Rabu, 8 Julai 2015

APABILA PORTAL LUAR NEGARA MEROSAKKAN MINDA RAKYAT MALAYSIA!! NEGARA IRAQ MUSNAH KERANA MEREKA!!


BILA PORTAL ZIONIS BERJAYA KUCAR KACIRKAN MINDA RAKYAT MALAYSIA, DIBANTU PULA DENGAN PORTAL PEMBELIT UTAMA DI MALAYSIA IAITU MALAYSIAKINI, MALAYSIAN INSIDER, TEAM CYBER PRO TUN SERTA PRO PAKATAN SERTA PAGE-PAGE POPULAR DI FACEBOOK, MAKA KEROSAKAN ITU SUDAH BERLAKU.

TETAPI TAK MENGAPA, KEBENARAN BUKAN MUDAH NAK DITEWASKAN, WALAU DIKALANGAN SYAITAN-SYAITAN PERSEPSI SEMAKIN SERONOK DALAM MENJAJA CERITA PALSU, MALAH DIBANTU PULA DENGAN SEGEROMBOLAN PENGHIRUP DANA-DANA HARAM, MAKA KERJA-KERJA JAHAT ITU DILAKUKAN DENGAN CUKUP MUDAH.

TETAPI HARUS DIINGAT, NAK MELAWAN KEJAHATAN MUSUH, PERANCANGAN KENA CERDIK, LICIK, TERSUSUN, MEROSAKKAN MEREKA DENGAN CARA CUKUP TERKESAN, BUKAN SATU KERJA YANG MUDAH.


DOSA TERAMAT BESAR AKHBAR/PORTAL THE WALL STREET JOURNAL KEPADA UMAT ISLAM IRAQ.

Mungkin ramai yang begitu teruja dengan pendedahan akhbar harian The Wall Street Journal tentang kemasukan dana sebanyak USD $ 700 juta ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini. Masing-masing dengan megah berkongsi artikel WSJ kedalam akaun Facebook masing-masing mengandaikan Perdana Menteri akan tunduk dengan mainan WSJ ini.

Benar seperti yang pernah disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W bahawa manusia ini mudah lupa. Mungkin ramai yang lupa apa yang berlaku di Iraq dan Libya. Di Iraq, tiada lagi kita mendengar cerita keindahan kota Baghdad, pusat ilmu Islam suatu ketika dahulu.

Di Tripoli, tiada lagi keindahan pantainya menghiasi carta tempat menarik untuk dilawati. Semuanya kini hancur dijarah oleh Amerikaa Syarikat menerusi cerita-cerita yang direka. Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini?

Jika kita masih ingat 2 siri Perang Teluk berlaku dan kebetulan perang ini diketuai oleh George H. W. Bush Senior dan anaknya George W Bush. Jika peperangan yang pertama kita dimomokkan dengan cerita Iraq menyerang Kuwait demi telaga minyak, tetapi Perang Teluk ke 2 lebih mendatangkan kehancuran secara total.

Pentadbiran White House menerusi Jabatan Pertahanannya, Colin Powell menyatakan Iraq menyimpan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang dikhabarkan sistem peluru berpandunya boleh menghancurkan Tel Aviv. Dan paling utama Iraq juga dikhabarkan kepada kita menyimpan plutonium untuk membina peluru nuklear dan Allahyarham Saddam Hussien dikhabarkan mahu menghancurkan terus Israel dari peta dunia. Inilah alasan utama Iraq di serang buat kali kedua dalam 10 tahun.

Siapakah yang mula-mula sekali mengeluarkan andaian dan tuduhan Pentagon terhadap Iraq yang kini terbukti karut ini? THE WALL STREET JOURNAL adalah akhbar pertama yang menyiarkan kenyataan perisikan CIA dan laporan “separa masak” dari Colin Powell untuk menghalalkan perang di Iraq. Dan paling utama, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamed menghentam teruk sumber akhbar dari barat dengan mengatakan laporan akhbar dari barat merupakan penyumbang kerosakan nyata di seluruh dunia.

Mereka secara kosisten menyatakan Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengesahkan bahawa Iraq menyimpan senjata ini di beberapa lokasi strategik dan paling banyak dilaporkan di Tikrit, bandar kelahiran Saddam sendiri. Setiap kali mereka menyiarkan berita ini, The New York Times akan memetik semula cerita ini dan di sebarkan ke seluruh rantau arab dan dunia.

Sewaktu Setiausaha Agung PBB pada masa itu, Kofi Annan menolak untuk kali pertama desakan Washington mahu menyerang Iraq, WSJ sekali lagi memainkan peranan menghentam Kofi dengan mengatakan beliau lembik dan takut mengambil keputusan demi keselamatan dunia. Akhirnya, selepas desakan hampir seluruh media di New York, satu draft resolusi membenarkan Amerika menyerang Iraq diluluskan dengan hanya Rusia dan China sahaja tidak menyokong.

Lihat sahaja permainan media WSJ. Mereka tidak memperdulikan kebenaran asalkan laporan mereka sentiasa dibaca dan ini dikhabarkan merupakan strategi melariskan jualan mereka. Apa yang dialami oleh Datuk Seri Mohd Najib boleh dikatakan senasib dengan apa yang dialami oleh Muammar Ghadaffi. Imej beliau yang boleh dikatakan “over reacted” pada setiap lawatan beliau keluar negara juga hasil dari serangan pertama WSJ.

Anehnya, mereka juga boleh “membersihkan” imej seseorang dengan laporan terbaik kepada musuh mereka. Ini yang dialami Ghadaffi sewaktu Libya kembali diterima oleh masyarakat dunia. Peristiwa rampasan pesawat Lockerby, Scotland seolah-olah begitu mudah dilupakan Amerika dan Britain apabila Ghadaffi kembali menghadiri sidang kemuncak PBB di New York.

Dan WSJ sekali lagi menggunakan kuasa media mereka dalam menghalalkan pembunuhan Ghadaffi sewaktu Arab Spring 3 tahun lalu. Lihatlah percaturan akhbar ini dalam mengganggu urusan pentadbiran negara lain dan paling utama mengganggu negara Islam yang sedang progresif.

Jika di beberapa negara arab seperti Iraq, Syria, Lebanon, Libya dan Tunisia sudah menolak laporan dari sumber-sumber media barat sebegini, tetapi di Malaysia, begitu ramai mengambil terus laporan dari media ini tanpa sedikit pun memperdulikan nasib yang menimpa saudara seIslam mereka di Baghdad, Tripoli dan lain-lain lagi.

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...