus tadi adalah apabila beliau mengatakan saya masuk UMNO sebaik sahaja lepas keluar ISA. 

Pada hakikatnya saya dibebaskan dari ISA pada tahun 2003. 

Manakala saya telah dipecat dari PKR adalah pada tahun 2004 kerana menegur penyelewengan dana di dalam PKR dan tindakan Wan Azizah bertemu George Soros tahun 2003 untuk mendapatkan dana pilihanraya 2004. 

Lebih menyakitkan hati ialah kerana fitnah itu keluar dari mulut Rafizi iaitu salah seorang ahli MPT Keadilan yang terlibat memecat saya untuk menutup penyelewengan dana yang berlaku dalam Keadilan. 

Saya menyertai UMNO semula 3 tahun selepas dipecat iaitu pada tahun 2007.

Bagi saya, debat atau wacana ilmu sedemikian rupa harus dibenarkan di Universiti.  Dengan syarat, wakil kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang harus dilibatkan sama. 

Ianya sihat bagi perkembangan demokrasi dan bagi membolehkan para mahasiswa mendengar penjelasan kedua belah pihak. 

Jika kita terus menghalang debat sedemikian rupa, pembohong besar seperti Rafizi akan terus dipercayai oleh para Mahasiswa kita. 

Rafizi masih boleh melakukan hasutan dan penipuan beliau melalui youtube dan whatapp. 

Tetapi sekiranya debat tadi diteruskan, setidak-tidaknya para mahasiswa kita berpeluang mengetahui perkara yang sebenar dan mendengar hujah balas kita untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang GST dan isu semasa......

Rabu, 13 Mei 2015

MENGAPA TIADA KECAMAN TERHADAP KIT SIANG WAHAI ORANG PAS?

Inilah drama, drama si macai pembangkang, asal isu hudud, dihala ke umno ibarat umno ini tiada maruah, tidak beragama, kafir, bermacam-macam tuduhan keterlaluan dibuat demi melaksanakan perbalahan politik.

Bagaimana kit siang boleh menjadi jurucakap yang katanya hudud belum boleh dilaksanakan disini, apa dia sudah mendalami segala hukum hakamkah? yang menjadi persoalan mengapa puak-puak pas baka jebon membiarkan perihal ini, sedangkan pas sendiri memperjuangkan hukum hudud.

Semakin gila cara politik begini, tidak pasti pemahaman orang pas sendiri macamana adakah ikut bulat-bulat, kata yes, atau kata kit siang belajar dari umno?

Ni apa semua ini? kalau anda biasa menjual agama kamu kerana kuasa, percayalah laknat besar menantimu.

KOMUNIS ORANG KITA HANGGUK, KUASA MELAYU KITA LUDAH, CILAKA PUNYA PENYEMBAH DAP!! PASMA DAN DAP TENGAH GELAK SAKAN NAMPAK!!




Strategi paling sulit sangat berkesan menghancurkan kuasa orang melayu oleh dap

SERANGAN TERSUSUN DAN TERANCANG TERHADAP KERAJAAN DAN UMNO(MELAYU) MELALUI 4 FASA.IA BERKAITAN STRATEGI..PERSOALANNYA SIAPA YANG MENYERANG???

AS SALAM..(Durasi Bacaan 4minit 50saat)

Terlebih dahulu untuk saya menzahirkan jutaan terima kasih kepada Sahabat saya Azmi Yahya dengan perbincangan tuntas sehingga membolehkan saya mula menulis artikel ini.Jazakallahu khairan jaza'.

Mendapat pendedahan dalam bidang strategi berpolitik membenarkan saya untuk berfikir dalam konteks permasalahan dan kecamukan yang berlaku dalam negara mutakhir ini.Strategi memainkan peranan penting dalam merancang sesuatu terutama dalam soal pemerintahan dan kepartian.

UMNO sebagai majoriti kepada parti pemerintah BN berdepan satu serangan yang cukup hebat dan terancang dari pihak yang perlu kita kaji dan meneliti siapakah mereka dan apakah tujuan mereka.Terlebih dahulu saya suka untuk menegaskan bahawa tulisan ini jauh sekali untuk membicarakan soal rasis atau perkauman.Ini merupakan tulisan untuk kita sesama Melayu Islam agar mengetahui adakah benar kita masih selamat di bumi sendiri , di tanah merdeka ini dan di bumi ibu pertiwi ini...

Dalam kamus strategi, 4 fasa yang perlu berlaku untuk meruntuhkan satu2 empayar atau "Kerajaan Kaum" sedang berlaku di Malaysia.

1. FASA 1  "SEGMENTIZING THE MALAYS"..Saya yakin ianya telah dan sedang berlaku di Malaysia dengan memecahbelahkan Melayu.Dimana Melayu berpecah.???

a ) Melayu berpecah dengan haluan kepartian.
b ) Sentimen kenegerian
c ) Qasta dan kedudukan Melayu Kaya dan Orang Bawahan

Secara ringkas, kita mengakui Melayu berpecah dari kerana haluan kepartian antara PAS, UMNO dan PKR.Sentimen kenegerian makin kuat dimainkan.Qasta dan kedudukan mengambil tempat dalam rencah memecahbelahkan orang Melayu bila orang bawahan Melayu tidak lagi merasa bangga melihat kejayaan orang Melayu dan tidak lagi melihat kejayaan orang Melayu kaya ini sebagai satu kebanggaan dan rahmat selain melihat dengan perasaan benci dan hasad dengki. Sebaliknya juga berlaku bilamana "orang kaya Melayu" tidak lagi merasa sikap kebertanggungjawaban kepada bangsa sendiri dan melihat orang bawahan dengan pandangan sinis.

2. FASA 2 " CREATING HATRED TOWARDS PERSONALITY & PARTY" yang jelas berlaku dalam UMNO sekarang bilamana terwujudnya kebencian terhadap pemimpin dan sesama sendiri dengan menzahirkannya secara terbuka.Antara yang jelas untuk kita lebih faham ialah:

a) Kebencian kepada pemimpin ( hilang tawadduq)
b) Kebencian sesama sendiri dari hasil perbedaan pendapat dan kerana berbeza warloard dari hasil pertembungan pemilihan dalaman parti.
c) Hilang keyakinan kepada parti dan hilang keyakinan untuk terus memperjuangkan parti.Lebih mengerikan bilamana ia menjadi agen pengkhianat dari dalam parti mereka sendiri (adakah wujud golongan ini???)

3. FASA 3 " KIDNAPPING THOUGHT OF UMNO MEMBERS" bilamana :-

a )"Orang UMNO" seolah2 sudah bersuara seperti pembangkang.
b ) Menggunakan dan menguasai media sosial UMNO untuk mempromosikan serangan dan fitnah terhadap UMNO sendiri tanpa ahli UMNO sedar bahawa mereka merupakan barisan serangan yang telah di tawan oleh pihak2 tertentu untuk membinasakan UMNO seakan dipukau atau kerana kejahilan dan keangkuhan mereka sendiri atas alasan kononnya alasan menegur parti kerana sayangkan parti sebelum ianya parah dan rebah walhal mereka ini sebenarnya sedang mengkritikalkan parti mereka sendiri..

4. Terkini mereka ini telah memasuki  FASA 4 iaitu "PUBLIC ANXIETY" bilamana kerisauan, kegusaran dan rasa cemas rakyat terhadap satu institusi yang mewakili kekuatan majoriti Islam Melayu khususnya dalam institusi kewangan dan "rezab Melayu" melalui beberapa cara :-

a) Mencetuskan rasa ragu dan sangsi pencarum atau penyimpan akan kredibiliti dan kemampuan institusi tersebut dengan tujuan melumpuhkan ekonomi Islam Melayu.
b) Mempromosikan dan menggembar-gemburkan akan kesilapan dari sesetengah keputusan yang kurang cermat oleh pemimpin.
c) Fasa 4 ini akan lebih senang dan tuntas di selesaikan bilamana fasa 2 & fasa 3 tadi berfungsi dengan baiknya.

Kesimpulannya siapakah mer eka ini yang menggunakan formula strategi sebegini rupa sehingga menimbulkan segala permasalahan sebesar ini dalam sejarah Malaysia. Ahli UMNO sudah hilang keyakinan kepada setiap keputusan parti sendiri.Pemimpin saling berserangan. Warloard mula menonjolkan kekuatan sendiri. Orang UMNO dah jadi pembangkang dalam parti sendiri. Institusi  kekuatan Islam Melayu di fitnah. FELDA( berlaku di PRK Rompin) hilang keyakinan peneroka yang mendapat rezeki berzaman dan berkurun beberapa generasi. Lembaga Tabung Haji(TH) sudah hilang kredibiliti dengan jolokan menggunakan duit bakal jemaah haji untuk (bailout) satu syarikat milik kerajaan 1MDB.

Ini semua merupakan rentetan perjalan perlaksanaan satu strategi menghancurkan kuasa Islam Melayu di Malaysia. Ianya dilakukan bukan setahun dan ianya dirancang dengan teliti dan tuntas dengan jangkamasa tertentu. Siapa mereka?? Adakah pihak ini merupakan salah satu parti pembangkang dalam Malaysia?? Adakah mereka ini merupakan sebuah kaum yang sememangnya tidak akan berdiam diri bila melihat kekuatan Islam Melayu yang cuba diruntuhkan tetapi masih gagal??? Adakah mereka ini merupakan sebuah agama yang sememangnya telah bermusuh dengan Islam selama berkurun???

Justeru itu saya dengan rendah diri untuk mengajak rakan dan sahabat untuk terus istiqamah dan tawadduq dalam mempertahankan Islam Melayu yang masih berkuasa tatkala ini untuk terus menjadi asas dan teras kepada sebuah kejayaan negara. Ahli UMNO seharusnya meningkatkan jati diri untuk mempertahankan parti. Dalam ketika kita diserang seharusnya kita meminimumkan apa jua perbezaan antara kita ahli parti. Warloard harus menjadi pendamai kepada sengketa kedudukan. Satukan niat.Satukan cita2 untuk terus menjadi ahli yang memberikan kekuatan kepada parti yang kian layu. Gadaikan amarah. Gadaikan ego buat sementara waktu. Persetankan kepentingan peribadi... UNTUK KITA SAMA2 MENEPIS SEGALA DAKYAH DAN FITNAH YANG AKAN MENGHANCURKAN AGAMA DAN BANGSA KITA...

ALLAHUAKBAR!!!!

WASSALAM...

(Tulisan saya selepas ini akan saya cadangkan beberapa elemen penting yang harus UMNO lakukan dalam meminimumkan perdebatan terbuka isu2 dalaman parti dan memperkasakan rantaian saluran maklumat ahli terus kepada pucuk pimpinan parti melalui mekanisme yang ada di setiap Bahagian.. Insyaallah)

Selasa, 12 Mei 2015

[kasi bongkar] Ada Timbalan Ketua Bahagian Umno di Selangor sudah kena beli dengan Dap? apakah benar?



Penulis agak terkejut dengan pembongkaran ini, disebalik Majlis Tertinggi Umno diseluruh negara menyokong penuh ds najib, sudahnya terbongkar yang ada Timbalan Ketua Bahagian sudah berpaling tadah dengan menjadi keldai dap.

Siapakah gerangan TKB tersebut?

TKB ini dengan beberapa NGO ada berjumpa dengan seorang pemimpin Dap, perempuan, semua kenal pemimpin dap ini, lokasi di damansara, perbincangan itu bukan kosong, ada wang besar.

Siapakah pengkhianat ini? mengapa sanggup menjual maruah bangsa dan agama kerana kemaruk $$$$, harap siapa yang ada membacanya, sebarkan, kita kasi gegar, begini sembang kencang kata nak perjuangkan agama dan melayu? baru dap ayat power sikit sudah jual maruah? Gila babi, babi pun tidak gila macam ni kerana $$$$.

SIAPA DIA TIMBALAN KETUA BAHAGIAN DI SELANGOR YANG AKAN JOIN DAP SERTA DIBELI OLEH DAP? SIAPA-SIAPA?

Sabtu, 9 Mei 2015

BILA SYARIKAT MELAYU ISLAM DISABOTAJ OLEH BANGSANYA SENDIRI, SAYONARA TABUNG HAJI! SEDIH BILA SYAITAN MENJADI JUARA

Penulis mampu copy paste jer, cuma nak beritahu apabila syaitan sudah berjaya rosakkan Islam melayu, maka hancur leburlah kerana bersungguh nak undurkan ds najib cara rakus, penulis nak lihat, syaitan-syaitan ini gelaknya sampai bila?

TABUNG HAJI MENJADI MANGSA PERSEPSI SYAITAN

Nadzri Hamzah

Assalamualaikum Selamat Pagi. Selepas sebuah blog membuat pendedahan tentang pembelian hartanah di TRX yang dikendalikan oleh 1MDB oleh anak syarikat Tabung Haji iaitu Tabung Haji Properties, maka ramailah yang melompat dan segera menjadikannya sebagai satu persepsi yang Tabung Haji Properties telah bersekongkol dengan penyelewengan dan ketirisan besar.

Hartanah yang dimaksudkan terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan rata-rata tahu, hartanah di Kuala Lumpur sangat berharga mahal terutama setelah dibangunkan. Bandaraya Kuala Lumpur bukan lagi seperti pada zaman Raja Abdullah mendarat di pertemuan Sungai Kelang-Sungai Gombak pada tahun 1857 membawa 87 orang pelombong Cina untuk membuka sebuah lombong di Ampang pada harga 30,000 ringgit pada waktu itu.

Pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji tiba-tiba menjadi perhatian besar dek kerana PARANOIA yang keterlaluan apabila melihat kemunculan perkataan '1MDB'.

1MDB adalah sebuah syarikat pelaburan strategik yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. Tabung Haji juga adalah syarikat kerajaan. Anak-anak syarikat Tabung Haji juga secara tidak langsung merupakan syarikat-syarikat kerajaan walaupun kaitannya mungkin sedikit berliku.

Overreaction merupakan perkataan paling tepat untuk situasi yang melibatkan Tabung Haji dan 1MDB sekarang.

Sudah berpuluh-puluh tahun Tabung Haji melabur dalam pebagai instrumen termasuklah hartanah bagi memastikan wang pendeposit berkembang dan bertambah. Dengan nilai wang yang mengalami penyusutan ekoran pertukaran asing, bermakna Tabung Haji perlu melakukan sesuatu bagi memastikan wang dan harapan para penyimpan tidak mengalami penyusutan.

Setakat ini, Tabung Haji tidak pernah gagal dalam operasi utama mereka melibatkaan jemaah Haji dari Malaysia ke Tanah Suci Makkah dan urusan ibadah Haji.

Hanya kerana Tabung Haji membeli aset, dikatakan telah menjejaskan wang para penyimpan di Tabung Haji? Atau kerana Tabung Haji membeli aset dari 1MDB?

Berdasarkan maklumat, pemaju komersial dari Indonesia, Mulia Group telah dalam perbincangan dengan 1MDB untuk mengambilalih pembangunan Signature Towers 74 tingkat di TRX - pada harga RM500 juta dan perundingan dengan blok kedua yang ditolak oleh Tabung Haji dan didedahkan oleh pihak tertentu dalam sebuah blog. (RUJUK SINI)

Mulia Group dikatakan sudah hampir mencapai hasrat mereka memandangkan Tabung Haji telah menolaknya.

Mulia Group merupakan pemaju hartanah komersial terbesar Indonesia. (RUJUK SINI)

Sekaligus di TRX, dua buah syarikat pemaju hartanah - Lend Lease dari Australia dan Mulia Group - barangkali telah menyelewengkan wang mereka semata-mata untuk bail-out 1MDB sebagaimana tuduhan yang dilemparkan kepada Tabung Haji?

Perlu diingat, nama asal TRX adalah KLIFD di mana huruf 'I' membawa maksud International (Antarabangsa). TRX diwujudkan dengan hasrat dan sasaran menjadikan ianya sebagai sebuah kawasan antarabangsa dan mampu menarik pelabur-pelabur asing yang akan menempatkan syarikat-syarikat mereka di situ.

Adakah pembelian hartanah bernilai RM185 juta oleh Tabung Haji di TRX, mampu bail-out 1MDB sebagaimana yang didakwa?

Ada yang mempertikaikan, mengapa Tabung Haji membeli tanah TRX pada harga yang lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB dari Kerajaan. Mungkin sedikit sifir, boleh membuka otak masing-masing.

Andaikan seperti berikut:

Harga belian: RM320 juta

Kos untuk penempatan semula, pampasan, perancangan, pembangunan, pengezonan semula dan pemasaran, infrastruktur (jalan raya, jalan bawah, elektrik, air dan sebagainya) : RM2 bilion (kosnya besar kemungkinan jauh lebih besar)

Sekaligus kos tanah TRX kepada 1MDB : RM2.32 bilion.

Saiz tanah: 70 ekar.

Tanah yang digunakan: 70% atau 49 ekar (kerana sebahagian daripada tanah perlu digunakan untuk jalanraya, kawasan terbuka, fasiliti air dan rawatan air, substesyen elektrik dan sebagainya)

Tanah yang diperuntukkan untuk taman awam: 20 ekar
Tanah yang digunakan selain taman awam: 29 ekar.

Oleh kerana itu, harga bagi setiap kali persegi tanah TRX yang digunakan: RM2.32 bilion dibahagikan dengan 29 ekar = RM1,837 kaki persegi.

1MDB hanya didanai sebanyak RM1 juta secara tunai dan terpaksa meminjam dari bank. RM1 juta tidak mungkin dapat membayar yuran guaman bagi sesetengah projek hartanah.

Oleh kerana itu, seandainya kerajaan tidak membenarkan 1MDB buat duit daripada aset tanah, bagaimana mereka boleh mencari wang untuk membayar faedah dan pinjaman?

Agak malang kerana pihak asing melihat potensi besar TRX yang dirancang oleh 1MDB dan sanggup meletakkan wang mereka yang jauh lebih besar berbanding Tabung Haji pada harga tinggi yang telah ditetapkan oleh 1MDB sedangkan masyarakat Malaysia yang menganggap mereka lebih bijak pula, bertindak dan berfikiran sebaliknya malahan melihat ianya adalah satu usaha bail-out.

TH melabur dalam SATU hartanah menara kediaman di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik. Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta.

Syarikat asing beli tanah 1MDB = Salah/. Kata jual Malaysia.

Syarikat swasta beli tanah 1MDB = Salah! Kata kroni

Syarikat GLC beli tanah 1MDB = Salah! Kata bail-out.

Lebih baik tanah TRX itu dikhaskan untuk tanam jagung dan padi je.

TRX land tanam jagung dan padi = Salah! Kata govt stupid and waste prime land.

Eh people... When 1MDB set up TRX and Bandar Malaysia, the main idea was to plan, develop and sell the land to strategic investors to recover the interest costs and repay the loans. How else are you supposed to do that if you are only given RM1 million capital?

1MDB Real Estate Bhd is doing EXACTLY what they are supposed to do.

Jumaat, 8 Mei 2015

taktik berperang bukan semata-mata kita ada senjata yang hebat!

Penulis bukan seorang penganalis politik, tetapi penulis hanya orang biasa, rakyat biasa serta mengakui realiti tidak boleh ditutup dengan persepsi jahat hanya dengan berlawan fakta.

Umno dihimpit pelbagai kontroversi dan cabaran, selepas pru13, harapan untuk mengembalikan kegemilangan nampaknya agak sukar, liabiliti serta persepsi dimain pembangkang memang sangat berkesan sehinggakan sesuatu isu dibangkitkan pembangkang, orang biasa atau rakyat marhein turut serta mengikuti wave persepsi itu.

Maklumat duhujung jari, senjata pembangkang cukup licik menggunakan teknologi dalam meluaskan pengaruh mereka.

Tetapi dipihak BN, agak menyedihkan sehingga kini tiada satupun ikon atau leader cyberwar yang digerakkan untuk meneutralkan persepsi pembangkang.

Anda bayangkan, orang muda sudah melekat dalam minda mereka dengan jenama serangan mereka terhadap BN, ayat seperti rosmah boros, kerajaan zalim, menipu rakyat, rosmah shopping, jet najib, umno parti rasuah.

Ayat serta tagline ini sudah menjadi sangat viral di media cyber, melihat situasi ini, pengneutralan wave fitnah dibalas dengan counter fitnah untuk memberi fakta nampaknya sangat gagal.

Zaman pru13 dulu, unit maya seperti umb, nadi rakyat, blogger-blogger hebat seperti papagomo, parpukari, rbf, dr mim, team blogger Kedah, Selangor, Perak, Penang dan banyak lagi team hebat-hebat yang ada bergerak dalam satu unit dalam membalas kembali asakan fitnah pembangkang, malah disebut-sebut nama setengah blogger oleh media PR sebagai pengacau, ternganggu pemimpin mereka, sampai ada yang terpaksa buat sidang media untuk menafikan isu-isu berbangkit yang dimainkan media kita ketika itu.

Jadi kenapa pada ketika ini keadaannya sangat mendukacitakan? Penulis tak mampu nak cerita lebih lanjut lagi, cuma saranan penulis, bila berperang kita hanya suka bertahan-bertahan serta bertahan, percayalah bibit kekalahan muncul juga nanti.

BERKATA BENAR WALAU PAHIT

Khamis, 7 Mei 2015

semakin ganas dan radikal penyokong pkr kerana tertekan jentera pas tak nampak muka!!







beginikah caranya untuk melepaskan geram wahai penyokong pkr yang gila isim, sampai penyokong bn kena balun, perempuan pun kena tumbuk, pengundi kena baling botol air mineral, kegila babian apakah yang mereka tunjukkan ini?

adakah kerana tertekan disebabkan sokongan orang permatang pauh bakal beralih arah? kerana sangat tertekan dan risau kekalahan sampai melakukan perkara diluar batasan, tetapi memang tidak dinafikan penyokong pkr berapa % je yang berotak, yang lainnya ada yang bermakzab anarcis, liberal, lgbt, penjilat ketua umum.

kalau pemilihan parti mereka pun ada yang pecah kepala, ini pula masa mengundi, inilah pkr, penulis tidak pasti, syaitan apakah merasuk mereka.

anda ada otak fikir, samseng-samseng memang ramai dalam pkr apa ada hal.

Rabu, 6 Mei 2015

Klimaks cara pkr malam terakhir sebelum mengundi!

Ini realiti, penulis dah kobarkan dah, strategi pkr mereka belajar dari luar negara bai, setelah lebih 13 hari berkempen, kita perasan tak wan azizah hanya guna simbolik kipas dia, bermacam blacks ops dari unit gelap mereka, propaganda mudah, dia bagi lemak kaw-kaw drama politik, hari terakhir kita lihat sendiri.

Penulis bukan nak cakap apa, pru lepas taktik last minit pkr tulah yang buat ramai terpaksa u turn, unit syko mereka bergerak cukup licik, walau beribu BN membuat kebaikan di tutup cukup rapi dengan cara mastermind mereka.

Biarlah wan azizah tak buat kerja, biarlah dia tak turun padang, itu semua tidak penting bagi pentaksub, asal bukan umno sudah menjadi darah daging, nak pulih hanya Allah menentukan untuk mereka pulih.

ps: hakikat dan fantasi, BN sentiasa terperangkap cukup mudah dengan strategi dark side pkr. hurm entahlah!!

STRATEGI SUPAYA RUSUHAN DI INDONESIA PADA TAHUN 1998 TERJADI DI MALAYSIA? KERJA GILA APAKAH INI?

kadang-kadang perihal yang terdesak ini cukup keterlaluan bai, agak-agak pemikiran para logikal seperti dalam gambar, adakah inginkan keadaan yang kacau bilau, rusuhan, rogol, bunuh jalanan, bakar bangunan terjadi di malaysia?

kerja gila dari orang terdesak, tidak pasti niat di sebalik diri mereka ini, pdrm serta pihak penyiasat harap siasat segera perihal ini, politik-politik lah juga bangkai, tapi sampai nak jadi huru hara kepala bana kaulah.

ADA OTAK FIKIR BRADER!!


ps: sekiranya terjadi perkara yang di indonesia tu, yang teraniaya rasanya bukan melayu, inilah realiti, pemikiran jumud apakah sampai melihat kekacauan itu satu kenikmatan kerana nak membalas dendam politik?

percayakah anda dengan pusingan u bakal dibuat oleh pengundi pas di permatang pauh?


game last minit oleh gerakan gelap oleh unit-unit pkr, mereka tahu, sokongan pengundi permatang pauh semakin parah kepada mereka, malah pengundi dari pas katanya akan melakukan sabotaj, apa benar? kita perlu melihat ini dari sudut luar kotak.

pas, walau mereka marah sekalipun dengan pkr, kebencian dengan umno tidak boleh dibuat apa lagi, orang yang bergasak dalam politik sudah tahu peranan unit-unit serta penyokong tegar mereka di permatang pauh.

kerja bn disebalik turun padang, jumpa pengundi, percayalah, unit gelap pkr akan lakukan apa saja termasuk turunkan $$$ untuk si lebai malang, prinsip asal bukan umno sudah ditanam beb, imej baik di bawa oleh umno ditutup rapat dengan ceritera gst, rosmah serta 1mdb, jet, serta keburukan pemimpin umno yang mereka targetkan.

walau dibelasak kiri dan kanan kesedaran mereka mungkin dapat 2-5% sahaja untuk tidak menyokong pkr, walau pkr tolak hudud, dap membuli pas, tetapi percayalah walau penulis bukan ahli nujum, bn mungkin dapat mengurangkan majoriti sahaja, bukan menang bergaya.

TETAPI, HARUS DIINGAT, JENTERA PKR DALAM KEADAAN GUSAR DENGAN CALON BN, KERANA WAVE ORANG MUDA MEMANG MEMBERI IMPAK KEPADA MEREKA, SERTA IMEJ WAN AZIZAH YANG TERUK DI KAJANG, RAKYAT KAJANG SUDAH BERTANYA DAN MEMBERI KATA DUA KEPADA WAN AZIZAH.

JADI APA RELEVANNYA WAN AZIZAH MASIH NAK BERTANDING DI PERMATANG PAUH? ADAKAH KERANA UNTUK SELAMATKAN KARIER POLITIK SUAMINYA NANTI, SEKIRANYA MENANG, ADAKAH AKAN ADA PRK LAGI BILA ANWAR SUDAH BEBAS DARI PENJARA?

GAME-GAME POLITIK INI LICIK, AZMIN PUN CERDIK DALAM MEMAINKAN PERANANNYA, LEGASI KELUARGA ANWAR DALAM PKR PERLU DIRANAPKAN, KERANA AZMIN TAHU SELAGI KRONISME ADA DALAM PKR, TETAP BEGITULAH PARTI ITU DICOP PARTI ANAK BERANAK,

MENCALONKAN WAN AZIZAH ADAKAH UNTUK MEMBENAMKAN TERUS KARIER POLITK ANWAR ATAU MERANAPKAN LEGASI ANAK-BERANAK ANWAR DALAM POLITK, KITA PUN TIDAK PASTI, TAPI BUNGANYA MACAM KE ARAH BEGITU.

WALAU TAK LOGIK WAN AZIZAH BOLEH KALAH, TETAPI PERCATURAN BN TIDAK BOLEH DIANGGAP ENTENG, MALAH BN JUGA TIDAK PERLU TERLALU YAKIN, PENGUNDI PAS KALAU BUAT PROTES, MUNGKIN BOLEH JADI KEKALAHAN WAN AZIZAH.

ps: cuma kerja keras antara jentera perlu ditingkatkan lagi, jangan terlalu syok sendiri, kupasan konon pengundi permatang pauh sudah berubah, ahli pkr hilang kepercayaan, sokong bn kononnya, ramai keluar parti, hakikat mereka nak sebat dana dari bn je.. ini sudah berlakulah masa pru13 lepas.. keluar parti bukan main, tetapi sokongan belum tentu kepada bn.. harap sedar ye jentera semua. ini peringatan saja, politik dark side memang itu mainan pr.

Selasa, 5 Mei 2015

PRK ROMPIN, CITA-CITA PAS MERAMPAS PARLIMEN ROMPIN MUNGKIN HANYA CERITERA KLASIK SAHAJA!!


hari ini hari mengundi di prk rompin, corat coret di hari mula penamaan calon sehingga hari ini berkemungkinan jawapan yang di anggap sudah ditentukan, bn mungkin akan menang, pas juga sedar parlimen rompin bukan mudah untuk dirampas kerusinya.

mungkin kurangkan majoriti membolehkan pas gembira tidak terkira, tetapi hakikat di prk yang telah berlangsung baru-baru ini pun banyak undi merosot kerana prk pengundi luar jarang nak turun, kiranya mungkin juga cuti di hari biasa agak sukar untuk majikan swasta.

tetapi melihat cara kempen parti yang bertanding, nampaknya bn sememangnya kita tahu agenda membantu rakyat itu sesuatu yang wajib, rumah mampu milik FELDA generasi ke-2 pada mulanya harga yang nampak macam mahal, rm120,000 diturunkan dengan harga rm90,000.

bertuah orang FELDA, itupun agenda pas katanya nak selamatkan FELDA, selama ini apakah yang telah pas selamatkan untuk kebaikan FELDA?

realiti ladang rakyat tidak boleh disorok, alasan paling hebat, kerajaan umno telah sabotaj, itu sahaja modalnya, umno sini umno sana.

jadi hari ini penentu adakah BN akan menang dengan majoriti besar atau majoriti kurang sedikit, untuk kalah rasanya tidak logik kot.

Isnin, 4 Mei 2015

Ceramah ustaz kazim di permatang pasir di penuhi dengan penyokong pas?

Ustaz kazim auranya cukup hebat, di mana-mana sekiranya beliau ada, orang tak usah ceritalah ramainya, mungkin pendapat "hater" ustaz kazim beranggapan auranya semakin menurun akibat kelancangan tak beretiqa seorang mufti gila popular baru-baru ini, mengaitkan beliau dengan hadis palsu cukup panas sehinggakan ustaz kazim tidak mahu keluar siaran di mana-mana stesen tv.

Katanya ribuan hadir dalam ceramah perdana bersama ustaz kazim pada malam ini, ramai juga penyokong pas tidak segan untuk hadir dalam ceramah perdana ini, tahniah kepada penganjur, permatang pauh dalam keadaan kelam direnjat dengan sabotaj oleh pengundi pas, kita tunggu sahaja pada hari mengundi, apa benar pentaksub pas tidak akan memberi undi kepada wan azizah? Tunggu dan jangan terlalu gembira ya buat kem BN.

Pkr licik dalam minit terakhir hari mengundi, mereka cukup terkenal dengan taktik gelap pada akhir 24 jam sebelum mengundi.




SETIAP PILIHANRAYA PASTI RAMAI MASUK BN, TETAPI NAK BERI KEMENANGAN TIDAK PASTI!

Pendapat penulis, yup memang benar ia propaganda, memang benar  ada kumpulan besar akan masuk BN, mana-mana pilihanraya perkara ini perkara wajib, tetapi adakah yang kata nak keluar parti join BN mereka ikhlas menyokong atau masa mengundi batang hidung pun tak nampak.

Ini fakta, di Selangor pada pru13 kurang lebih 3,000 masyarakat India di parlimen subang keluar parti, kalau siapa masih ingatlah, gah pegang spanduk, gah pakai baju BN, keputusan tetap tak boleh menang parlimen tu sebab yang konon nak sokong BN tu kembali sokong pkr, semua tau la, dua-dua pihak dia sebat, BN dia dapat, pkr dia dapat, yang rugi BN.

Taktik konon sedap dimata tetapi tidak diundi, percayalah bro.

Ahad, 3 Mei 2015

SAMPAI BEGITU PKR LAYAN JENTERA PAS DI PERMATANG PAUH?

Ada info baru-baru ini yang mengatakan pergaduhan antara lima penyokong pkr dengan dua penyokong pas, agak panas juga pergaduhan antara mereka ni di permatang pauh, sedangkan pemuda pas pulau pinang sudah  tarik balik boikot terhadap calon pkr, wan azizah.

Nampaknya penolakan secara halus bergema kembali, kali ini pkr membakar api perbalahan itu kembali, banner yang banyak digantung di sekitar permatang pauh membangkitkan bibit perbalahan yang rumit nak diceritakan, pkr dan dap serta pasma lawan pas!!

ps: mengikut gayanya memang calon bn punyai harapan, tetapi tahap ketotokan pengundi pas sukar di ramal, mungkin mereka sabotaj atau melakukan undi simpati, Entah?



Azmin kata dia yakin audio itu rakaman sahih, anggap itu pengkhianat terbesar Anwar

 Mohamed Azmin Ali yakin audio yang dikatakan perbualan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi merupakan...