Isnin, 14 Disember 2015

SI SOMBONG YANG TERLALU ANGKUH KONON PARTINYA SEMPURNA SEGALANYA!!

Ikutkan lama sangat tak taji pas sebab ikutkan mungkin mereka ada nilai yang baik dan persahabatan.

Tetapi melihat sejak dua menjak ni, kulit sebenar pas sudah dilihat siapakah mereka, mereka angkuh kononnya dengan pas sekarang, kekuatan msksimum mereka makin terserlah.

Di sebalik pemilihan parti mereka pada jun lepas, pro ulama menang bergaya, maka nilai parti pas semakin menaik, malah golongan kalah dalam pemilihan mula memberontak dan memilih untuk mewujudkan parti baru.

Mereka juga berpecah teruk, tetapi ego mereka perghh, mereka berpecah bukan sedikit, tetapi mereka hanya menganggap pecahan itu biasa, malah dap dan pkr pun sukar bekerjasama dengan pas.

Bila terbuka mulut pemimpin pas mengatakan, umno lemah baru nak cari pas, hulur salam persahabatan kerana umno lemah kata mereka, pas sudah mampu mengantikan umno, pas tidak perlu tangan persahabatan dengan umno kerana umno parti sekular, tidak Islamik, hanya pas mampu memberikan pemerintahan paling sempurna, dari segi ekonomi, sosial dan memberikan nikmat untuk semua rakyat.

Perghh gila tahap tertinggi kesombongan parti hijau ini, mungkin Allah menguji mereka ini, sikap pemimpin mereka hanya mengajar erti permusuhan, adu domba, tuduh menuduh, mereka paling Islamik, serta paling sempurna. Jadi itulah kulit sebenar mereka.

Moga Allah membuka mata hati mereka, bukan semua dalam umno tu syaitan, bukan semua dalam pas itu malaikat.

Kena ingat, bertelagah, bila dap naik menjadi dominan di putrajaya, usah sembang nak cerita siapa paling hebat, sekarang ni dap membalun pas pun, hanya gigit semut je balas balik. Ada pemimpin pas pun hanya suam-suam kuku je hentam dap, tetapi bila umno, dia punya marah, tiang letrik pun boleh bengkok mereka karate, Islam apa tu?

Apa sebenar pas nak tunjukkan kepada umum? Paling kuat atau paling sombong?

#JiwaBesar
#KekalNajib

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...