Isnin, 26 Oktober 2015

KHABAR ANGIN MENGATAKAN AZMIN AKAN DITENDANG JAWATANNYA NOVEMBER INI?


Walau nampak macam tidak betul, sudah panas dikalangan dalaman PKR sendiri yang rebutan kuasa semakin teruk berlaku walau diluarnya nampak indah-indah kononnya, hakikat Azmin sudah rasa jawatan Menteri Besar yang disandang tahun lepas belum lagi selamat.

Apakah sebenar yang berlaku di Selangor? Adakah habuan duit berbillion yang azmin cuba-cuba main belakang sudah memberi satu impak pecah belah diantara mereka?

Sebelum ini, dikatakan juga, Dun Rawang akan dikosongkan untuk memberi laluan prk, kerana langkah kajang sudah gagal, kali ini langkah rawang pula, penukaran lagi sekali Menteri Besar Selangor kalau berlaku sekali lagi, akan menolak habisan pemerintahan Pakatan Harapan, kerana retorik mereka hanyalah berpolitik dan menjaja kepalsuan.

Kita tunggu dan lihat, apakah benar perkara ini berlaku? Undi tidak percaya terhadap Azmin berlaku November ini?

SOKONGAN TERHADAP AZMIN TERUJI NOVEMBER INI?

(Agenda Daily) – Serangan terhadap Mohamed Azmin Ali berterusan apabila timbul desas-desus terbaharu yang mendakwa wujud gerakan untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Selangor itu.

Ia dikatakan bakal diadakan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada November ini.

Gerakan menjatuhkan Azmin itu didakwa dirancang oleh beberapa pemimpin PKR dan DAP yang tidak puas hati kerana Azmin tidak memecat Exco dari PAS.

Beberapa ahli akar umbi PKR mengesahkan ada mendengar desas-desus itu tetapi tidak diketahui akan kebenarannya.

Dakwaan itu mula tersebar di media sosial dan hangat diperkatakan ketika ini.

Azmin yang baharu setahun menjadi Menteri Besar baru-baru ini mengumumkan bahawa Selangor tidak ada kaitan dengan Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu diketahui umum mempunyai hubungan lebih rapat dengan kepimpinan PAS.

Beliau bertegas mahukan PAS kekal dalam pentadbiran negeri walaupun didesak oleh pemimpin PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya menyingkirkan PAS selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, tersebar gerakan dikenali Langkah Rawang untuk menyingkirkan Azmin dan digantikan dengan Datuk Saifuddin Abdullah.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Azmin dan pemimpin PKR manakala PAS pula menganggap ia untuk menghancurkan hubungan PAS-PKR.

PKR diketahui berpecah kepada dua kumpulan iaitu yang mahu Pakatan Rakyat terus kekal dan kumpulan menyokong Pakatan Harapan.

http://www.malaysia-today.net/sokongan-terhadap-azmin-teruji-november-ini/

[Hot!] Jangan anggap PN kerajaan yang lemah – Razali

 KUALA LUMPUR – Jangan menganggap Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kerajaan yang lemah atau tidak berwibawa. Ini kerana kerajaan PN tela...