Rabu, 1 Julai 2015

AIR TERAWAT DI SELANGOR MEMANG KURANG DAN KRITIKAL KATA AZMIN

Sudah diberitahu, sudah dikatakan, malah bekas mb Khalid Ibrahim pun faham situasi ini yang memungkinkan krisis yang teruk akan berlaku di Selangor, air mentah di Selangor bukan ceritanya, bukan ceritanya air tu cukup, air terawat tu yang tak cukup, kalau lihat kawasan baru dibuka, rumah mewah, rumah murah berapa kerat je, sumber air terawat sememangnya sangat diperlukan.

Masalah populis yang sentiasa digunakan oleh pemimpin PR, kadang-kadang agak mengusarkan, harap bila sudah mengakui, cuba-cubalah jangan nak main-main lagi, rakyat marhein yang teruk, angkut air sampai kaki tangan bengkak bai.

Harap jangan dengar juga cakap Dap tu, dia tahu kebodohan orang melayulah yang menyebabkan mereka menjadi samseng dalam politik, mereka juga tahu, kawasan mana yang sentiasa tiada air, kawasan desa, hulu, rumah flat, siapa yang ramai tinggal situ, harap Azmin sedar, walau berbeza politik sekalipun, lindungi bangsa serta agamamu.


AZMIN AKUI SELANGOR BERDEPAN KEKURANGAN SUMBER AIR TERAWAT

SHAH ALAM – Menteri Besar, Azmin Ali mengakui bahawa rakyat di negeri ini berhadapan dengan masalah bekalan air bersih ketika ini susulan daripada loji-loji rawatan air yang beroperasi pada had yang maksimum.

Beliau berkata keadaan tersebut telah menyebabkan berapa kawasan di negeri ini mengalami ganguan bekalan air.

“Bekalan air terawat yang mada masalah kerana kapasiti loji-loji rawatan air di Selangor sudah sampai ke tahap maksimum,” katanya kepada para wartawan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Azmin dikecam rakyat di beberapa kawasan di negeri ini kerana gagal memastikan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti apabila mereka berhadapan dengan gangguan bekalan sumber itu.

Kegagalan itu termasuklah kelewatan kerajaan negeri memuktamadkan pelaksanaan penyusunan semula industri perkhidmatan air Selangor meskipun perjanjian utama dengan kerajan pusat telah dimeterai pada tahun lalu.

Sementara itu, Azmin turut menyatakan pihaknya telah mengambil langkah proaktif untul mengatasi masalah bekalan air di Selangor seperti melaksanakan projek mitigasi air 2 yang mengaliirkan sumber air dari kawasan utara ke kawasan selatan negeri ini.

Projek yang dijangka siap pada September ini dibuat bagi menampung permintaan pengguna yang dilihat tinggi di kawasan selatan Selangor.

selangor post

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...