Sabtu, 28 November 2015

Taktik Pembangkang Makin Tepu dan Layu untuk Menipu Mahasiswa

Masa pru13 dikatakan 80% anak muda sangat mempercayai pembangkang, malah apa saja isu yang dibangkitkan untuk menaikkan rating pakatan rakyat ketika itu dihadam bulat-bulat sehingga sesuatu perkara yang tak betul pun terus jadi betul.

Maksudnya strategi tipu dahulu, menang paling utama semakin memakan diri pembangkang sekarang yang dikenali pakatan harapan.

Orang tua pernah berkata, buat jahat pasti ada balasannya, buat fitnah untuk juara tidak membawa apa-apa pun kebaikan, malah ia akan memakan diri.

Anak-anak muda sekarang mungkin bukan mudah nak percaya bulat-bulat apa yang dijaja puak pembangkang, dikatakan ramai sudah muak dengan cara tuduh dahulu, bukti kemudian.

Cuma nak bagi tau Rafizi, dia boleh pencen lah untuk buat sesuatu modal popular, orang sudah cerdik menilai...

IDEA PEMBANGKANG MAKIN LESU DAN MATI PUCUK

Masa depan BN Semakin Cerah.

Ramai orang menyatakan generasi Y dan generasi G (Generasi Google) sudah tidak lagi menyokong kerajaan BN kerana lebih tertarik dengan DAP,PKR atau PAS. Rupa rupanya pandangan ini meleset dan tidak benar sama sekali.

Debat bertajuk "Baik Buruk Pemotongan Budget IPTA 2016" telah membuktikan sokongan orang muda dan Mahasiswa kepada kerajaan BN semakin kuat. Seramai 3 orang GENG Mantap yang terdiri daripada Tengku Izwan, Asyraf, Affifi telah menerima cabaran YB Rafidzi untuk berdebat dengan anak anak didiknya daripada Angkatan Muda Keadilan (saat akhir bertukar kepada Mahasiswa Progresif).

Cabaran ini telah disambut dengan tarikh dan tempat yang ditentukan oleh Geng Mahasiswa Progresif. Pertandingan yang diadakan didewan pembangkang yang dihadiri hampir 200 mahasiswa akhirnya terkejut dengan hujah Geng MANTAP. Akhirnya penipuan, maklumat separuh masak, kebuntuan dan kesamaran menjadi nyata. Rupa rupanya pemotongan budget bukanlah satu perkara yang diluar kotak pemikiran warga dan dunia universiti. Hampir kesemua universiti hebat didunia seperti Harvard, Yale, dan oxford mendapat peruntukan yang lebih kecil daripada kerajaan mereka berbanding peratusan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Dah kaedah endowment digunakan untuk menjana pendapatan mereka.

Penglibatan MANTAP yang secara sukarela  dalam menerangkan kebenaran mengenai isu pemotongan budget IPTA, isu budget Jabatan Perdana Menteri dan Membongkar salah laku kerajaan Selangor jelas menunjukan sokongan kepada kerajaan BN akan terus meningkat. Rata rata mahasiswa mula berfikir tentang rasionalnya pemotongan ini dan betapa jahatnya pembangkang Malaysia dalam menabur fitnah kepada kerajaan.terutamanya YB Rafidzi.

Masa Depan BN dengan gaya politik negara maju semakin jelas. Mahasiswa bukan selamanya hak pembangkang. Lebih banyak perbincangan terbuka antara mahasiswa akan menjadikan mereka lebih celik dan matang politik politik.

Semoga Malaysia menjadi negara maju yang harmoni.

#MantapSerangKubuPembangkang

Khamis, 26 November 2015

TAKTIK SIMPATI SEORANG BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kepada Muhyiddin Yassin sudah-sudahlah berdrama untuk mengalun simpati, padahal cara Timbalan Presiden Umno sepatutnya membantu parti.

Bukankah berkali-kali memgatakan beliau adalah Umno totok, tapi dengan cara terang-terang melanyak Tuan Presiden ibarat tidak sekapal, konon tidak sehaluan, konon dianiaya, mengepalai golongan pemberontak dari dalam, kejadahnya nak bantu parti macam ni?

Sudahlah berdrama wahai TS Muhyiddin Yassin, ayuh kita kembalikan kekuatan Umno.

MUHYIDDIN BERSYUKUR KERANA TIDAK DIGANTUNG ATAU DIPECAT OLEH MT.

1. Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO agar perasmian persidangan sayap-sayap semasa Perhimpunan Agung UMNO dilakukan oleh Ketua Sayap masing-masing adalah tepat bagi menjaga keharmonian dalam parti dan menghalang insiden yang tidak diingini berlaku. Khairuddin Abu Hassan yg akan didakwa kerana cuba sabotaj ekonomi negara umum akan datang ke PAU UMNO? Apa tujuan beliau? Sudah tentu untuk menimbulkan kekecohan seperti mana yg beliau lakukan di program "Nothing To Hide".

2. Adakah Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden dinafikan haknya? Tidak. Tiada sebarang peraturan yang menyebut bahawa perasmian sayap-sayap adalah hak Timbalan Presiden parti. Malah sebenarnya MT berkuasa penuh menentukan aturan persidangan dan mesyuarat agung parti, termasuk perasmi dan wakil MT ke setiap persidangan sayap.

3. Apakah dosa Muhyiddin? Muhyiddin Melanggar tata etika dan disiplin UMNO beberapa kali dan memungkiri janji untuk menjadi Timbalan yang membantu presiden parti. Muhyiddin sewajarnya sudah dikenakan tindakan disiplin kerana menceritakan rahsia parti kepada pemimpin parti pembangkang, terlibat dalam sidang akhbar yang secara terbuka mengkritik kepimpinan parti dan bersekongkol dgn orang yang menyeru agar Presiden parti dikalahkan di kawasan Parlimen beliau dalam pilihan raya umum akan datang.

4. Tingkah laku Muhyiddin bukan contoh teladan yang baik kepada ahli parti, terutama golongan muda yang baru berjinak-jinak dengan parti. Ia memberi gambaran salah seolah-olah pemimpin UMNO bebas melanggar tata etika dan disiplin parti tanpa dikenakan sebarang tindakan.

5. Muhyiddin juga tidak mengotakan janji untuk membantu Presiden parti. Selepas digugurkan dari Jemaah Menteri pada 31 Julai 2015, Muhyiddin berkata "Timbalan Presiden Umno adalah untuk bantu presiden Umno, tidak kira siapa perdana menteri termasuk Najib. Saya kena bantu bekerja dan bantu Majlis Tertinggi kerana keadaan (politik) hari ini tidak seperti dahulu."

6. Bagaimanapun tidak lama selepas itu, pada 16 Ogos di Pontian, sewaktu merasmikan Mesyuarat UMNO bahagian, Muhyiddin bukan sahaja TIDAK MEMBANTU PRESIDEN menjelaskan isu, malah mempersoalkan pula Najib. Katanya "Perdana Menteri kata tunggu, tunggu, tunggu. Sampai bila lagi hendak tunggu? Sampai bulan jatuh ke riba?" Pada 7 Oktober, Muhyiddin menuduh "ada tangan ghaib yang melindungi kesalahan 1MDB." Pada 24 Oktober pula Muhyiddin mendakwa seolah-olah ada campur tangan dalam siasatan 1MDB. Malah, Muhyiddin juga pernah bertemu kumpulan moderat G25 pada September 2015 bagi mendapatkan bantuan mereka untuk menentang Najib. Perkara ini didedahkan oleh seorang ahli kumpulan itu, Tawfik Ismail.

7. Selepas digugurkan, tidak nampak pula Muhyiddin turun ke bahagian-bahagian MEMBANTU PRESIDEN menjelaskan isu. Dia lebih banyak bersama Tun M, penyokong Tun M dan bermain golf, termasuk di Indonesia. Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi nampaknya lebih bersungguh-sungguh membantu Presiden dan turun padang menjelaskan isu di negeri-negeri.

8. Muhyiddin cukup bernasib baik kerana tidak dipecat atau digantung oleh MT semasa mesyuarat pada 24 November 2015.

DATUK SULAIMAN RAZI
Veteran UMNO Johor

Rabu, 25 November 2015

BILA MENJAJA CERITERA TAK BETUL JADI BETUL PASAL TNB

Ai lah pembangkang, hebat menjaja cerita, cerita yang sangat palsu dan hanya pencinta fitnah yang makin suka menghadam bulat-bulat apa yang terpacul dari mulut pemimpin mereka.

Betullah zaman ini zaman fitnah jahat, zaman makanan fitnah busuk bermaharajalela...

Apa nak jadi?

TIADA LAGI SUBSIDI ELEKTRIK

Isu subsidi elektrik tiada dalam bajet 2016

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin melalui 'posting' laman Facebook Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa bahawa subsidi elektrik tahun 2015 sebanyak RM150juta akan dipotong kesemuanya dalam bajet 2016 dan ini bermakna dalam tahun 2016 rakyat tidak lagi menikmati subsidi elektrik lantas tarif elektrik akan naik.

Jawapan :

Ini adalah antara tuduhan-tuduhan rambang yang sering dilakukan oleh Ahli Parlimen pembangkang. Ia menunjukkan kebanyakkan dari mereka tidak meneliti initipati Bajet yang dibentangkan oleh dengan sempurna.

Sebenarnya dalam Bajet 2016, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM124 juta bagi tujuan subsidi bil elektrik. Cuma dalam Bajet 2016, peruntukkan subsidi bil elektrik ini dirangkumkan dibawah peruntukkan MOF B11 020500 iaitu dibawah tajuk 'Subsidi dan Bantuan Tunai' yang keseluruhannya berjumlah RM10.63billion.

Ini adalah antara satu langkah kawalan dan inisiatif rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam 2016.

Kesimpulannya disini, Kerajaan akan kekal memberi subsidi elektrik dibawah peruntukkan 'Subsidi dan Bantuan Tunai' dalam Bajet 2016. Oleh yang demikian, dakwaan tentang tiada subsidi elektrik dalam tahun 2016 yang mengakibatkan tarif elektrik naik adalah satu tuduhan pembangkang yang berniat untuk mencemar nama baik parti yang memerintah.

Tamat

Selasa, 24 November 2015

PENJUALAN ASET 1MDB, MENGAPA PERLU MELATAH?

Serangan keatas 1MDB tidak berhenti lagi hendaknya, tuduhan mengatakan penjualan aset besilah, rugilah, melucukan Malaysia lah dan bermacam-macam tuduhan.

Jadi apakah penjualan ini boleh mengakibatkan Malaysia akan dijual kati?

"PENJUALAN ASET PENJANAAN TENAGA 1MDB, JANGAN MENGELABAH TAK TENTU PASAL!

Coretan Ringkas Lokman Adam

Akibat dari serangan bertubi-tubi pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga imej 1MDB rosak, 1MDB tidak dapat menerbitkan IPO mereka pada November 2014 dan Mac 2015. Ini membawa kepada masalah aliran tunai.  Bagi mengurangkan hutang, 1MDB terpaksa menjual semula aset penjanaan tenaga mereka yang sebenarnya menyumbang kepada kewujudan hutang tersebut. Semalam, perjanjian telah dimetrai bersama China General Nuclear Power Corporation dan anak syarikatnya (CGN Group) dengan bayaran tunai ekuiti sebanyak RM9.83 bilion dan pemindahan hutang sebanyak RM7.43 bilion (pada 31 Mac 2015).  Ini bermakna Aset tersebut telah dijual dengan harga RM17.26 bilion. Ini adalah hampir sama dengan harga pembelian oleh 1MDB terlebih dahulu iaitu sebanyak RM 18 billion. Tambahan pula, harga RM17.26 billion ini adalah lebih tinggi daripada harga bidaan TNB yang dikhabarkan sebanyak RM15 bilion.

Adalah fakta bahawa harga tariff IPP Edra terendah dikalangan semua IPP termasuk TNB sendiri. Sebagai contoh, pada tahap pembidaan tariff IPP, Edra Energy membekal tenaga kepada TNB dibawah kontrak Power Purchase Agreement (PPA) dengan harga RM 0.34 iaitu 1 sen di bawah harga TNB sendiri dan jauh lebih murah berbanding IPP lain. Pengurangan 1 sen ini, selama tempoh 20 tahun kontrak PPA, mengurangkan kos TNB sebanyak RM 2.9 billion. Itu sebab bila Edra mula bekal dulu, dalam tempoh 3 bulan sahaja TNB berjaya raih keuntungan hingga 2.3b. Bila TNB untung, bukan ke pekerja TNB juga yang dapat manfaat dan rakyat buat kali pertama merasai penurunan kadar eletrik tahun ini.

Cerita yang mengatakan nasib pekerja TNB akan terjejas seperti MAS sangat tidak munasabah.  Yang dijual ialah ekuiti Edra, bukan kita jual TNB. Aset Edra hanya menjana 14% dari keperluan tenaga negara.  50% dijana oleh TNB sendiri, 24% oleh Malakof dan selebihnya oleh pihak lain.  Bila aset Edra dijual, ianya dijual sekali dengan kontrak membekalkan tenaga kepada TNB, yang mempunyai tempoh berlainan, tetapi secara purata, selama 10 tahun.  Ini bererti kadar RM 0.34 itu akan kekal sehingga akhir tempoh kontrak PPA.

Selepas tamat kontrak PPA ini, jika CGN Group perlu memenangi tender baru yang dilaksanakan secara terbuka oleh Suruhanjaya Tenaga.  Sudah tentu Suruhanjaya Tenaga akan memilih tariff IPP yang terendah dikalangan mereka yang menyertai tender tersebut. Dengan itu, kontrak PPA TNB sudah pasti akan berada pada tahap yang murah.  Maka tidak timbul soal rakyat akan membayar tarif eletrik yang lebih tinggi jika aset tenaga 1MDB jatuh ketangan asing.  Jika CGN Group berdegil menaikkan harga dalam tender, mereka tetap akan menerima nasib yang sama seperti syarikat penjanaan tenaga milik YTL yang ditamatkan kontrak PPA 30 September 2015 lalu.

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar janganlah gelabah tidak tentu pasal.  Kalaupun anda prihatin, pastikan anda mendapatkan maklumat yang betul terlebih dahulu.  Plan rasionalisasi 1MDB sudah hampir sempurna.  Penjualan 60% ekuiti Bandar Malaysia akan selesai tidak lama lagi.  In sya Allah jika penjualan ekuiti tersebut berjaya, masalah hutang 1MDB akan selesai dan 1MDB dijangka akan memperolehi lebihan asset sekitar RM10-12 billion.  Dengan modal RM 1 juta yang diberikan oleh kerajaan, 1MDB berjaya raih keuntungan lebih 10 ribu kali ganda dari modal awal mereka.  Cuba bayangkan jika perniagaan mereka tidak diganggu oleh Tony Pua, Rafizi dan Tun Mahathir."

#KekalNajib
#1MDB

Khamis, 19 November 2015

RAFIZI KATA DIA BUKAN SUAMI NURUL IZZAH BERKENAAN GAMBAR PANAS INI


Macam marah je bunyinya si badut sotong masak tepung tambah sambal sekor ni, haha.. bila wartawan bertanya berkenaan gambar Nurul Izzah dengan Jacel, tapi apakah dengan jawapan begitu menunjukkan Rafizi sudah angin kerana Nurul Izzah sudah memberi bola tanggung sangat berat kepada PKR di Sabah?

Berbangga dengan gambar anak pengganas Kiram yang menyerang Sabah pada tahun 2013 dulu? Jadi kepada penduduk Sabah, sedarlah, permainan kasar PKR kadang-kadang sangat sensitif dan tidak memikirkan mangsa-mangsa yang terkorban masa tragedi berdarah itu.

Jadi mungkin Rafizi sudah panas hati berkaitan serangan dia yang tidak banyak menjadi terhadap kerajaan Najib, nak harap rakan sesotong dia si Akmal tu, takut nanti tersebut bergurau lagi nanti, mana nak letak muka, jadi kesimpulannya PKR ni hidup sebab dengan modal-modal panas dengan sengaja membidik hati rakyat dengan ceritera bohong dan konterversi.

SENDIRI MAU INGAT, PELURU MAKAN TUAN, KAH KAH... 

Rabu, 18 November 2015

KTM PUNCA BANJIR DI SHAH ALAM KATA ADUN BATU 3

Amacam? Baru beritahu yang dimana perangai sumpedal pemimpin makan gaji buta dari PKR yang katanya, banjir takkan berlaku kalau KTM selenggara longkang dengan baik.

Maksudnya kerja KTM perlu selenggara longkang? Bukan pbt atau kerajaan negeri? Perghh gila hebat nikmat inzal lepas tangan dengan menyalahkan orang.

Maksudnya berlaku banjir, air yang banyak melimpah datangnya dari rel-rel keretapi milik KTM?

Pemimpin pkr sedap hadap gaji adun bulan-bulan, jengoknya masalah penduduk jarang sekali, akhirnya nak lepas tangan, orang lain salah, puncanya orang lain, kami ok, mulia, hebat, bekerja untuk rakyat.

Abah dia hijau.

Fikirlah warga Shah Alam, pemimpin yang bila nak pilihanraya sahaja muncul untuk memberi janji itu ini. Sudahnya...

Lagi sekali, abah dia oren.

#ShahAlamHebat
#UbahPakatan

Jumaat, 13 November 2015

MENGGUNAKAN PERKATAAN "HOT BUTTON', GUNA DANA ANAK YATIM, MISKIN UNTUK MEROSAKKAN IMEJ YAPIEM

Begitulah liciknya populis politikus seperti rafizi yang licik menggunakan proksi menabur fitnah terlampau.

Yup benar prn Sarawak tahun depan, strategi-strategi kotor dan terancang perlu dilakukan dengan teliti.

Hal agama, hal sensitif digunakan dengan cukup rapi. Hot botton rakyat marhein perlu dijentik, maka strategi itulah rafizi dan organisasi keldai mungkin miliknya juga, NOW melakukan serangan terancang terhadap Yapiem, Jamil Khir serta unit-unit dibawah Yapiem.

Mudah, perkataan rompak, curi, songlap, malah menggunakan dana anak yatim, miskin untuk memberikan demage kepada Yapiem dan pemimpinnya.

Jadi adakah perancangan ini bakal berjaya? Kita tunggu kehandalan pakar fitnah, mungkin bakal perdana menteri populis, si rafizi ramli ini akan menjadi hero untuk pencinta fitnah.

Kepada menteri terlibat, kepada unit-unit perang cyber kerajaan, bersedialah, kita sudah lama asyik bertahan, maka kita perlu lakukan serangan bertali arus tanpa belas kepada Rafizi dan unit-unit darkside nya. Apa kita tunggu lagi?

Lawan tetap lawan

Kenyataan Media Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom
13 November 2015

AKMAL MESTI MOHON MAAF ATAU DISAMAN

Merujuk kepada kenyataan media Akmal Nasir (Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) merangkap Ketua Cabang Keadilan Johor Bharu) pada 13 November 2015. Sesungguhnya  dakwaan yang mengatakan saya menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang (misleading) daripada fakta sebenar.

Kunjungan saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 – 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaan saya terutamanya YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di Amerika Syarikat dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada.

Melalui strategi penganjuran bersama secara "Strategi Lautan Biru" khususnya yang melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan.

Program-program tersebut melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek motivasi Kenegaraan dan Keusahawanan; Simposium Perdana Perkahwinan Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara; Kursus Pra Perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI; Kelas Pengajian untuk isteri-isteri dan Kakitangan Wanita Kedutaan; menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dan pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia. Program dan pertemuan ini melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang diadakan di Indianapolis dan Washington DC, Amerika Syarikat.

Bersempena dengan perasmian Mid West Game di Amerika Syarikat itu juga, beberapa acara sukan telah dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) di Indianapolis termasuklah acara golf yang dikelolakan secara bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di Washington yang saya turut terlibat bersama TYT Duta dan kakitangan kedutaan.

Justeru dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri. Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya.
Adalah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya. Segala perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan.

Tiada apa yang perlu  disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan. Saya sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang melibatkan diri saya atau agensi di bawah seliaan saya.

Dengan ini, saya menuntut Akmal Nasir, Pengarah NOW dan The Malaysian Insider menarik balik segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam. Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya.

Isnin, 9 November 2015

SEJARAH DAHULU YANG TELAH DITUTUP RAPI, SEBAB ITULAH CARA NAJIB RAZAK TIDAK DISUKAI OLEH TUN MAHATHIR

Pelik bukan, bagaimana pula pembinaan lebuhraya pan Borneo yang mampu diberikan percuma sahaja tanpa tol oleh kerajaan pimpinan Najib Razak?

Najib Razak faham, hasil dari negara ini perlulah diturunkan kepada rakyat, cuma bekas perdana menteri paling lama tu, dia agak cerdik dalam permainannya, yang terperangkap, yang menjawat jawatan Perdana Menteri selepas dialah.

Najib sedar, kalau dibiarkan kroni-kroni lintah darat ini bermaharajalela, maka sampai ke sudah rakyat menanggung beban, yang kena pelangkung siapa yang pegang jadi Perdana Menteri sekarang, dihamun tanpa belas, diligan tanpa rasa kasihan, sedangkan apa yang dilakukan adalah untuk membuang habis legasi penyamun tarbus yang terselindung menghirup keringat rakyat.

Sebab itulah wujudnya 1MDB sengaja disabotaj sebegitu teruk oleh segerombolan serigala lapar, dikepalai oleh master serigala yang sudah hebat dalam mengawal selia perihal mencari untung atas angin tanpa digugat, tetapi akhirnya tergugat juga dengan seorang yang bernama Najib Razak.



SEJARAH MALAYSIA, 1967 LEBUHRAYA PERCUMA DIBINA OLEH PERDANA MENTERI TUN RAZAK

KITA SEDEKAHKAN AL- FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAM.

Kisah Sejarah Malaysia yang digelapkan dari pengetahuan umum...

KISAH PEMBINAAN LEBUH RAYA PERCUMA arwah TUN RAZAK
Bagaimana usaha arwah Tun Razak merakyatkan sumber ekonomi untuk membangunkan prasarana infrastruktur dari rakyat untuk rakyat .

1. Arwah Tun Razak merupakan seorang perdana menteri yang sangat JUJUR dan AMANAH dalam melaksanakan pembangunan negara. Dalam mana mana program pembangunan yang direncanakan, motivasi membantu rakyat adalah menjadi keutamaan.

2. Dalam artikel ini, gua mahu kupaskan satu sektor sahaja iaitu peranan terpenting arwah Tun Razak membentuk sistem Prasarana Infrastruktur Jalan Raya Lebuh Raya Malaysia yang PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh wang cukai yang dikutip dari rakyat.

3. Dibawah pemerintahan Tun Razak ini JKR ataupun sikronim Jabatan Kerja Raya menjadi senjata utama dalam program pembinaan sistem jalan raya yang menghubungkan seluruh negara secara PERCUMA. Fungsi utama JKR adalah membina infrastruktur negara selepas merdeka. Kebanyakan adalah pembinaan dan penyeliaan sistem jalan raya diseluruh Malaysia.

4. Pada tahun 1967 satu sejarah telah dicipta oleh JKR ini. Pembinaan projek lebuhraya gergasi sepanjang 123KM menembusi hutan banat antara Perak ke Kelantan telah dirancang hanya menggunakan kepakaran tempatan dengan kos minima dari wang dana kerajaan sendiri.

5. Projek tersebut dinamakan Jalan Raya Timur Barat (JLTB) bernilai RM205 Juta (sangat tinggi nilai pada zaman 70an dahulu). Berjaya disiapkan pada tahun 1982, 12 tahun tempoh masa pembinaan diambil mengambil kira kelewatan akibat ancaman dari pengganas Komunis pada masa itu. Jika tiada ancaman Komunis kemungkinan lebih awal projek itu berjaya disiapkan.

6. JLTB menjadi satu satunya projek pembinaan mega Lebuh Raya oleh Kerajaan tanpa tolgates dan adalah PERCUMA sehingga sekarang ini. Selenggaraan setiap tahun oleh JKR tanpa sebarang masalah, dengan kualiti jalan terbaik sepanjang masa.

7. Pada tahun 1977 kerajaan dibawah pemerintahan Tun Hussien Onn meneruskan legasi direncanakan oleh arwah Tun Razak untuk membina rangkaian PERCUMA Sistem Lebuh Raya menghubungkan Utara hingga ke Selatan Semenanjung Malaysia. Projek ini sudah lama dalam perancangan Tun Razak dahulu namun mengalami kelewatan akibat masalah ancaman getir Komunis di negeri Perak masa itu.

8. Projek dinamakan PLUS - Projek Lebuhraya Utara Selatan dilaksanakan pada tahun 1977. Satu Konsortium Nasional ditubuhkan iaitu Lembaga LebuhRaya Malaysia (LLM) atau Malaysia Highway Authority untuk menjalankan perancangan dan pembinaan PLUS ini.

9. Kehancuran pergerakan Komunis akhir 70an memberikan kesan positif kepada program pembangunan negara. Kawasan2 hitam berjaya dibersihkan.

10.  Dr M menggantikan Tun Hussien Onn sebagai perdana menteri pada tahun 1981.

11. Antara 1980 sehingga 1985, LLM berjaya menyiapkan beberapa blok fasa pembinaan lebuhraya dengan jarak 366KM atau pun 41% daripada jumlah keseluruhan PLUS iaitu 823KM yang dirancang menggunakan dana kerajaan sebanyak RM3.2 BILION pada masa itu, Lebuhraya Penuh TANPA TOL dengan PERCUMA untuk rakyat. Semua kos ditanggung beres dari kantung kerajaan tanpa penglibatan pihak swasta.

12. Pada tahun 1986, Dr M program Penswastaan Negara.

13. Tragedi PLUS dijual kepada Halim Saad yang mengetuai syarikat swasta UEM.

Perancangan asal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn adalah tidak akan sekali kali membenarkan kemasukan pemodal luar kerana ini adalah projek dari kerajaan untuk rakyat.

14. UEM pun akhirnya menguasai projek PLUS tersebut. Walaupun mendapat bantahan ramai rakyat pada masa itu kerana UEM dianugerahkan konsesi.

15. Walaupun 366KM dari keseluruhan 823KM pembinaan yang siap menggunakan wang dana kerajaan sendiri

16. UEM hanya menyiapkan baki 500KM sahaja selepas itu. Satu kerja diluluskan, UEM menyiapkan PLUS.

17. Hari ini atas pemerintahan Dato'Seri Najib Tun Razak kerajaan berjaya mengambil alih sepenuh PLUS Berhad dan Anak Syarikatnya daripada pihak swasta.

18 Hari ini jugak pihak kerajaan Malaysia berjaya menyiapkan Lebuh Raya Pan Borneo sejauh 1000km lebih secara percuma kepada rakyat Sabah & Sarawak

19. Kerajaan Malaysia jugak hari ini berjaya menutup 8 plaza tol bagi mengurangkan beban tol kepada rakyat.

Jika disingkap sejarah Dato'Seri Najib Tun Razak meneruskan legasi Arwah Bapak beliau bagi merakyat sumber negara kepada rakyat, munkin ini juga antara faktor sesetengah pihak kurang senang dengan kepimpinan beliau kerana merakyat untuk rakyat.

Namun faktor kekangan dan tekanan menjadi niat baik dipandang serong.

http://abdulmuzammir.blogspot.my/2015/11/sejarah-malaysia-1967-jkr-bina-percuma.html


Jumaat, 6 November 2015

MB TERENGGANU INGIN LANTIK HADI AWANG SEBAGAI PENASIHAT KERAJAAN NEGERI?

Untuk yang kalian yang beragama Islam, bila kesatuan Ummah itu kuat, kerakusan kiasu dan seangkatan dengannya akan lemah.

Tetapi bila kita bersengketa, musuh ketawa sampai terbaring kerana idaman mereka hanyalah kuasa dominan. Fahamkanlah kekuatan itu. Bukan merosakkannya. Bersatulah demi Agama. InshaAllah pasti kuat!!

MB Terengganu buat hal?

MB Terengganu timbang lantik Hadi penasihat k'jaan.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor mempertimbangkan melantik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan BN itu.
“Tiada masalah. Saya pernah jumpa Hadi sebelum jadi MB dan kami ada berbincang.

“Beliau beri beberapa pandangan positif (berkaitan kerjasama tidak memihak dan pentadbiran).
“Ia gambarkan kesediaan PAS membuka pintu untuk mula bekerjasama dengan kita,” beliau dilapor sebagai berkata oleh New Straits Times.

Razif berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama dalam konvensyen Umno Terengganu semalam.

Beliau berkata penting untuk mempertimbangkan pandangan politik pelbagai pihak dan menerima apa yang memberi manfaat kepada orang ramai.

Hadi pada 1 November berkata partinya sedia bekerjasama dengan BN dalam isu-isu pentadbiran.

DAP PERTIKAI TANAH RIZAB ORANG MELAYU!!

Bayangkan, Dap menang, kita tinggal asap je, sebab kita tahu dap tu apa, tapi kita sebenarnya terperangkap dengan kebodohan diri kita sendiri, isunya mudah, kita sudah terbiasa dengan keadaan selesa, sudahnya Dap pertikaikan hak kita pun kita tak terasa.
Itulah Melayu... Melayu... Ohh Melayu...

Dap nak hak tanah rizab orang melayu

Seorang pemimpin DAP Selangor hari ini mempertikaikan status rizab Melayu di perkampungan nelayan Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam kerana berpendapat penduduk di situ majoritinya merupakan kaum Cina.

Sambil mencadangkan status tanah rizab itu ditukar, Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim turut mencadangkan nama perkampungan tersebut ditukar kepada nama Cina berikutan pertukaran status itu.

"Usaha  menukarkan (status) sudah dilakukan bertahun-tahun. Sampai sekarang tak ada jawapan. Ini pihak Pejabat Tanah dan Galian kena bantu.

"Dan saya cadang, kalau esok kita berjaya tukar dan warta, batalkan (status) Bagan Nakhoda Omar ini kerana ia diduduki ramai, hampir 100%, penduduk nelayan Cina.

"Jadi nama dia kena tukar. Kita kena tulis Bagan Nakhoda Chong," katanya pada sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Shah Alam hari ini.

Ng yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan itu berkata, nama Omar itu tidak diperlukan kerana ia mengingatkan penduduk di situ kepada Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

"Omar tak payah, sebab kita akan ingat Noh Omar. Macam Nakhoda Noh Omar. Tak elok. Itu pemimpin politik yang rakyat tidak suka. Jadi, Bagan Nakhoda Omar kita tukarkan Nakhoda Chong. Itu lebih baiklah," katanya.

Bagaimanapun, Adun Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak membidas kenyataan Ng, menyifatkannya sebagai rasis.

"Sekinchan kuat sangat rasisnya. Kalau buat (tukar), jangan kuat sangat sampai nama pun nak jadi isu. Tak profesionallah," katanya.

Sementara itu, dalam responsnya kepada Ng, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengingatkan beliau nama kampung itu tiada kaitan dengan Noh.

Beliau juga mengatakan, kerajaan negeri akan menyemak dengan Pejabat Tanah dan Galian berhubung status tanah rizab Melayu itu.

"Kita boleh batalkan (tanah yang diwartakan sebagai rizab Melayu) dan gantikan tapak lain dengan nilai yang sama (dengan tanah tersebut).

"Pastinya kita nak tengok susun atur bangunan kampung sedia ada supaya masalah keselamatan dan kesejahteraan rakyat dapat diambil kira," katanya tanpa menyatakan sama ada beliau bersetuju status tanah itu perlu ditukar atau tidak.

Shazni dilantik ketua pemuda PH, namun ditentang dalam AMK

 Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baru. Namun pelantikan itu, yang diput...