Jumaat, 27 Mac 2015

pendirian pas bagaimana? kerap sangat dap biadab dan kurang ajar dengan presiden parti kamu tu


skrip mungkin sama, sebabnya pakatan tahu, sekiranya berlaku perpecahan, pas atau dap keluar pakatan, maka punah ranahlah pakatan rakyat dalam cita-citanya ke putrajaya, malah katanya dap inginkan pakatan baru bersama pkr dan pasma bakal didaftarkan sebuah parti politik juga tersebar luas.

adakah itu pilihan dap untuk meneruskan kuasa? mungkin ya mungkin tidak, sebabnya parti pas sekiranya berpecah, pasma berkemungkinan tidak mampu melawan pas dan berkemungkinan pilihanraya akan datang setiap pertandingan kawasan majoriti melayu akan ada pas, pasma dan umno, semakin teruk perpecahan antara melayu di malaysia ini.

jadi siapa agaknya yang akan untung? siapa lagi kalau dap, perancangan mereka memang berjaya, cuma bila itu tidak diketahui, kecuali pas dan umno dibawah satu payung, itupun kalau boleh bersatu, pas dan umno hanya wujud 30% sahaja berkemungkinan untuk bersatu.

tidak hairanlah dap semakin angkuh, berlagak, dominan serta yakin dan pasti untuk mengawal orang melayu di bumi malaysia ini.

ps: tengok telur agak-agak pemimpin dap akan kemam tak? pengecut punya pemimpin melayu semua, kerana kuasa kesemua jadi bachul dengan kiasu.

PRK PERMATANG PAUH SELEPAS INI?


akhirnya anwar ibrahim kekal didalam penjara selama 5 tahun lebih, jadinya mungkin paling awal pun 4 tahun, jadinya apa akan jadi dengan pr?

ramai memberi pendapat, sebelum anwar ibrahim dipenjarakan, pr akan lebih teratur dan kuat sekiranya anwar dipenjarakan, malah pendapat dari mereka gerak kerja pakatan akan lebih tersusun dan mungkin lebih kuat bila anwar tiada.

tetapi bila melihat perihal terjadi antara pakatan sekarang menjurus kepada perpecahan yang sememangnya sudah dijangka, walau tidur sebantal, mimpinya lain-lain, pas dan dap semakin bergasak, jadi rakyat malaysia juga melihat yang pakatan akan hancur kerana masing-masing tamak dan haloba.

kesimpulannya, anwar dipenjara diatas kesalahan meliwat telah merosakkan reputasi pembangkang yang sememangnya digembar gemburkan bakal mengantikan bn/umno sebagai pemerintah, malah dap sebagai dominan dalam pakatan semakin angkuh dan berlagak ingin mengajar pas yang sebelum ini tidak banyak melawan walau di keldaikan oleh dap.

ps: anwar dalam penjara memikirkan, inilah kesudahannya kerana taktik kotor untuk berkuasa tidak diizinkan oleh Allah. pilihanraya kecil permatang pauh menanti

Azmin kata dia yakin audio itu rakaman sahih, anggap itu pengkhianat terbesar Anwar

 Mohamed Azmin Ali yakin audio yang dikatakan perbualan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi merupakan...