Rabu, 7 Januari 2015
MALAYSIA AKAN DILANDA MUSIM SEJUK PULA? BIAR BETUL?
adakah kita bersedia? kadang-kadang ramalan adakalanya bukannya benar, tetapi melihat keadaan cuaca yang ekstrim sekarang ini, tidak mustahil boleh berlaku, sebabnya, keadaan sebenar bumi kita dimusnahkan oleh tangan-tangan tamak, banjir besar berlaku di kelantan menunjukkan perkara mustahil mungkin akan berlaku.
ADAKAH KITA SEMUA SUDAH BERSEDIA?
Selepas fenomena banjir besar melanda negara nampaknya satu lagi berita yang kurang baik diterima dimana rakyat Malaysia dinasihatkan supaya bersedia untuk menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.
Fenomena ini dikatakan bakal dirasai oleh negeri-negeri disebelah Pantai Timur semenanjung Malaysia yang baru saja menghadapi bencana banjir besar yang menyebabkan kerugian hampir Rm1 billion untuk negeri Kelantan sahaja.
Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.
“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.
“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin yang dipetik akhbar KOSMO!
Langgan:
Catatan (Atom)
[Hot!] Jangan anggap PN kerajaan yang lemah – Razali
KUALA LUMPUR – Jangan menganggap Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kerajaan yang lemah atau tidak berwibawa. Ini kerana kerajaan PN tela...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak perlu berlakon untuk menunjuk kononnya bersimpati atau mengambil berat soal kebajikan penjawat aw...
