Ahad, 17 Mei 2015

patutnya asak sampai tekanan mamat kit siang ni supaya minta maaf!!

Memang benar dia berhak bersuara dari sudut undang-undang, tetapi apakah dengan memberi ceramah sebegitu dia terus dianggap hero?

Mungkin pasma memang menjadi talibarut dap untuk hal ini, jadi perlulah dikalangan pemimpin pro-ulama bedal cukup-cukup kit siang ni, renyuk dia dengan tekanan, tetapi tulah, hanya bertanya ada beranikah?

Pemimpin pas tunjuklah sikit kejantanan sikit, ini bila dengan umno je berani, siap baring atas jalan untuk menunjukkan memberontak, malah ada yang sanggup jadi sawan kerana terlalu marah, tetapi, realitinya banyak kali pemimpin dap terlalu kurang ajar dengan pemimpin pas yang pro ulama, mana pergi jalak lenteng untuk membalas balik? Telur takda ke?

Kalaulah penulis penyokong pas totok, dah lama jadi hulk, tapi tulah itu hanya mimpilah, sebab sekarang ramai telurnya kena kemam.

#JanganJadiPondan


Parti melayu Islam bakal berpecah, dap senyum lebar

Nampak gayanya, kita terimalah hakikat, parti besar orang melayu iaitu umno dan pas diambang perpecahan kronik, pkr tidak hairan sebab dalam parti mereka yang ramai bukan orang melayu.

Jadi siapakah yang paling beruntung dalam pasca perpecahan ini? Sudah tentu dap, sudah gerakkan jenteranya mencari pengundi baru, malah mereka merekrut anak muda orang melayu untuk memperkukuhkan parti mereka di pru akan datang.

Nampaknya keadaan tidak terkawal bila Tun Mahathir sudah declare war dengan Ds Najib, maka perpecahan ini memang tidak boleh disorok lagi.

Pas pula dengan gerakan menolak hadi awang secara sulit juga semakin terserlah, malah menguburkan pro ulama juga semakin tersusun.

Penulis hanya tertanya, adakah ini berakhirnya politik untuk orang melayu?

Walau sudah pasti ia tetap akan berlaku di pru 14 nanti, apa kesannya selepas itu? Kesat ketiak lalu cubalah bau.

Sekian.
Headbomb

Shazni dilantik ketua pemuda PH, namun ditentang dalam AMK

 Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baru. Namun pelantikan itu, yang diput...