Jumaat, 31 Julai 2015
HOTEL MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR BANKRUP LAGI!!
ITULAH KERAJAAN NEGERI PALING KAYA DALAM MALAYSIA, BERJIWA RAKYAT, SENTIASA MEMBANTU BILA AIR DI SELANGOR TIADA, PALING BEST KES DENGGI YANG PALING TINGGI DALAM NEGARA.
AZMIN ALI SELAKU MENTERI BESAR, CAKAPNYA LIPAN PUN BOLEH HANGGUK, INIKAN KITA, KALAU DIA JADI PERDANA MENTERI PUN, APA SAJA KATA DIA SEMUA RAKYAT MARHEIN AKAN TUNDUK LAYU DIUFUK TIMUR, EH KAN HEBAT PEMERINTAHAN DIA.
SIAPA NAK SANGGAH? RAKYAT SELANGOR TAHU JE APA DIA BUAT, KALAU TAK SALAH DIA HEBAT TURUN KE LONGKANG, MEMANJAT LORI SAMPAH, MENYEMAI BENIH PADI, MEMBASUH KAIN, GEMPAK GILA KAU.. SIAPA MAMPU LAWAN?
Khamis, 30 Julai 2015
SARAWAK REPORT BUAT KERJA GILA LAGI, SEBARAN DOKUMEN DRAF YANG NAMPAK BENAR MENIPUNYA!!
Lawyer & Peguamcara.
OPERASI TIKAM BELAKANG NAJIB YANG CUKUP RAPI DAN HALUS OLEH BEKAS TPM?
Tidak dipastikan, mungkin motif penyebar video untuk mendapatkan peluru ampuh yang mampu membunuh habis imej Najib, video tak habis rakam menunjukkan perbualan muhyiddin dan tetamu di kediamannya mengatakan duit RM2.6 billion masuk ke akaun Najib. Ayat masuk ke akaun tu tamat disitu.
Malah masih menjadi tanda tanya, adakah Muhyiddin sekadar berseloroh menggatakan duit tu memang masuk ke dalam akaun Najib tetapi dia sendiri pun tidak tahu kebenarannya. Video itu habis disitu, pertanyaan itu telah menjadi modal pihak media anti Najib untuk rosakkan imej beliau secara total.
Ingat lagi video ah moi menampar tangan seseorang yang berbaju melayu yang ingin bersalam dengannya? Video sekerat tu menjadi viral serta kemarahan orang melayu kononnya ah moi tu bertindak biadab, hakikat video penuh membuktikan ah moi itu memang bergurau, dia kenal orang yang hulur salam kepadanya.
Nampak bukan peranan media untuk "spin" sesuatu berita. Kebetulan media-media sosial dikuasai oleh pro pakatan dan dibantu pula page-page pro tun dan team nagas (geng cari makan).
#KekalNajib
#FightFight
Peranan songsang media musuh untuk sebaran persepsi sudah berjaya.
#VideoMuhyiddin: Wang dalam akaun peribadi adalah hak dan rahsia peribadi
1. Dalam video perbualan TS Muhyiddin dengan tamunya, jelas disebut:
“Saya tanya beliau wang siapa? Beliau tidak nyatakan. Hanya dari Timur Tengah.”
“lepas tu saya tanya berapa banyak... Susah nak kiralah, dia cakap (Najib) a lot, a lot'”
Kemudian Muhyiddin menyebut, "Kenapa masuk akaun personal Najib Razak?”
2. Persoalannya dari mana datangnya nilai RM2.6 bilion? Jelasnya, itu adalah andaian dan dakwaan Muhyiddin sendiri. Dakwaan ini tiada perbezaan dengan andaian dan dakwaan yang dibuat oleh WSJ.
3. Duit yang masuk ke dalam akaun peribadi, itu hak dan rahsia peribadi individu yang tidak perlu diisytiharkan kepada orang ramai. Sama seperti duit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi kita.
4. Lainlah jika ada dakwaan bahawa duit itu datang dari sumber yang salah. Barulah seseorang itu perlu membuat perisytiharan, tetapi bukan kepada umum. Dia hanya perlu buat perisytiharan kepada pihak berkuasa yang membuat siasatan.
5. Apabila ada pihak yang hendak masukkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadi seseorang sebagai bantuan dana politik, itu adalah bantuan dana politik kepada individu tersebut. Terserahlah bagaimana dia hendak menggunakannya asalkan tidak untuk tujuan yang menyalahi undang-undang sebab itu dana politik peribadinya. Sama ada dia hendak menggunakannya untuk membantu orang, hendak diberikan kepada jentera atau apa saja, itu adalah hak beliau.
6. Lainlah jika bantuan dana tersebut dimasukkan dalam akaun parti, persatuan, yayasan atau syarikat, barulah dikatakan bahawa dana tersebut untuk parti, persatuan, yayasan atau syarikat. Sekiranya ini berlaku, maka parti, persatuan, yayasan dan syarikat tersebut hanya boleh membelanjakan wang tersebut mengikut perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan.
6. Misalnya, jika ada seorang individu hendak membantu seorang Ketua UMNO Bahagian, dan jika dia masukkan duit tersebut ke dalam akaun peribadi Ketua UMNO Bahagian tersebut, maka itu adalah dana untuk kegunaan politik peribadi Ketua UMNO Bahagian itu. Ketua UMNO Bahagian tersebut tidak perlu mengisytiharkan kepada umum, daripada siapa wang itu diperolehi dan berapa jumlah yang diberi.
7. Hanya jika wang tersebut masuk akaun persatuan, yayasan atau syarikat yang dimiliki oleh Ketua UMNO Bahagian tersebut, barulah perinciannya perlu dinyatakan dalam penyata kewangan persatuan, yayasan atau syarikat yang dimiliki tadi dan dibelanjakan mengikut perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan. Itupun, bagi dana untuk parti politik, tidak ada peraturan yang memerlukan nama penyumbang dinyatakan bagi menjaga kepentingan penyumbang tersebut.
8. Bagaimanapun jika ada dakwaan bahawa wang yang masuk ke dalam akaun seseorang individu adalah dari sumber yang salah, maka barulah timbul soal ada pembuktian, daripada siapa duit itu diterima dan kenapa ia diberikan. Jika ia didakwa datang dari sumber rasuah, maka perlulah dibuktikan siapa pemberi dan ia diberi sebagai rasuah untuk tugas atau projek apa.
9. Dalam kes akaun peribadi Najib Razak, duit dikatakan datang dari sumber 1MDB dan hasil pelaburan usaha sama dengan Petrosaudi. Dalam hal ini, penyiasat boleh merujuk penyata akaun dan dokumen daripada 1MDB dan Petrosaudi, sama ada benar duit dari sumber ini masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak atau tidak. Setakat ini penyata kewangan beraudit 1MDB dan Petrosaudi tidak menunjukkan duit itu datang daripada mereka. Biarlah Pasukan Petugas Khas Empat Agensi menyiasat dokumen-dokumen ini.
10. Jika duit itu digunakan untuk tujuan salah, maka Pasukan Petugas Khas juga boleh menyiasat sama ada duit itu adalah duit hasil penggubahan wang (money laudering) atau digunakan utk tujuan-tujuan jenayah dan yang menyalahi undang-undang. Jika berlaku sebarang pelanggaran undang-undang dari segi penggunaan wang, maka pihak berkuasa boleh mengambil tindakan. Bagaimanapun jika tujuannya baik, misalnya untuk membantu rakyat, kita tertanya-tanya juga pihak berkuasa hendak mengambil tindakan di bawah peruntukan apa?
11. Semasa berlaku transaksi, bank terbabit perlulah memaklumkan kepada Bank Negara berkenaan transaksi tersebut. Itu soal peraturan perbankan dan akta-akta berkaitan yang perlu dipatuhi oleh bank tersebut. Tanggung jawab pendeposit cuma perlu memaklumkan dari mana sumber wang dan tujuannya apabila ditanya oleh Bank Negara.
12. Sesiapa sahaja boleh menyumbang wang untuk membantu Najib dan parti. Jika mereka mahu ia digunakan untuk membantu parti, mereka akan dimasukkan ke dalam akaun parti atau organisasi yang berkaitan parti. Tetapi jika mereka mahu membantu individu yang bernama Najib Razak, itu hak mereka yang membuat pilihan tersebut.
13. Biarlah Pasukan Petugas Khas menjalankan tugas mereka menyiasat dakwaan yang ada. Muhyiddin sepatutnya menyerahkan tugas tersebut kepada Pasukan Petugas Khas dan bukan menimbulkan spekulasi kerana kecewa selepas digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
tun faisal dot com: #VideoMuhyiddin: Wang dalam akaun peribadi adalah hak dan rahsia peribadi - http://tunfaisal.blogspot.com/2015/07/videomuhyiddin-wang-dalam-akaun.html?m=1
Isnin, 27 Julai 2015
JANGAN GELOJOH WAHAI TPM MALAYSIA
Patutnya isu 1MDB dah sejuk sikit sebab masih dalam siasatan, malah PAC juga mengatakan tiada unsur yang negatif yang sering dituduh kiri dan kanan.
Tidak pasti niat sebenar TS Muhyiddin sengaja memanaskan lagi situasi yang adakah tuduhan itu benar, dah macam Tun Mahathir pula menuduh cincin RM24juta kepunyaan rosmah, pembunuhan Altantuya, sedangkan tuduhan cincin itu memang fitnah, Rafizi kata tuduhan itu gurauan sahaja. MasyaAllah.. Apa nak jadi.
Takkanlah TPM tidak membaca langsung tentang perjalanan penyiasatan 1MDB ini, sebagai orang nombor 2 negara, sepatutnya bersama-sama susah payah dengan PM, bukan tikam belakang bila ada kesempatan, sudahnya orang parti anggap anda sebagai tidak menghormati PM.
Malah melemahkan semangat mengatakan #KalauBesuk pru berlaku, Umno akan kalah teruk. Apa punya penolong general, cepat melatah.
Harap TPM bersabar, jangan gelojoh macam Anwar Ibrahim.
Suara.TV
Kalau mengambil pengajaran daripada sirah Rasulullah saw ni seperti yang dijelaskan oleh Dr Fathul Bari, bolehlah disimpulkan bahawa TPM tak ikut ajaran Islam yang sebenar:
Dipetik daripada SuaraTV:
Fathul turut menggesa agar masyarakat agar berhati-hati terhadap bahaya fitnah seperti yang pernah terjadi ke atas junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad SAW.
“Cuba kita rujuk kes yang melibatkan Nabi Muhhamad SAW ketika berdepan dengan dakwaan yang melibatkan isteri baginda, Siti Aisyah yang dituduh sebagai penzina, baginda pada ketika itu tidak memberikan sebarang keputusan atau kesimpulan ketika berdepan dengan fitnah tersebut.
“Antara tindakan yang diambil pada ketika itu, baginda menghantar Siti Aisyah pulang ke rumah bapanya. Nabi pada ketika itu menunggu ‘fakta’ iaitu wahyu dari Allah SWT sebelum membuat sebarang keputusan” katanya.
Menurut Fathul lagi masyarakat seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran atas kes tersebut.
“Sekarang ini wahyu dah tiada, apa yang ada ketika ini adalah siasatan yang sedang dijalankan.
“Jadi pada pandangan saya dalam tempoh ini maka kita perlu tunggu dan bersabar sehingga keputusan siasatan didedahkan kepada umum” ujarnya lagi.
Jumaat, 24 Julai 2015
JUSTO JUGA KENA TIPU RM7.6 JUTA
Plot penyiasatan perihal 1MDB makin menarik, pengkhianat sudah tidak senang duduk, Justo kena tipu hidup-hidup dengan salah seorang pengkhianat yang nak sangat gulingkan Najib.
Kita tunggu lagi pembongkaran yang lain.
INTERVIEW PANAS, JUSTO KENA KENCING RM7.6 JUTA.
Kali pertama bercakap dengan media... Warga Swiss Xavier Andre Justo - yang kini ditahan di penjara di Thailand kerana cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi, mendedahkan bahawa dia dijanjikan RM7.6juta (USD2juta) sebagai pertukaran untuk data diambilnya dari bekas majikannya.
Dalam interbiu di penjara Thailand dengan akhbar Singapura The Straits Times Justo bagaimanapun mendakwa beliau tidak pernah menerima bayaran yang dijanjikan oleh ahli perniagaan terkenal dari Malaysia itu.
Justo mendakwa perjanjian itu dipersetujui di Singapura pada Februari lalu berhubung penjualan dokumen, yang diikuti dengan perbincangan panjang tentang bagaimana beliau akan dibayar.
Semua individu yang ditemuinya di Singapura untuk berunding penjualan data telah dinamakan dalam pengakuan 22 muka surat Justo dibuat kepada polis Thailand.
Dia menunjukkan salinan pengakuan kepada The Straits Times.
"Saya cuba untuk membuka akaun di Singapura, supaya wang yang dibayar secara terus dari akaun (pembeli)," kata Justo.
"DBS Bank menolak, saya tidak tahu mengapa. Selepas itu saya membuka akaun di Abu Dhabi dalam nama peribadi saya sendiri tetapi ditolak oleh (pembeli) kerana menggunakan nama saya di atasnya."
"Kemudian saya cuba menggunakan akaun syarikat saya di Hong Kong dan beliau (pembeli) menolak, selepas itu melalui syarikat Luxembourg dan sekali lagi (pembeli) enggan," katanya.
Justo mendakwa pembeli tersebut "menawarkan untuk membayar saya dengan wang tunai".
Beliau berkata: "Saya sepatutnya pergi ke Singapura setiap minggu untuk menerima sampul surat dengan beberapa ribu atau berpuluh-puluh ribu, dan mengulangi proses tersebut selama berbulan-bulan sehingga selesai dan saya menolak. . "
Justo berkata, bahawa pengakuan itu disokong oleh dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli.
"Semua apa yang ditulis dalam pengakuan saya, sebahagian besar terbukti dengan perbualan e-mel, WhatsApp saya telah dengan (mereka)."
Kemudiannya Justo mendakwa Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown bersetuju untuk menerima USD2juta daripada pembeli dan menghantar kepadanya USD250,000 (RM952,000) sebulan untuk perkhidmatan perundingan.
"Saya tidak tahu sama ada beliau menerima wang atau tidak, (kerana) saya ditahan," katanya.
Menurut The Straits Times, mereka mewawancara Justo, di sebuah pejabat kecil di dalam penjara Bangkok, juga mendakwa bahawa kumpulan yang telah bertemu dengannya di Singapura - termasuk editor Sarawak Report- telah 'mengubah' data yang diberikan kepada mereka.
"Saya beri dokumen-dokumen asal tanpa apa-apa perubahan," dakwa beliau. "Saya boleh mengatakan bahawa saya beri dokumen kepada dua kumpulan," katanya. Satu adalah Rewcastle-Brown dan "lelaki IT beliau" dan satu lagi ialah ahli perniagaan Malaysia dan rakannya.
Jelas akhbar harian Singapura itu mereka tidak menamakan ahli perniagaan dan juga rakan sekerja sementara menunggu jawapan mereka kepada dakwaan tersebut.
Justo mendakwa bahawa orang-orang yang ditemuinya bercakap mahu menggunakan dokumen tersebut "untuk cuba menjatuhkan kerajaan Malaysia", sambil menambah bahawa mereka juga merujuk kepada rancangan untuk "mengubah suai dokumen".
Justo, 48, bercukur licin, kelihatan dijaga dengan baik dan tenang. Dia berpakaian penjara berwarna biru dan seluar pendek biru gelap. Bercermin mata membaca, dia menunjukkan The Straits Times pengakuannya, yang ditulis padat dalam huruf besar lebih daripada 22 muka surat. Menurutnya, pangakuan itu sukarela.
Justo berdepan hukuman sehingga tujuh tahun penjara dan denda jika didapati bersalah memeras ugut. Beliau mengharapkan hukuman penjara ringan memandangkan telah bekerjasama, kata peguamnya Pranot Kalanuson kepada The Straits Times.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tiba di Bangkok Khamis untuk cuba untuk menemubual Justo.-24/7/2015
http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/interbiu-pertama-dengan-media-justo-dakwa-kena-kencing-rm7-6-juta.html
Khamis, 23 Julai 2015
TONY PUA KATA DIA AKAN SAMAN KERAJAAN MALAYSIA SEBAB HALANG DIA NAK LARIKAN DIRI KE LUAR NEGARA?
Tony Pua sudah goyang? kah kah kah.. kalau betul, hadaplah siasatan polis Thailand tu nanti, baru ada akal, jangan anggap kau boleh lari, kau memperbodohkan rakyat Malaysia dengan cerita bangsat dan penipuan, nak popular sebab isu palsu dan fitnah, maka kejahatan perlu ditelanjangkan.
Rilek Pua, satu-satu ye. jangan gelabah sangat.. kah kah kah.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempertimbangkan untuk memfailkan saman terhadap kerajaan selepas beliau dilarang meninggalkan negara ini pada Rabu.
Ketua Publisiti DAP itu berkata, beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu bahawa beliau dalam senarai ‘tidak boleh terbang’ atau dipanggil untuk disoal siasat bagi sebarang penyiasatan.
Beliau berkata, tiada sebab untuk menghalangnya daripada meninggalkan negara ini, dan hanya boleh membuat spekulasi bahawa sekatan itu mempunyai kaitan dengan kritikannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan konspirasi pihak pembangkang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Pegawai Imigresen berkata mereka tidak tahu kenapa saya dilarang keluar, kecuali mengatakan ia adalah arahan ‘pegawai peringkat tertinggi’.
“Setahu saya, saya tidak melakukan jenayah dan tidak terlibat mana-mana aktiviti haram dalam sebarang isu berkaitan dengan 1MDB.
“Saya akan berbincang dengan peguam saya untuk membincangkan mengenai tindakan memfailkan saman terhadap kerajaan kerana menghalang saya daripada meninggalkan negara ini tanpa proses yang sewajarnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, Rabu.
Pada Rabu, menurut lidah rasmi DAP, Roketkini, Pua dilarang meninggalkan negara ini semasa mahu berkunjung ke Yogyakarta, Indonesia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada tengah hari Rabu.
Selasa, 21 Julai 2015
HAMPIR 90% DOKUMEN SUDAH DIUBAH SUAI UNTUK MEROSAKKAN IMEJ 1MDB DAN NAJIB
Bekas pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi mendakwa kepakaran pereka laman web digunakan untuk memalsukan emel dan perjanjian bagi menulis berita mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Banyak lagi pendedahan akan dibongkarkan, malah siasatan pihak Polis Thailand memungkinkan lebih besar impak kepada pengkhianat-pengkhianat ini.
DS Najib walau diakatakan tiada telurlah, pondanlah, penakutlah, ingat strategi orang menggunakan IQ dari emosi ini lain, berlainan dari Tun Mahathir yang membuat tuduhan yang sentiasa berubah-rubah, tanpa menunjukkan bukti, Malah cara Tun Mahathir membuat saranan DS Najib meletak jawatan sebagai PM juga rasanya macam kelakar, sebab tiada asas kukuh untuk membolehkan Najib meletak jawatan, hanya tuduhan yang berlegar-legar dalam bloq serta portal pembangkang.
KUALA LUMPUR: Bekas pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi mendakwa kepakaran pereka laman web digunakan untuk memalsukan emel dan perjanjian bagi menulis berita mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menerusi pendedahan video bahagian kedua itu, Lester, 49, yang mendakwa pernah berkhidmat untuk laman web Sarawak Report berkata, pereka itu dikatakan bekerja separuh masa dengan Yayasan Bruno Manser (BMF).
Dia mendakwa pereka itu memalsukan dokumen di bawah arahan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
“Pereka web di London itu amat mahir melakukannya. Jika anda menyuruhnya untuk menghasilkan wang, dia boleh hasilkan wang untuk anda dan ia akan kelihatan asli,” dakwa Lester dalam video itu yang didedahkan oleh Ramesh Rao Krishnan Naidu, pemimpin sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Lester turut mendakwa bahawa dia kebiasaannya menghubungi pereka itu tetapi tidak mengetahui apakah perisian yang digunakan oleh pereka berkenaan untuk memalsukan maklumat.
Bagaimanapun, dia mempunyai harapan terhadap dua artikel Sarawak Report iaitu “How Jho Low Used PetroSaudi As ‘A Front’ To Siphon Billions Out Of 1MDB!” dan “Riza and Jho Low face questions over bribery and tax evasion” dengan menggelarkannya sebagai fiksyen yang amat bagus.
“Ia boleh laris dijual sekiranya ia dikeluarkan dalam bentuk novel. Semuanya adalah rekaan!” dakwa Lester.
Lester mendakwa bahawa apa yang dilakukan oleh Sarawak Report adalah “tidak betul”.
“Saya memutuskan untuk tidak melakukan perkara ini kerana saya tahu kesemua ini akan menjejaskan negara dan adalah tidak baik bagi mana-mana manusia untuk menipu dan berbohong bagi memperoleh sesuatu. Dan saya melakukan perkara ini kerana saya tahu bahawa saya melakukan perkara yang betul,” dakwanya.
mykmu
Isnin, 20 Julai 2015
MCMC SEKAT LAMAN SESAWANG SARAWAK REPORT KERANA LAPORANNYA IBARAT IBLIS LAKNAT MENJAJA FITNAH
SEPATUTNYA BANYAK PORTAL ATAU BLOQ YANG TIADA ETIQA DI SEKAT DAN DIHARAMKAN SAMA SEKALI DI SINI, CONTOH MALAYSIAKINI, MALAYSIAN INSIDER, CHE DET DAN PORTAL-PORTAL YANG KETERLALUAN MENJAJA BERITA YANG SUDAH DIUBAH SERTA DIPUSING DARI CERITA SEBENAR.
BUKAN KERANA TAKUT ATAU TUDUHAN MENUTUP KEBENARAN, TETAPI KEBANYAKAN LAPORAN BANYAK YANG TIDAK BETUL, MALAH TUDUH, FITNAH, MENGAITKAN, BUKTI HANYALAH TUDUHAN YANG DILAPORKAN, TIDAK DITUNJUK LANGSUNG BUKTI YANG DITUDUH ITU, HANYA PERSEPSI.
PERMASALAHAN ORANG KITA, HANYA MEMBACA TANPA MENILAI, BERITA YANG DILAPORKAN ITU BETUL ATAU TIDAK.
KEPADA KERAJAAN MALAYSIA, SUDAH-SUDAHLAH BERLEMBUT DENGAN PEROSAK-PEROSAK INI. JANGAN TUNGGU KEROSAKAN TERUK DAN TAK MAMPU NAK PULIHKAN BARU NAK SEKAT. SUDAH TERLAMBAT.
MCMC SEKAT LAMAN SESAWANG YANG MENGGANGGU-GUGAT KESTABILAN NEGARA
CYBERJAYA, 19 Julai 2015
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk menyekat laman sesawang yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, iaitu The Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org), kerana telah memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sedang dalam siasatan, setelah menerima maklumat dan aduan daripada orang ramai.
Sekatan terhadap laman sesawang The Sarawak Report itu juga dibuat mengikut peruntukan sedia ada dalam Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan tempoh sekatan terhadap laman sesawang berkenaan berkuatkuasa untuk sementara waktu sehingga tamatnya siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas.
Sehubungan itu, MCMC ingin memperingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman sosial, terutamanya kandungan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, lantaran ia mungkin kandungan palsu. Kandungan sedemikian dikhuatiri boleh mewujudkan keadaan tidak tenteram dan seterusnya menganggu-gugat kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi.
Sebarang maklumat mengenai mana-mana laman sesawang yang dipercayai menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi boleh dimajukan kepada pihak MCMC di [email protected]
Ahad, 19 Julai 2015
RAFIZI PULA GOYANG DAN TIDAK KERUAN!
#HancurPengkhianat
Jumaat, 17 Julai 2015
MENGAPA TONY PUA MEROYAN?
Bila perang antara bayang-bayang dan hantu sudah mula menjadi hangat dan menuju episod yang lebih hebat.
Si hantu mungkin seronok ingin sangat menjatuhkan orang dengan cara paling kotor dan keji. Tetapi harus diingat, kelicikan IQ bayang-bayang yang sudah berjaya memerangkap si hantu-hantu keparat ini, malah si hantu keparat ini sudah tidak senang duduk, kalau betul tak terlibat sila nafikan, malah saman bekas editor sarawak post, malah saman sekali polis Thailand yang menyiasat dalang bangsat yang sudah pecahkan usus rahsia sulit yang terbongkar.
Mengapa tony pua sudah kalut? Mengapa rafizi juga jadi sawan? Siapa boleh bagi tahu?
Mungkin sebab ini.
Singapore's Straits Times have more information on Thailand police's press conference on Xavier Justo.
1) Some of the 10 persons identified by Justo and Thai Police include UMNO or BN members
2) The data on the *Sarawak Report) blog has been TAMPERED WITH to discredit PM Najib.
3) Money Laundering had also occurred in Singapore and Singapore Police will have jurisdiction to file charges too.
http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/ex-petrosaudi-exec-fingers-malaysians-in-1mdb-scandal
Other than the Singapore Straits Times, Bangkok Post also confirmed the data has been tampered with:
Khamis, 16 Julai 2015
RAMAI PERLEKEH NAJIB, TETAPI RAMAI TIDAK TAHU APA SUMBANGAN BESAR DIA DAH BUAT KEPADA RAKYAT MALAYSIA, TERUTAMA RAKYAT BAWAHAN!!
Pada kita, bila cerita persepsi tentang keburukan DS Najib, kita telan bulat-bulat walaupun semua yang dituduh kepada DS Najib bukan betul pun.
Sebagai Perdana Menteri, dia ada tanggungjawab besar, dia seperti bapa dia yang membantu golongan bawahan sehingga ramai politikus iri hati dengan legasinya.
Jangan melihat luaran, lihat sumbangan, jangan melihat populis tetapi lihat kerjanya, jangan lihat hanya yang buruk, cuba pula lihat baiknya. Sedarlah semua.
#KekalNajib
22 tahun Tun memerintah, banyak jasa yg beliau tinggalkan sebagai bukti kehebatan pemerintahan beliau.
Antaranya:
1. KLCC
2. KLIA
3. Lebuhraya Utara Selatan
4. LRT
5. Putrajaya
6. Proton
7. Jambatan Pulau Pinang
Dan banyak lagi.
6 tahun pemerintahan DS Najib, beliau juga telah melakukan banyak jasa utk rakyat. Mungkin tidak sehebat KLCC tapi sumbangannya signifikan dan terbukti.
Antaranya:
1. KLIA2 (lapangan terbang terbesar dunia utk penerbangan kos rendah yg penggunanya adalah rakyat marhaen)
2. Tun Razak Exchange (sebuah bandar hub sistem kewangan tercanggih dunia yg akan menempatkan bangunan2 tercanggih lebih hebat dari KLCC.
3. Lebuhraya PanBorneo (dari Sarawak hingga Sabah TANPA TOL).
4. Projek Greater KL
5. Pembinaan MRT moden utk kegunaan rakyat.
6. Keretapi elektrik Padang Besar ke KL yg memendekkan masa perjalanan ke hanya 4 jam sahaja.
7. UTC di seluruh pelosok negara yg memudahkan urusan rakyat.
8. Terminal Bersepadu Selatan yang canggih dan selesa bg memudahkan rakyat marhaen balik kampung esp time raya mcm sekarang.
9. Jambatan ke 2 Pulau Pinang yang tersergam indah.
Hanya dalam 6 tahun pertama pemerintahan dengan segala macam serangan/fitnah dahsyat dari dalam dan luar negara, banyak bukti jasa DS Najib sudah tersergam indah dan sedang rancak dilaksanakan.
Saya percaya jika beliau memerintah lebih lama dan berjaya mengatasi semua tohmahan terhadap beliau, beliau bakal menjadi antara Perdana Menteri paling hebat yg pernah dipunyai oleh negara kita.
Tapi mcm biasa, WSJ adalah kitab suci yang berdosa jika tidak diimani.
INSAFLAH SEMUA!!
Rabu, 15 Julai 2015
SARAWAK REPORT DAN PEMIMPIN PEMBANGKANG SUDAH KANTOI, KALI INI JELAS SUDAH PERMAINAN JAHAT MEREKA!!
Sepandai - pandai tupai melompat akhirnya tersungkur juga ia ke tanah, sehebat implikasi pembohongan hanya untuk menjatuhkan DS Najib, hebat lagi kebenaran yang hakiki.
Kepada yang termakan berita pembohongan SR tu, sudah-sudahlah, jangan dilimpahi najis fitnah itu.
PERPERANGAN YANG DIHADAPI SEKARANG ADALAH DIANTARA "BAYANG-BAYANG DAN HANTU".
YANG FAHAM SAHAJA MENGERTI.
KENYATAAN MEDIA
UNTUK SIARAN SEGERA
JULAI 15, 2015
Telah dibawa kepada perhatian saya pagi ini, satu laporan polis yang telah dibuat oleh seorang pengadu di mana satu bukti baru telah dikemukakan tentang salah-laku pengendali laman web Sarawak Report: Claire Rewcastle Brown.
Laporan polis itu mendakwa Claire Brown telah melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1MDB, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor, Reza Aziz, Petrosaudi dan isu-isu lain yang berkait-rapat dengan 1MDB.
Pengadu tersebut mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh bahawa wujudnya niat jahat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk melunaskan sebuah misi yang bergelar: “Mission to criminalize Dato Seri Najib Tun Razak dan 1MDB”.
Selain daripada itu, pengadu juga mendakwa bahawa niat jahat itu bertujuan untuk menjatuhkan nama baik dan maruah kerajaan dalam mentadbir-urus negara, di samping bertujuan untuk memesongkan rakyat supaya membenci kerajaan.
Pengadu juga mendakwa bahawa segala tindakan – termasuk pemalsuan fakta yang dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan tersebut – telah memberi tekanan kepada ekonomi negara.
Saya difahamkan bahawa bukti baru yang dikemukakan oleh pengadu kepada pihak polis – termasuk sebuah video pengakuan seorang individu yang terlibat secara langsung dalam perbuatan memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu – di laman web Sarawak Report.
Sehubungan dengan itu, saya menggesa supaya pihak Polis Diraja Malaysia dapat memberi perhatian khusus terhadap laporan polis yang dibuat oleh pagi tadi dan siasatan segera dilakukan tanpa lengah lagi.
Saya juga memohon pihak polis untuk segera menghubungi rakan sejawat mereka dalam Interpol, supaya individu-individu yang dinamakan dalam video pengakuan tersebut dapat disoal siasat oleh pihak Interpol dan polis United Kingdom. Ini penting agar bukti-bukti lain yang masih dalam tangan atau pegangan mereka tidak dimusnahkan atau dialihkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Saya telah dimaklumkan bahawa individu-individu warga British yang dinamakan dalam video pangakuan tersebut hanya akan memberi keterangan jika ada penyiasatan rasmi oleh pihak berkuasa di United Kingdom.
Menurut kandungan salinan laporan polis tersebut, video pengakuan yang dibuat oleh seorang individu turut mendedahkan beberapa nama pemimpin pembangkang yang didakwa bersengkokol dengan Clare Brown dan Sarawak Report. Pendedahan ini perlu disiasat rapi oleh Polis untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada semua pihak yang terbabit dalam isu 1MDB.
Selain daripada video pengakuan tersebut, saya dimaklumkan bahawa pengadu juga telah menyerahkan kepada pihak polis, sesalinan email yang didakwa telah ditulis oleh Claire Brown. Antara isi kandungan email yang bertarikh 1 Mac 2015 tersebut, Claire Brown telah didakwa menulis:
“Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly ‘forging’ all those documents!!!!!”
Pada masa ini, apa yang dimaksudkan oleh Claire Brown melalui email itu tidak dapat dipastikan. Tetapi oleh kerana sejak akhir-akhir ini ramai pihak yang ragu dengan Claire Brown dan laporan Sarawak Report memalsukan fakta, saya berharap pihak Interpol, polis United Kingdom serta Polis Diraja Malaysia dapat menyiasat apa yang dimaksudkan dalam email berkenaan.
Akhir sekali, saya berkeyakinan tinggi bahawa pihak Polis Diraja Malaysia akan menyiasat laporan polis ini dengan terperinci, profesional dan telus. Saya juga mempunyai tahap keyakinan yang sama bahawa pihak Interpol akan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia untuk mengesahkan dan mencari kebenaran dalam isu pemalsuan fakta dalam Sarawak Report.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Putrajaya, Malaysia
Isnin, 13 Julai 2015
TANGAN-TANGAN GHAIB YANG INGIN SANGAT JATUHKAN NAJIB RAZAK, SIAPAKAH MEREKA?
Perperangan yang kamu akan nampak adalah melibatkan pertempuran antara hantu dan bayang-bayang.
KUALA LUMPUR 13 Julai - Polis tidak menolak kemungkinan konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri, berikutan perbuatan jenayah membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perbuatan jenayah itu sangat serius dan meningkatkan implikasi terhadap keselamatan negara.
Beliau berkata, Peguam Negara telah mengarahkan siasatan penuh dijalankan terhadap kebocoran dokumen rahsia itu, bahan yang dikatakan daripada siasatan kerajaan Malaysia yang tidak bernama, ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Selain itu, Polis Diraja Malaysia juga menerima laporan polis yang berkaitan dengan hal ini. Justeru, kami berkewajipan menjalankan siasatan penuh dan bebas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, ini termasuk menyiasat kesemua anggota Pasukan Tindakan Khas, merangkumi kakitangan Bank Negara, bagi menegakkan integriti siasatan dan kepercayaan dalam sistem kewangan Malaysia. - BERNAMA
Ahad, 12 Julai 2015
BILA PENGKHIANAT SUDAH TIDAK SENANG DUDUK!!
"Perperangan ini bukan boleh dilihat dengam menggunakan mata kasar, perperangan ini melibatkan pertempuran antara hantu dan bayang-bayang" - Warlord
Siasatan ke atas anggota TASK FORCE mesti diperhebatkan biarpun BNM nafi pegawai terlibat.
Semalam Blogger Raja Petra mendedahkan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan dua lagi pegawai BNM sebagai di antara suspek utama pembocoran maklumat siasatan ke atas 1MDB.
Umum menerima penafian ini, bagaimanapun siasatan terhadap suspek mesti diteruskan dan diperhebatkan lagi dengan turut menyiasat setiap anggota task force yang terlibat.
Latar belakang setiap anggota task force yang terlibat perlu disiasat, termasuklah dari segi hubungan silam mereka dengan media barat dan media pro pembangkang, komunikasi mobil, perjalanan-perjalanan ke luar negara, pertemuan-pertemuan di dalam negara, akaun bank peribadi dan keluarga mereka.
Task force perlu dibersihkan daripada anasir-anasir yang tidak mempunyai integriti dan gagal menjaga kerahsiaan bagi menjamin integriti pasukan ini.
Anggota task force ini bukan sahaja tidak amanah dalam melaksanakan tugas, malah secara tidak langsung telah mensabotaj ekonomi negara apabila dengan sengaja membocorkan maklumat siasatan yang belum disahkan dan sebelum siasatan disempurnakan.
Perbuatan membocorkan maklumat siasatan ini adalah satu jenayah yang serius dan telah mengakibatkan spekulasi liar yang menjejaskan ekonomi negara.
tun faisal dot com: Polis wajar teruskan siasatan ke atas anggota Task Force sehingga dalang dijumpai.
http://tunfaisal.blogspot.com/2015/07/polis-wajar-teruskan-siasatan-ke-atas.html?m=1
Jumaat, 10 Julai 2015
MAJLIS IFTAR BERSAMA WARGA PALESTIN & ROHINGYA SEMALAM CUKUP TERSENTUH HATI
Khamis, 9 Julai 2015
BILA NILAI-NILAI BERSYUKUR DIBUANG KE TANAH GERSANG!!
Rabu, 8 Julai 2015
APABILA PORTAL LUAR NEGARA MEROSAKKAN MINDA RAKYAT MALAYSIA!! NEGARA IRAQ MUSNAH KERANA MEREKA!!
Jumaat, 3 Julai 2015
FITNAH TERBARU, DUIT RATUSAN JUTA KONONNYA SUDAH MASUK DALAM ACC PERSONAL NAJIB!!
Kayalah, syoklah jaja fitnah, hehe, kalau PM seorang cerdik, kalau dia nak songlap duit pun, guna nama dia sendiri buat pe.
Maksudnya tuduhan ini sangat meragukan, serius beratus juta kau nak kaut, lepas itu, guna nama sendiri, kantoilah ngok. Hahaha.
Ejaan nama bapa Najib pun salah. Abd Razak.
Tokey yang lari dari cukai pun guna proksi, apa punya Perdana Menteri kalau tahu senang kantoi guna acc peribadi, lu ada otak lu fikir.. Jahat portal iblis ni.
#LawanPortalDajjal
#AyuhKawanKawan
KITA PERLU LEBIH JAHAT DAN KEJAM SEPERTI MALAYSIAN INSIDER DAN MALAYSIAKINI
Sudah-sudahlah bagi muka kepada portal iblis teratas ni, wartawannya tiada etiqa, malah hati mereka sudah hitam dihanyut dengan adu domba dan fitnah akhir zaman, kemenangan mereka memutar belitkan cerita kerana kita lemah, beri muka.
Sudahlah, ajar sikit portal-portal iblis ni, mereka keterlaluan.
KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI
"1. Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan portal The Malaysian Insider yang bertajuk "Peningkatan kutipan zakat antara faktor Malaysia diiktiraf Fitch, kata Najib". Laporan tersebut adalah tidak tepat.
2. Di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri anjuran MAIWP pada hari ini, YAB Perdana Menteri telah berkata bahawa antara faktor peningkatan kutipan zakat termasuklah pengenalan dasar kerajaan yang betul dan pengurusan ekonomi yang baik dengan dibantu oleh sistem pembayaran zakat tersusun.
3. YAB Perdana Menteri juga berkata bahawa badan penarafan antarabangsa Fitch semalam telah menaiktaraf unjuran Malaysia daripada 'Negatif' kepada 'Stabil' kerana pengurusan dan kedudukan ekonomi serta kewangan negara.
4. YAB Perdana Menteri tidak pernah berkata bahawa peningkatan kutipan zakat adalah antara faktor Malaysia diiktiraf oleh agensi penarafan Fitch.
5. Pejabat Perdana Menteri kesal dengan The Malaysian Insider yang cenderung memutarbelit kenyataan YAB Perdana Menteri dan kerajaan sehingga menimbulkan salah faham dan keresahan dalam masyarakat."
FACEBOOK PMO
https://www.facebook.com/PMOMalaysia/posts/1133104936705484:0
TWITTER PMO
https://twitter.com/pmomalaysia/status/616625133852078080
Rabu, 1 Julai 2015
AIR TERAWAT DI SELANGOR MEMANG KURANG DAN KRITIKAL KATA AZMIN
Masalah populis yang sentiasa digunakan oleh pemimpin PR, kadang-kadang agak mengusarkan, harap bila sudah mengakui, cuba-cubalah jangan nak main-main lagi, rakyat marhein yang teruk, angkut air sampai kaki tangan bengkak bai.
Harap jangan dengar juga cakap Dap tu, dia tahu kebodohan orang melayulah yang menyebabkan mereka menjadi samseng dalam politik, mereka juga tahu, kawasan mana yang sentiasa tiada air, kawasan desa, hulu, rumah flat, siapa yang ramai tinggal situ, harap Azmin sedar, walau berbeza politik sekalipun, lindungi bangsa serta agamamu.
AZMIN AKUI SELANGOR BERDEPAN KEKURANGAN SUMBER AIR TERAWAT
SHAH ALAM – Menteri Besar, Azmin Ali mengakui bahawa rakyat di negeri ini berhadapan dengan masalah bekalan air bersih ketika ini susulan daripada loji-loji rawatan air yang beroperasi pada had yang maksimum.
Beliau berkata keadaan tersebut telah menyebabkan berapa kawasan di negeri ini mengalami ganguan bekalan air.
“Bekalan air terawat yang mada masalah kerana kapasiti loji-loji rawatan air di Selangor sudah sampai ke tahap maksimum,” katanya kepada para wartawan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.
Sebelum ini, Azmin dikecam rakyat di beberapa kawasan di negeri ini kerana gagal memastikan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti apabila mereka berhadapan dengan gangguan bekalan sumber itu.
Kegagalan itu termasuklah kelewatan kerajaan negeri memuktamadkan pelaksanaan penyusunan semula industri perkhidmatan air Selangor meskipun perjanjian utama dengan kerajan pusat telah dimeterai pada tahun lalu.
Sementara itu, Azmin turut menyatakan pihaknya telah mengambil langkah proaktif untul mengatasi masalah bekalan air di Selangor seperti melaksanakan projek mitigasi air 2 yang mengaliirkan sumber air dari kawasan utara ke kawasan selatan negeri ini.
Projek yang dijangka siap pada September ini dibuat bagi menampung permintaan pengguna yang dilihat tinggi di kawasan selatan Selangor.
selangor post
Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...
Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
Terkejut juga, sudah tahu yang datangnya adalah Mahathir, patutnya orang kuat parti pejuang kenalah tarik segera orang-orang dia diseluruh M...
