Khamis, 30 Julai 2015

SARAWAK REPORT BUAT KERJA GILA LAGI, SEBARAN DOKUMEN DRAF YANG NAMPAK BENAR MENIPUNYA!!

Sebagai orang yang faham hal dokumen sulit, mana mungkin cara paling mudah begini orang boleh percaya!

Memang patut Sarawak Report diblock dari layari, penipuan demi penipuan, di sebar oleh page-page musuh untuk membuktikan dokumen ini betul, MasyaAllah, apa nak jadi ni?

Jangan termakan fitnah, memang kerja Sarawak Report untuk merosakkan imej Najib Razak. Itu matlamat mereka, tak kisahlah apa pun janji apa yang di rancang dilaksana dengan arahan mastermind licik. Siapa agaknya ye? Siapa berperanan besar dalam taktik kotor gila ni?

Fitnah Sarawak Report yang melampaui batas.

Sarawak Report Buat Fitnah Lagi
Portal yang berpangkalan dari London itu sekali lagi memaparkan cerita palsu tentang waran tangkap Dato Seri Najib Razak.

Format Waran Tangkap bukan begitu. Waran Tangkap mesti ada nombor rujukan laporan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah yang terbabit.

Dalam waran tangkap palsu yang dibuat oleh Sarawak Report itu, nombor itu tiada. Yang dibuat oleh Sarawak itu adalah format kertas pertuduhan.

Pertama, Sarawak Report mengelirukan rakyat antara kertas pertuduhan dan waran tangkap. Dokumen yang disebar itu nampak seperti satu kertas pertuduhan dalam bentuk draf.

Keduanya, dokumen draf kertas pertuduhan segini boleh direka oleh sesiapa sahaja. Kalau saya letak nama kamu dalam kertas pertuduhan membunuh dan mula menyebarkan di blog, facebook dan Whatsapp malam ini. Benda itu pun orang akan percaya.

Berapa ramai antara kita yang pernah tengok kertas pertuduhan dan waran tangkap?
Semalam mereka meniru suara Menteri Besar Negeri Sembilan dan menyebarkan di internet dan sosial media untuk mencipta persepsi negatif pada kerajaan.

Malam jumaat yang indah ini diganggu. Mereka buat pula draf palsu pertuduhan daripada London. Rakyat Malaysia pula yang jadi tukang percaya dengan portal fitnah dari luar negara ini.
Sebelum ini Sarawak Report ini menipu "money trail" guna Powerpoint. Siapa pun boleh buat rajah begitu dan letak nama sendiri kononnya dapat duit berjuta juta.

Kali ini guna Word pula untuk fitnah dan berusaha untuk jatuhkan kerajaan. Sudah sudah lah, janganlah kita terperangkap dalam fitnah dajal ini.

Bagi menyekat fitnah yang menyerang umat Islam Malaysia dari segenap penjuru ini, maka perlulah umat Islam hari ini menyemak dahulu sesuatu berita.

Jangan mudah sangat terima apa sahaja tanpa semak dulu kesahihannya. Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 bermaksud:

"Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya."
Moga kita semua terselamat dengan fitnah akhir zaman.

Dr Ahmad Umar
Lawyer & Peguamcara.

OPERASI TIKAM BELAKANG NAJIB YANG CUKUP RAPI DAN HALUS OLEH BEKAS TPM?

Tidak dipastikan, mungkin motif penyebar video untuk mendapatkan peluru ampuh yang mampu membunuh habis imej Najib, video tak habis rakam menunjukkan perbualan muhyiddin dan tetamu di kediamannya mengatakan duit RM2.6 billion masuk ke akaun Najib. Ayat masuk ke akaun tu tamat disitu.

Malah masih menjadi tanda tanya, adakah Muhyiddin sekadar berseloroh menggatakan duit tu memang masuk ke dalam akaun Najib tetapi dia sendiri pun tidak tahu kebenarannya. Video itu habis disitu, pertanyaan itu telah menjadi modal pihak media anti Najib untuk rosakkan imej beliau secara total.

Ingat lagi video ah moi menampar tangan seseorang yang berbaju melayu yang ingin bersalam dengannya? Video sekerat tu menjadi viral serta kemarahan orang melayu kononnya ah moi tu bertindak biadab, hakikat video penuh membuktikan ah moi itu memang bergurau, dia kenal orang yang hulur salam kepadanya.

Nampak bukan peranan media untuk "spin" sesuatu berita. Kebetulan media-media sosial dikuasai oleh pro pakatan dan dibantu pula page-page pro tun dan team nagas (geng cari makan).

#KekalNajib
#FightFight

Peranan songsang media musuh untuk sebaran persepsi sudah berjaya.

#VideoMuhyiddin: Wang dalam akaun peribadi adalah hak dan rahsia peribadi

1. Dalam video perbualan TS Muhyiddin dengan tamunya, jelas disebut:

“Saya tanya beliau wang siapa? Beliau tidak nyatakan. Hanya dari Timur Tengah.”

“lepas tu saya tanya berapa banyak... Susah nak kiralah, dia cakap (Najib) a lot, a lot'”

Kemudian Muhyiddin menyebut, "Kenapa masuk akaun personal Najib Razak?”

2. Persoalannya dari mana datangnya nilai RM2.6 bilion? Jelasnya, itu adalah andaian dan dakwaan Muhyiddin sendiri. Dakwaan ini tiada perbezaan dengan andaian dan dakwaan yang dibuat oleh WSJ.

3. Duit yang masuk ke dalam akaun peribadi, itu hak dan rahsia peribadi individu yang tidak perlu diisytiharkan kepada orang ramai. Sama seperti duit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi kita.

4. Lainlah jika ada dakwaan bahawa duit itu datang dari sumber yang salah.  Barulah seseorang itu perlu membuat perisytiharan, tetapi bukan kepada umum. Dia hanya perlu buat perisytiharan kepada pihak berkuasa yang membuat siasatan.

5. Apabila ada pihak yang hendak masukkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadi seseorang sebagai bantuan dana politik, itu adalah bantuan dana politik kepada individu tersebut. Terserahlah bagaimana dia hendak menggunakannya asalkan tidak untuk tujuan yang menyalahi undang-undang sebab itu dana politik peribadinya. Sama ada dia hendak menggunakannya untuk membantu orang, hendak diberikan kepada jentera atau apa saja, itu adalah hak beliau.

6. Lainlah jika bantuan dana tersebut dimasukkan dalam akaun parti, persatuan, yayasan atau syarikat, barulah dikatakan bahawa dana tersebut untuk parti, persatuan, yayasan atau syarikat. Sekiranya ini berlaku, maka parti, persatuan, yayasan dan syarikat tersebut hanya boleh membelanjakan wang tersebut mengikut perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan.

6. Misalnya, jika ada seorang individu hendak membantu seorang Ketua UMNO Bahagian, dan jika dia masukkan duit tersebut ke dalam akaun peribadi Ketua UMNO Bahagian tersebut, maka itu adalah dana untuk kegunaan politik peribadi Ketua UMNO Bahagian itu. Ketua UMNO Bahagian tersebut tidak perlu mengisytiharkan kepada umum, daripada siapa wang itu diperolehi dan berapa jumlah yang diberi.

7. Hanya jika wang tersebut masuk akaun  persatuan, yayasan atau syarikat yang dimiliki oleh Ketua UMNO Bahagian tersebut, barulah perinciannya perlu dinyatakan dalam penyata kewangan persatuan, yayasan atau syarikat yang dimiliki tadi dan dibelanjakan mengikut perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan. Itupun, bagi dana untuk parti politik, tidak ada peraturan yang memerlukan nama penyumbang dinyatakan bagi menjaga kepentingan penyumbang tersebut.

8. Bagaimanapun jika ada dakwaan bahawa wang yang masuk ke dalam akaun seseorang individu adalah dari sumber yang salah, maka barulah timbul soal ada pembuktian, daripada siapa duit itu diterima dan kenapa ia diberikan. Jika ia didakwa datang dari sumber rasuah, maka perlulah dibuktikan siapa pemberi dan ia diberi sebagai rasuah untuk tugas atau projek apa.

9. Dalam kes akaun peribadi Najib Razak, duit dikatakan datang dari sumber 1MDB dan hasil pelaburan usaha sama dengan Petrosaudi. Dalam hal ini, penyiasat boleh merujuk penyata akaun dan dokumen daripada 1MDB dan Petrosaudi, sama ada benar duit dari sumber ini masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak atau tidak. Setakat ini penyata kewangan beraudit 1MDB dan Petrosaudi tidak menunjukkan duit itu datang daripada mereka. Biarlah Pasukan Petugas Khas Empat Agensi menyiasat dokumen-dokumen ini.

10. Jika duit itu digunakan untuk tujuan salah, maka Pasukan Petugas Khas juga boleh menyiasat sama ada duit itu adalah duit hasil penggubahan wang (money laudering) atau digunakan utk tujuan-tujuan jenayah dan yang menyalahi undang-undang. Jika berlaku sebarang pelanggaran undang-undang dari segi penggunaan wang, maka pihak berkuasa boleh mengambil tindakan. Bagaimanapun jika tujuannya baik, misalnya untuk membantu rakyat, kita tertanya-tanya juga pihak berkuasa hendak mengambil tindakan di bawah peruntukan apa?

11. Semasa berlaku transaksi, bank terbabit perlulah memaklumkan kepada Bank Negara berkenaan transaksi tersebut. Itu soal peraturan perbankan dan akta-akta berkaitan yang perlu dipatuhi oleh bank tersebut. Tanggung jawab pendeposit cuma perlu memaklumkan dari mana sumber wang dan tujuannya apabila ditanya oleh Bank Negara.

12. Sesiapa sahaja boleh menyumbang wang untuk membantu Najib dan parti. Jika mereka mahu ia digunakan untuk membantu parti, mereka akan dimasukkan ke dalam akaun parti atau organisasi yang berkaitan parti. Tetapi jika mereka mahu membantu individu yang bernama Najib Razak, itu hak mereka yang membuat pilihan tersebut.

13. Biarlah Pasukan Petugas Khas menjalankan tugas mereka menyiasat dakwaan yang ada. Muhyiddin sepatutnya menyerahkan tugas tersebut kepada Pasukan Petugas Khas dan bukan menimbulkan spekulasi kerana kecewa selepas digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

tun faisal dot com: #VideoMuhyiddin: Wang dalam akaun peribadi adalah hak dan rahsia peribadi - http://tunfaisal.blogspot.com/2015/07/videomuhyiddin-wang-dalam-akaun.html?m=1

Azmin kata dia yakin audio itu rakaman sahih, anggap itu pengkhianat terbesar Anwar

 Mohamed Azmin Ali yakin audio yang dikatakan perbualan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi merupakan...