Sabtu, 9 Mei 2015

BILA SYARIKAT MELAYU ISLAM DISABOTAJ OLEH BANGSANYA SENDIRI, SAYONARA TABUNG HAJI! SEDIH BILA SYAITAN MENJADI JUARA

Penulis mampu copy paste jer, cuma nak beritahu apabila syaitan sudah berjaya rosakkan Islam melayu, maka hancur leburlah kerana bersungguh nak undurkan ds najib cara rakus, penulis nak lihat, syaitan-syaitan ini gelaknya sampai bila?

TABUNG HAJI MENJADI MANGSA PERSEPSI SYAITAN

Nadzri Hamzah

Assalamualaikum Selamat Pagi. Selepas sebuah blog membuat pendedahan tentang pembelian hartanah di TRX yang dikendalikan oleh 1MDB oleh anak syarikat Tabung Haji iaitu Tabung Haji Properties, maka ramailah yang melompat dan segera menjadikannya sebagai satu persepsi yang Tabung Haji Properties telah bersekongkol dengan penyelewengan dan ketirisan besar.

Hartanah yang dimaksudkan terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan rata-rata tahu, hartanah di Kuala Lumpur sangat berharga mahal terutama setelah dibangunkan. Bandaraya Kuala Lumpur bukan lagi seperti pada zaman Raja Abdullah mendarat di pertemuan Sungai Kelang-Sungai Gombak pada tahun 1857 membawa 87 orang pelombong Cina untuk membuka sebuah lombong di Ampang pada harga 30,000 ringgit pada waktu itu.

Pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji tiba-tiba menjadi perhatian besar dek kerana PARANOIA yang keterlaluan apabila melihat kemunculan perkataan '1MDB'.

1MDB adalah sebuah syarikat pelaburan strategik yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. Tabung Haji juga adalah syarikat kerajaan. Anak-anak syarikat Tabung Haji juga secara tidak langsung merupakan syarikat-syarikat kerajaan walaupun kaitannya mungkin sedikit berliku.

Overreaction merupakan perkataan paling tepat untuk situasi yang melibatkan Tabung Haji dan 1MDB sekarang.

Sudah berpuluh-puluh tahun Tabung Haji melabur dalam pebagai instrumen termasuklah hartanah bagi memastikan wang pendeposit berkembang dan bertambah. Dengan nilai wang yang mengalami penyusutan ekoran pertukaran asing, bermakna Tabung Haji perlu melakukan sesuatu bagi memastikan wang dan harapan para penyimpan tidak mengalami penyusutan.

Setakat ini, Tabung Haji tidak pernah gagal dalam operasi utama mereka melibatkaan jemaah Haji dari Malaysia ke Tanah Suci Makkah dan urusan ibadah Haji.

Hanya kerana Tabung Haji membeli aset, dikatakan telah menjejaskan wang para penyimpan di Tabung Haji? Atau kerana Tabung Haji membeli aset dari 1MDB?

Berdasarkan maklumat, pemaju komersial dari Indonesia, Mulia Group telah dalam perbincangan dengan 1MDB untuk mengambilalih pembangunan Signature Towers 74 tingkat di TRX - pada harga RM500 juta dan perundingan dengan blok kedua yang ditolak oleh Tabung Haji dan didedahkan oleh pihak tertentu dalam sebuah blog. (RUJUK SINI)

Mulia Group dikatakan sudah hampir mencapai hasrat mereka memandangkan Tabung Haji telah menolaknya.

Mulia Group merupakan pemaju hartanah komersial terbesar Indonesia. (RUJUK SINI)

Sekaligus di TRX, dua buah syarikat pemaju hartanah - Lend Lease dari Australia dan Mulia Group - barangkali telah menyelewengkan wang mereka semata-mata untuk bail-out 1MDB sebagaimana tuduhan yang dilemparkan kepada Tabung Haji?

Perlu diingat, nama asal TRX adalah KLIFD di mana huruf 'I' membawa maksud International (Antarabangsa). TRX diwujudkan dengan hasrat dan sasaran menjadikan ianya sebagai sebuah kawasan antarabangsa dan mampu menarik pelabur-pelabur asing yang akan menempatkan syarikat-syarikat mereka di situ.

Adakah pembelian hartanah bernilai RM185 juta oleh Tabung Haji di TRX, mampu bail-out 1MDB sebagaimana yang didakwa?

Ada yang mempertikaikan, mengapa Tabung Haji membeli tanah TRX pada harga yang lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB dari Kerajaan. Mungkin sedikit sifir, boleh membuka otak masing-masing.

Andaikan seperti berikut:

Harga belian: RM320 juta

Kos untuk penempatan semula, pampasan, perancangan, pembangunan, pengezonan semula dan pemasaran, infrastruktur (jalan raya, jalan bawah, elektrik, air dan sebagainya) : RM2 bilion (kosnya besar kemungkinan jauh lebih besar)

Sekaligus kos tanah TRX kepada 1MDB : RM2.32 bilion.

Saiz tanah: 70 ekar.

Tanah yang digunakan: 70% atau 49 ekar (kerana sebahagian daripada tanah perlu digunakan untuk jalanraya, kawasan terbuka, fasiliti air dan rawatan air, substesyen elektrik dan sebagainya)

Tanah yang diperuntukkan untuk taman awam: 20 ekar
Tanah yang digunakan selain taman awam: 29 ekar.

Oleh kerana itu, harga bagi setiap kali persegi tanah TRX yang digunakan: RM2.32 bilion dibahagikan dengan 29 ekar = RM1,837 kaki persegi.

1MDB hanya didanai sebanyak RM1 juta secara tunai dan terpaksa meminjam dari bank. RM1 juta tidak mungkin dapat membayar yuran guaman bagi sesetengah projek hartanah.

Oleh kerana itu, seandainya kerajaan tidak membenarkan 1MDB buat duit daripada aset tanah, bagaimana mereka boleh mencari wang untuk membayar faedah dan pinjaman?

Agak malang kerana pihak asing melihat potensi besar TRX yang dirancang oleh 1MDB dan sanggup meletakkan wang mereka yang jauh lebih besar berbanding Tabung Haji pada harga tinggi yang telah ditetapkan oleh 1MDB sedangkan masyarakat Malaysia yang menganggap mereka lebih bijak pula, bertindak dan berfikiran sebaliknya malahan melihat ianya adalah satu usaha bail-out.

TH melabur dalam SATU hartanah menara kediaman di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik. Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta.

Syarikat asing beli tanah 1MDB = Salah/. Kata jual Malaysia.

Syarikat swasta beli tanah 1MDB = Salah! Kata kroni

Syarikat GLC beli tanah 1MDB = Salah! Kata bail-out.

Lebih baik tanah TRX itu dikhaskan untuk tanam jagung dan padi je.

TRX land tanam jagung dan padi = Salah! Kata govt stupid and waste prime land.

Eh people... When 1MDB set up TRX and Bandar Malaysia, the main idea was to plan, develop and sell the land to strategic investors to recover the interest costs and repay the loans. How else are you supposed to do that if you are only given RM1 million capital?

1MDB Real Estate Bhd is doing EXACTLY what they are supposed to do.

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...