Isnin, 20 Julai 2015

MCMC SEKAT LAMAN SESAWANG SARAWAK REPORT KERANA LAPORANNYA IBARAT IBLIS LAKNAT MENJAJA FITNAH

RAMAI DIKALANGAN NITIZEN YANG BERPENDAPAT, SEKATAN INI MEMBERI KEMENANGAN MORAL KEPADA SARAWAK REPORT, TETAPI BAGI PENDAPAT NITIZEN YANG LAIN, SEKATAN TERHADAP SARAWAK REPORT SANGATLAH BAGUS, PATUT DIBUAT PADA AWAL-AWAL LAGI SEMASA FITNAH MEREKA BERKENAAN 40K BANGLA MENGUNDI BN PADA PRU13 LAGI.

SEPATUTNYA BANYAK PORTAL ATAU BLOQ YANG TIADA ETIQA DI SEKAT DAN DIHARAMKAN SAMA SEKALI DI SINI, CONTOH MALAYSIAKINI, MALAYSIAN INSIDER, CHE DET DAN PORTAL-PORTAL YANG KETERLALUAN MENJAJA BERITA YANG SUDAH DIUBAH SERTA DIPUSING DARI CERITA SEBENAR.

BUKAN KERANA TAKUT ATAU TUDUHAN MENUTUP KEBENARAN, TETAPI KEBANYAKAN LAPORAN BANYAK YANG TIDAK BETUL, MALAH TUDUH, FITNAH, MENGAITKAN, BUKTI HANYALAH TUDUHAN YANG DILAPORKAN, TIDAK DITUNJUK LANGSUNG BUKTI YANG DITUDUH ITU, HANYA PERSEPSI.

PERMASALAHAN ORANG KITA, HANYA MEMBACA TANPA MENILAI, BERITA YANG DILAPORKAN ITU BETUL ATAU TIDAK.

KEPADA KERAJAAN MALAYSIA, SUDAH-SUDAHLAH BERLEMBUT DENGAN PEROSAK-PEROSAK INI. JANGAN TUNGGU KEROSAKAN TERUK DAN TAK MAMPU NAK PULIHKAN BARU NAK SEKAT. SUDAH TERLAMBAT.


MCMC SEKAT LAMAN SESAWANG YANG MENGGANGGU-GUGAT KESTABILAN NEGARA

CYBERJAYA, 19 Julai 2015

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk menyekat laman sesawang yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, iaitu The Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org), kerana telah memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sedang dalam siasatan, setelah menerima maklumat dan aduan daripada orang ramai.

Sekatan terhadap laman sesawang The Sarawak Report itu juga dibuat mengikut peruntukan sedia ada dalam Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan tempoh sekatan terhadap laman sesawang berkenaan berkuatkuasa untuk sementara waktu sehingga tamatnya siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas.

Sehubungan itu, MCMC ingin memperingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman sosial, terutamanya kandungan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, lantaran ia mungkin kandungan palsu. Kandungan sedemikian dikhuatiri boleh mewujudkan keadaan tidak tenteram dan seterusnya menganggu-gugat kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi.

Sebarang maklumat mengenai mana-mana laman sesawang yang dipercayai menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi boleh dimajukan kepada pihak MCMC di [email protected]

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...