Sabtu, 19 Disember 2015

DAP, PAN DAN HALUAN KIRI UMNO SUDAH PANAS PUNGGUNG KERANA IDEA PERPADUAN ANTARA PAS DAN UMNO BAKAL DIREALISASIKAN

Dap menjangkakan, serangan kepada Pas, merosakkan kepercayaan terhadap Umno, menjahanamkan imej parti terbesar orang Melayu Islam itu bakal merencanakan progres politik baru dengan mewujudkan parti Amanah.

Wujudnya parti amanah ibarat idea baru untuk imej parti Islam baru yang lebih tunduk kepada Dap itu sendiri. Bila berpecah, matlamat utama untuk menakluk Putrajaya bakal tercapai PRU 14 nanti. Dap akan menjadi abang besar untuk Pakatan Harapan, maka ranap sudah kuasa Islam itu bila Pakatan Harapan memerintah, ditakutkan, segala apa keputusan, perlulah Dap yang tentukan, termasuk hal ehwal orang Islam.

Itu yang mengusarkan, jadi Pas dan Umno sememangnya perlu bekerjasama. Maka Dap akan termenung kerana rancangan mereka gagal dan sudah hancur.

PAS BERSAMA UMNO, GAGALKAN RANCANGAN DAP TAKLUK PUTRAJAYA!

Menurut Nik Abduh, tawaran yang dibuat Umno itu adalah tawaran yang istimewa buat Pas dan jika presiden Pas menerima pinangan tersebut, ia akan mengukuhkan pentadbiran kerajaan berlandaskan syariat Islam.

Selain itu, Nik Abduh berkata, jika Pas dan Umno bersatu, ia membuktikan penyatuan semula umat Melayu/Islam dinegara ini, sekaligus menutup peluang parti bukan Melayu untuk merampas kerajaan selepas dipecah belahkan oleh parti bukan Melayu yang mengidam untuk memerintah negara.

"Kita menerima apa yang disebut perdana menteri kerana selama ini kita berada dalam padang politik yang tidak adil apabila cadangan pembangkang ditolak mentah-mentah kerana merasakan sudah cukup untuk mereka sahaja memerintah," kata Nik Abduh.

Nampaknya, semakin ramai yang menyokong usaha Umno meminang Pas untuk mengekalkan dan mengukuhkan kerajaan berlandaskan Islam. Siapa sangka Pas yang ditendang Pakatan gara-gara DAP tidak menyukai dasar perjuangan Islam telah diterima Umno untuk mengukuhkan lagi perjuangan Islam di negara ini.

Andy tidak menolak kemungkinan perkara ini memanaskan lagi 'punggung' pemimpin DAP yang sememangnya mahu melihat parti Islam itu dihancurkan. Ialah, DAP yang telah berjaya menendang Pas dari Pakatan dan berjaya memecah belahkan ahli parti Islam itu, sudah pasti menyangkakan Pas tidak lagi relevan di hati rakyat malah kepada mana-mana parti untuk bekerjasama.

Tetapi, hari ini DAP dikejutkan oleh parti Melayu terbesar di negara ini apabila Umno sendiri telah menghulurkan tangan silaturahim kepada Pas untuk sama-sama menguatkan kerajaan. Pasti Lim Guan Eng tak senang duduk.

Kredit: ANTI TMI

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...