Isnin, 23 Mac 2015

AKHIRNYA SELANGOR SUDI BERBINCANG SEMULA PERJANJIAN AIR DENGAN PUTRAJAYA - AZMIN ALI



azmin sekali lagi membuat u turn yang cukup menjadi tanda tanya, pada ayat batalkan perjanjian air tempoh hari memberi impak merisaukan keadaan rakyat selangor, alasan azmin kedaulatan tanah negeri selangor perlulah dijaga juga rasanya tidak kukuh.

jadi untuk mengelakkan perkara lebih hangat serta berkemungkinan permasalahan ekonomi yang teruk bakal berlaku terhadap negeri kaya seperti selangor perlulah azmin membuat salaman 'play safe' untuk meredakan keadaan panas.

jadi selaku rakyat selangor, jangan biarkan rakyat bawahan terhimpit wahai azmin, kalau nak buat game modal politik kacau dan gegar, janganlah guna isu air, cari isu lain, kata untuk rakyat, tetapi perihal air janganlah dibuat main, sebabnya kerana air boleh jahanam sosio ekonomi dan manusia.

fikir rakyat bukan sedut duit

GABUNGAN BARU ANTARA PR DAN BN UNTUK SELAMATKAN SIAPA?


apakah sebenar yang mungkin kit siang ingin lampirkan? adakah kerana kecewa? adakah kerana sudah tak tahu nak fikir apa lagi? semua ini kerana pas, pas sudah buatkan kit siang menjadi tidak keruan, sudah risau akan kelangsungan dap yang mungkin tidak boleh dominan kerana pas sudah bergerak sendirian.


maka sudah pasti pas sudah faham, dap hanya kuat kerana ada melayu tak berfikir menyokong mereka, malah pasma adalah ajen dap dalam pas pun  tidak berjaya mengawal selia pas secara kotor.

akhirnya terungkaplah ceritera yang membolehkan dap perlu berbuat sesuatu, drama kelakar seram dibuat oleh kit siang adalah kerana terdesak, itu sahaja yang dapat penulis katakan, inilah cara licik oleh ultrakiasu untuk berkuasa, benarlah, selagi ada sultan dan raja dengan izin Allah terselamat orang melayu dan Islam, kecuali orang melayu itu sendiri menjadi tali barut terhadap kiasu dan kuffar.

PAKATAN DALAM KEADAAN TENAT, ITULAH KEBENARANNYA.

kata lim kit siang, kita perlu selamatkan malaysia,

"Mungkin sudah tiba masanya untuk Ahli Parlimen yang terdiri daripada gabungan baru 'Selamatkan Malaysia' dari kedua-dua belah jurang politik dan Laut China Selatan, untuk mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan Perdana Menteri baru dan kerajaan baru," katanya berkata, dalam ucapannya di jamuan makan malam ulang tahun DAP di Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi.

Sambil menegaskan bahawa idea gabungan itu adalah miliknya sendiri dan tidak bukannya DAP, Lim berkata Perdana Menteri baru boleh datang sama ada dari BN atau PR, selagi pemimpin yang dipilih itu mahu "menyelamatkan Malaysia, mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang".

KIT SIANG FAHAM KE APA ITU DEMOKRASI KATA DATUK MOHD AMAR



sebenarnya perbalahan mereka kerana masing-masing risaukan sokongan dan paling penting matlamat nak tunjuk siapa paling dominan dalam pakatan, jadinya masing-masing perlu tunjuk kekuatan yang membolehkan penyokong serta rakyat melihat siapakah yang menang.

mudah nak faham, dap kata mereka akan mengkaji peranan pas dalam pakatan, pas pula kata tiada masalah untuk bergerak sendiri, masing-masing main tarik tali, pkr pula lagi cerdik, sudah tentu mereka bersekutu dengan dap walau dikalangan pemimpinnya ramai orang Islam.

hudud yang sudah dibentangkan di kelantan merencanakan bibit perpecahan, rakyat melihat, tetapi pkr, dap dan pas pasti tahu, sekiranya mereka berpecah tiada gunanya putrajaya itu diidamkan, malah cadangan untuk dap dan pkr serta ngo baru pasma bergabung untuk mewujudkan pakatan baru pun sudah diketahui umum.

nampaknya cara permainan pas juga cerdik, mereka sudah semakin kuburkan peranan jebon serta team anwarinas dengan cara taktikal paling berkesan, sehingga ahli pasma tak berbunyi banyak, terutama mat sabu, adakah pakatan baru itu sememangnya akan wujud? kita tunggu dan lihat.

pas pun faham, tanpa umno peranan kekuatan ummah payah nak di laksanakan sekiranya tidak bersatu atas dasar perpaduan, tetapi politik curiga serta sebaran unsur-unsur kebencian terhadap umno memungkinkan agak payah penyatuan itu dilaksanakan.

kadang-kadang kita semua dah nampak, tetapi kerana politik itu, apa semua boleh balun, semuanya kerana kuasa.

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...