Rabu, 25 Mac 2015

AKAR UMBI PKR MEMANG MENYOKONG PENUH HUKUM HUDUD, BIDAS DAP YANG ANGKUH TERHADAP ORANG ISLAM










Pada hari ini bertempat di restoran antan batura di seksyen 14 shah alam, diadakan sidang media berkenaan sokongan akar umbi pkr yang cukup setuju hukum hudud dibentangkan di kelantan baru-baru ini.

Mereka selaku ahli akar umbi, sebagai orang Islam memang bersetuju hukum hudud ini, parti pkr baru-baru ini mengumumkan tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang dibawa oleh pas dan akan dibentangkan di parlimen.

Melihat situasi yang ini, akar umbi tidak bersetuju dengan cara pkr pusat yang terburu-buru membuat keputusan sedangkan dikalangan ahli pkr yang beragama Islam memang menyokong penuh undang-undang hudud ini, jadi mengapa perlu risau dengan undang-undang Allah, mengapa perlu takutkan serta mengikut suruhan orang bukan Islam untuk menolak hudud.

Mereka juga menyeru agar kepimpinan KEADILAN tidak membuat keputusan berlandaskan politik dan desakan dap supaya menolak hudud, peranan dap juga dipertikaikan kerana terlalu angkuh untuk mengkritik undang-undang hudud ini sedangkan orang bukan Islam tiada hak untuk mempertikaikannya.

Untuk ahli akar umbi yang lain, mereka berharap bersamalah dengan mereka supaya kepimpinan KEADILAN yang beragama Islam tidak terjerumus dengan sikap munafik dan melanggar hukum Allah, sedangkan untuk menjadi pemimpin bukan semata-mata berpolitik, tetapi peranan sebagai pemimpin Islam yang bertanggungjawab terhadap agamanya.

ps: pemimpin pkr tu nak dengar ke luahan akar umbi mereka sendiri? sedangan pemimpin seperti khalid ibrahim pun mereka lanyak, buat pekak, memang benarlah dalam pkr hanyalah ada pemimpin bobrok yang gilakan kuasa dan berfikiran liberal.

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...