Rabu, 11 Mac 2015

AZMIN BERSEDIA UNTUK BERUNDING ISU LANGAT 2 KATA UTUSAN MALAYSIA

disebalik isu berat ini, berkias-kias sehingga menjadi perkara sensasi, ini adalah perihal rakyat, rakyat dan negeri yang kaya, malah malaysia, bayangkan impak berlaku sekiranya pelabur tidak mahu melabur di negeri selangor kerana masalah air, tempiasnya kena juga kepada kerajaan pusat.

jadi seharusnya perkara ini dibincangkan demi rakyat, bukan populariti, rakyat tidak melihat isu ini sebagai politik semata-mata, tetapi kebajikan, bercerita free sana free sini, tetapi hakikat kualiti dan keadaan teknologi air di selangor jauh ketinggalan, siapa rugi?


KUALA LUMPUR 10 Mac – Sehari selepas menyatakan tidak akan me­­­neruskan run­dingan perjanji­an penstrukturan perkhidmatan in­dus­tri bekalan air di Selangor de­ngan Kerajaan Pusat, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hari ini me­ngu­bah pendiriannya apabila bersedia membuka pintu rundingan berhubung perkara tersebut.

Mohamed Azmin mengesahkan pihaknya terbuka untuk berbincang berhubung pajakan tanah yang terlibat dalam rancangan penstrukturan air Selangor.

Pendirian tersebut dibuat oleh be­liau selepas Menteri Tenaga, Tek­­nologi Hijau dan Air, Datuk Se­ri Dr. Maximus Ongkili memberi penjelas­an bahawa aset tanah yang akan terlibat dalam perjanjian tersebut hanya akan diambil alih selama 45 tahun oleh Kerajaan Persekutuan sebelum diserahkan semula kepada kerajaan Selangor sebaik tempoh perjanjian itu tamat.

“Untuk pajakan kita boleh bincangkan,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Semalam, Mohamed Azmin ber­­kata, Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan meneruskan rundingan perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air di negeri itu dengan Kerajaan Pusat.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, berdasarkan perjanjian yang dimeterai, tidak dinyatakan secara spe­sifik berkenaan tanah, sebaliknya hanya dinyatakan sebagai aset.

“Peruntukan itu samar-samar, ha­nya menyatakan aset yang boleh dipindahkan dan kekal, tidak sebut tanah secara spesifik. Sedangkan kami dalam perjanjian itu nyatakan secara spesifik aset-aset kami,” katanya.
Mohamed Azmin bagaimanapun enggan mengulas lanjut sekiranya berlaku pertambahan amaun daripada ke­seluruhan RM14.9 bilion perjanjian berkenaan sekiranya perbincangan berkenaan pajakan itu dilaksanakan.

“Kalau ada cadangan baharu hendak bincang, mungkin kita perlu nilaikan tanah,” katanya.

Pada sidang akhbar pada sebelah pagi, Mohamed Azmin berkata, perjanjian penstrukturan air Sela­ngor ditamatkan kerana Kerajaan Pusat mahu menuntut tanah kerajaan negeri itu yang akan dilalui paip saluran air terbabit.

Katanya, jika Kerajaan Pusat bersetuju mengiktiraf kedaulatan tanah dan aset air milik Selangor dan tidak membuat tuntutan bercanggah dengan semangat perjanjian yang termeterai, maka kerajaan negeri bersedia untuk berbincang ke arah mencapai persetujuan bagi manfaat seluruh pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

gangguan bekalan air di klang, shah alam dan kuala lumpur tiada kaitan pembatalan langat 2


bila berlaku perihal gangguan air ini, agak-agak golongan mana paling terkesan? rasanya azmin ali selaku menteri besar akan peduli tak turun padang sekiranya rakyat yang nak mengangkut air ke rumah, terutama rumah flat, rasanya orang seperti azmin pernah selami tak betapa peritnya mengangkut air, adakah dia sedar yang air keperluan yang cukup penting, bayangkan sekiranya ada ramai anak kecil, tak ada belas kasihankah mereka bila krisis air berlaku?

jangan pertikaikan apa saya buat-azmin

inilah terjadi di selangor dan di lembah klang, bila politik mengatasi segalanya, maka menjadi mangsa adalah rakyat pertengahan dan bawahan, apakah politkus faham dan mengerti, kadang-kadang isu politik yang sengaja dibangkitkan untuk keperluan populariti, menyahut persepsi supaya talian hayat modal politik berpanjangan sehingga pru14.


walaupun gangguan air berlaku tidak kritikal, bayangkan krisis yang sama berlaku pada tahun lepas di selangor, perit getir rakyat bawahan ni kena fikir, kalau tinggal di flat ppr terutamanya, berapa tinggi nak angkut? orang atasan tak mengapa mereka ada duit, masalah mudah diselesaikan dengan duit.

WAHAI MB SELANGOR, DAULAT DISELANGOR MEMANG PERLU DIJAGA, TETAPI BAGAIMANA KEBAJIKAN RAKYAT WAHAI MB?

GRO AKSI GHAIRAH DICEKUP

gambar hiasan

Kuala Lumpur: Seramai 26 pelayan pelanggan (GRO) yang sedang beraksi ghairah di atas pentas terkedu apabila sebuah pusat hiburan di Jalan Kia Peng, di sini, diserbu polis, awal pagi semalam.

Wanita berkenaan bukan saja memberi hiburan kepada pelanggan yang datang, tetapi sedang berusaha ‘mempromosikan’ diri mereka supaya dipilih dan dibawa pulang dengan bayaran mengikut rundingan yang dipersetujui pelanggan.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 12.50 pagi oleh sepasukan anggota Unit Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterisme (D7) Bukit Aman yang diketuai oleh Superintendan Razali Abu Samah bersama 16 anggota termasuk pegawai.

Menurut Razali, selain wanita berkenaan, enam lelaki warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar yang berkerja di premis berkenaan turut ditahan.

Katanya, seorang wanita tempatan berusia 30 tahun yang bekerja sebagai juruwang dan juga penjaga kepada semua wanita warga asing terbabit turut ditahan.

“Semua wanita berusia 19 hingga 32 tahun dan mereka dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran berdasarkan pergerakan keluar dan masuk wanita warga asing bersama pelanggan.

“Ketika serbuan dibuat, semua wanita warga asing sedang asyik membuat persembahan dan leka melayan lebih 80 pelanggan,” katanya, semalam.

Menurutnya, ini adalah serbuan kali pertama dalam tahun 2015, hasil daripada aduan awam dan pemerhatian yang dijalankan tiga hari oleh unit risik D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Katanya, semua tangkapan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)C Akta Imigresen serta Seksyen 39B Peraturan Imigresen.

“Siasatan lanjut mendapati pusat hiburan ini sudah beroperasi lebih lima tahun dan memiliki lesen perniagaan yang sah,” katanya. HARIAN METRO

PETISYEN PEMBEBASAN ANWAR IBRAHIM IBARAT MELACURKAN NEGARA

Kerana insan ini, macam-macam hal yang memeningkan kepala semua, rakyat dah penat, rakyat dah letih, kerana insan ini kacau bilau keadaannya.

Sebelum ini petisyen pembebasan anwar ibrahim telah dipadam oleh pihak white house kerana banyak acc yang tidak asli bagi menanda tangani petisyen itu.

Terbaru petisyen itu dinaikkan semula dan pengumpulan 100k tandatangan bermula dari asal.

Sekadar bertanya, sebagai rakyat Malaysia, wajarkah anda semua melacurkan negara anda demi insan ini?

ps: mungkin terdesak gila pkr semata-mata insan anugerah Tuhan ini. Gila.

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...