Selasa, 17 Mac 2015

hudud belum diperlukan lagi buat masa kini kata azmin mewakili pkr

Apabila pas kelantan sudah pasti membentangkan pindaan enakmen hukum syariah hudud bulan ini, berkemungkinan rabu ini, maka bertempiklah rakan sekutunya itu, dap sememangnya menentang kerana mereka menganggap hukum hudud tidak perlu dan penentangan itu ibarat bibit perpecahan dalam pakatan rakyat.

Pkr juga sudah pasti menentang kerana mereka tidak mungkin menyokong hudud kerana pkr didalamnya ramai pemikir liberal.

Azmin sudah beri signal, hudud belum lagi diperlukan buat masa ini, terang lagi bersuluh perangai sebenar rakan mereka dalam pakatan.

Belum lagi geng jebon dan broker dalam pas, mereka memang berkiblatkan perjuangan pkr dan dap, kadang melihat keadaan ini, umno selaku parti yang 24 jam dihamun, dikeji, dibangkaikan oleh pas tetap menyokong penuh enakmen hukum hudud yang bakal pas kelantan bentangkan dan laksanakan.

ps: musuh yang dihina itu bersama-sama dengan pas kelantan untuk kesinambungan kuasa Islam, tetapi pas tetap menganggap umno itu musuh paling keji tak boleh dibuat kawan.


Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...