Sabtu, 23 Mei 2015

umno bukan tak bagus tetapi ramai pembongak didalamnya

Realiti umno ketika ini, inginkan kekuatan tetapi sebilangan antara mereka hanya hebat berbicara, tetapi hakikat mereka hanya anggap tak mengapalah, atasan je yang buat kerja, janji duit turun.

Bukan umno tidak bagus, bukan umno tidak hebat, cuma golongan muda merasakan macam eletislah parti ini, sesuaikah dengan aku, jadi umno perlu melakukan perubahan imej untuk memberitahu kepada marhein, hanya umno membantu rakyat.

Jadi diharap perubahan-perubahan ini diperlukan dan idea-idea baru untuk umno terus relevan untuk rakyat.

Jangan biar dap ambil alih, buruk padahnya, parasit-parasit dalam umno perlu dilemparkan dalam gaung.

Penyatuan untuk semua ahli-ahli umno, "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"

Adakah tagline...

Dari rakyat untuk rakyat boleh didendangkan, ayuh #bangkit

Kabinet bayangan PR seolah-olah Tanah Melayu mak bapak dia yang punya!

Terkedu juga penulis bila melihat idea bakal-bakal menteri kabinet dari PR yang hampir 70% nya adalah kiasu yang sememangnya anti dengan kuasa orang melayu.

Kemana perginya pemimpin pas yang berwibawa? Agenda dap sudah nampak ketara, tetapi dikalangan orang kita sesama umno, sesama pas berperang sesama sendiri.

Apakah nafsu kalian sudah ditutup untuk melawan agenda dap? Adakah kalian suka benar mengizinkan pemimpin dap tergelak besar sehingga terkincit kerana mereka tidak perlu bersusah payah dalam menawan sepenuhnya kuasa orang melayu di bumi bertuah ini? Tepuk dada tanyalah hati.

#Bersatulah

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...