Jumaat, 13 Februari 2015

Game Tersembunyi Di Dalam Google Chrome Apabila Terputus Internet


Setiap kali telefon atau laptop anda terputus hubungan internet ketika melayari dengan Google Chrome, anda pasti akan dipaparkan dengan gambar seekor dinasour T-Rex di pelayar web tersebut.


Tapi tahukan anda sebenarnya T-Rex tersebut sebenarnya satu watak permainan video yang tersedia bersama Google Chrome di komputer atau telefon anda?

Di dalam permainan tersebut, anda perlu memainkan watak T-Rex tersebut dengan melompat bagi mengelak dari halangan pokok kaktus yang ada sepanjang permainan tersebut.


Permainan ini tersedia di dalam Google Chrome versi Desktop dan juga Google Chrome versi mobile. Berikut adalah cara untuk mengakses permainan ini dari kedua-dua jenis pelayar ini :

Untuk Komputer

  1. Pastikan Google Chrome anda adalah versi terbaharu
  2. Putuskan kesemua rangkaian internet dari komputer anda
  3. Buka tab baru di Google Chrome kemudian buka satu website dalam keadaan 'offline'
  4. Apabila gambar dinasour muncul, tekan kekunci space di keyboard anda.
  5. Tekan space untuk melompat dari pokok kaktus


Untuk Smartphone
  1. Pastikan Google Chrome anda versi yang terbaharu
  2. Putuskan kesemua rangkaian internet dari telefon anda
  3. Buka tab baru di Google Chrome kemudian buka satu website dalam keadaan 'offline'
  4. Apabila gambar dinasour muncul, sentuh pada gambar dinasour tersebut.
  5. Sentuh skrin untuk melompat dari pokok kaktus.

PEKERJA KILANG BERJALAN KAKI LEBIH 32KM SEHARI TERIMA HADIAH KERETA FORD


DETROIT – Seorang pekerja kilang, James Robertson yang berjalan kaki lebih daripada 32 kilometer (km) setiap hari untuk ke tempat kerja hampir sedekad yang lalu menerima kejutan apabila dihadiahkan sebuah kereta Ford model terbaharu.

Robertson yang menjadi sensasi di internet dan media massa mengenai kegigihannya berjalan kaki setiap hari untuk bekerja turut menerima sumbangan daripada orang ramai lebih AS$310,000 (RM1.1 juta).

Dia terpaksa berjalan kaki berikutan tidak mampu membeli kereta baharu selepas keretanya rosak sejak sembilan tahun lalu, manakala laluan ke tempat kerja tidak mempunyai kemudahan pengangkutan bas.

Walaupun wang sumbangan yang dikumpulkan bertujuan untuk membolehkan dia membeli sebuah kereta baharu, pengedar kereta memutuskan memberikan sebuah kereta model terbaharu, Ford Taurus bernilai AS$37,000 (RM132,357).

“Sejak kereta rosak, saya memang tidak mampu untuk membeli yang baharu. Oleh itu, saya terpaksa berjalan kaki sejauh 32km setiap hari demi meraih pendapatan sebanyak AS$10.55 (RM37.70) untuk satu jam di sebuah kilang,” katanya.

Sumbangan kereta berkenaan diberikan oleh wakil pengedar Ford, Blake Pollock, manakala inisiatif dana bantuan pula dilakukan oleh seorang pelajar universiti, Evan Leedy.

Wang sumbangan pula akan dijadikan dana bagi perubatan, penyelenggaraan kereta dan kos petrol Robertson. – Agensi

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...