Biarlah ditohmah pelbagai perkataan, cuma tertanya nilai apakah yang ingin ditonjolkan sehingga begitu perangainya segelintir pentaksub tegar.
Tergamak kamu semua menghina pm najib wahhal dia dengan rendah diri hadir pada hari pengkebumian Allahyarham tuan guru nik aziz.
Dia cukup menghormati tuan guru nik aziz walau berlainan pendapat, itu tidak langsung menghalang dia meredah lautan manusia pada hari paling diingati rakyat malaysia.
Allahyarham nik aziz walau hakikatnya didunia politik mungkin mulutnya agak pedas tetapi dia tetap dihormati oleh musuh politiknya, kadang-kadang pengikut yang taksub itulah perosak segalanya, nilai minda mereka hanyalah diselaputi kebencian.
Sudah-sudahlah biarkan ketaksuban melampau mengawal minda, kita sesama ummah bersatulah hendaknya.
ps: bersatu kita teguh bercerai kita roboh