Selasa, 22 Disember 2015

Kewujudan macam cendawan blog-blog hantu untuk merosakkan minda nitizen, takkan biarkan je kot?

Perang propaganda terbaru dari pembangkang, unit-unit ini cukup tersusun kerja gerila mereka, mudah sahaja, buatkan tajuk blog yang berkaitan DS Najib, DS Rosmah, tajuknya cukup tragis, share ke group-group bisnes, group bikers, group sekolah, group kawan-kawan kolej/Universiti dan group family, maka kerosakan dari fitnah itu bermula dengan hanya satu klik.

Jangan pandang enteng, walaupun tajuk dan cerita memang fitnah dan meragukan, ia tetap memberi impak negatif kepada golongan nitizen, bayangkan berjuta-juta hanya baca pada tajuk.

Kepada SKMM bertindaklah, selagi ada kuasa, berlawanlan dengan pejuang gerila radikal dari pembangkang yang sememangnya dilatih sampai ke luar negara untuk belajar senjata media cyber begini.

Jangan pandang kecik anak perang gerila begini, buruk padahnya.

Unit anti perang gerila ni taknak ke diwujudkan? Perang sudah masuk cara baru dan sangat radikal, jika tunggu, pasti jahanam di kemudian hari.

PELURU AKHIR "UNDUR NAJIB" BAKAL MEROSAKKAN IMPLIKASI DAN IMEJ BEKAS TPM?

Tidak dipastikan, adakah benar peluru penghabisan untuk pereka situasi sebenar agenda "Undur Najib" bakal merosakkan sama sekali imej beliau yang sebelum ini orang ingat terlalu suci.

Adakah benar juga, Tun M hanyalah subjektif semata-mata untuk strategi "Undur Najib" yang dimulakan sejak awal tahun 2015.

Kemuncaknya pada pertengahan tahun ini, bulan Mei 2015 yang dijangkakan DS Najib akan meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri, setelah serangan tahap kritikal terhadap PM Najib ketika itu cukup tip top.

Di masa itu, masih lagi bekas TPM memegang jawatan TPM, malah namanya disebut-sebut sebagai penganti DS Najib, mengikut rancangan radikal itu, kemuncak klimaksnya pada awal Jun 2015 tarikh akhir serangan itu bakal berjaya, PM bakal meletak jawatan, tetapi....... Manusia hanya merancang, Allah juga menentukan segalanya, sekiranya tidak baik niat itu, berlakonlah alim macamana sekalipun, gagal tetap gagal.. Jarang taktik jahat boleh menang bergaya.

Baca dan nilaikan

Kini Najib tertunggu-tunggu apakah isu-isu baru yang akan dilemparkan terhadap beliau. Najib mempunyai ‘golden bullet’ berkenaan skandal yang melibatkan Muhyiddin dan seorang jutawan Cina, di mana Dr Mahathir juga tidak tahu mengenainya. Sekiranya Muhyiddin tetap meneruskan rancangannya maka Najib akan menggunakan ‘golden bullet’ tersebut dan mematikan langkah Muhyiddin dan jutawan Cina itu.

Persepsi yang telah direka kononnya Tun Mahathir Mohamad merupakan individu di sebalik gerakan menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Khairuddin Abu Hassan adalah anjing suruhan orang tua tersebut yang sepatutnya melakukan semua kerja.

Dr Mahathir seolah-olah kuasa di sebalik gerakan anti Najib. Walaubagaimanapun, kini banyak persoalan timbul sama ada Dr Mahathir benar-benar dalang di sebalik semua ini atau beliau hanyalah salah seorang daripada mereka yang diarah untuk melakukannya, sama seperti Khairuddin.

Soalan yang lebih menarik pula yang mana orang ramai turut bertanya, samada Khairuddin adalah anjing suruhan Dr Mahathir atau Muhyiddin Yassin?

Terdapat dua watak utama dalam perkara ini. Kita ada tangan yang dapat dilihat dan juga tangan yang tersembunyi. Tangan yang dapat dilihat adalah tangan Dr Mahathir manakala yang tersembunyi adalah Muhyiddin Yassin. Dan itu menjadikan Muhyiddin sebagai tuan boneka dan Dr Mahathir pula adalah bonekanya.

Muhyiddin yang mereka kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri. Lebih kurang 20 Julai lepas, Peguam Negara, atas perintah Muhyiddin, membawa kertas pertuduhan tersebut untuk ditunjukkan kepada Dr Mahathir dan memberitahu orang tua tersebut bahawa ia akan digunakan terhadap Najib pada 29 Julai 2015.

Rancangan adalah seperti berikut. Pada mesyuarat kabinet 29 Julai, kertas pertuduhan tersebut akan dibentangkan ke kabinet dan Najib akan disuruh untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, jika tidak, Peguam Negara yang sedang menunggu di luar akan masuk ke dalam dengan polis untuk menahan beliau.

Setelah menyedari bahawa Muhyiddin adalah dalang sebenar dan Dr Mahathir hanyalah dimanipulasikan, sehari sebelum mesyuarat kabinet, Najib telah menyingkirkan Muhyiddin dan Peguam Negara.

Ia merupakan serangan awal yang bijak, bagi mematikan serangan yang sepatutnya berlaku pada 29 Julai. Malah, Dr Mahathir tidak menjangkakannya dan terkejut walaupun beliau sendiri pernah melakukan perkara yang sama kepada Anwar Ibrahim pada September 1998.

Dalam artikel saya sebelum ini (BACA DISINI), saya telah menyatakan tentang seorang jutawan Cina yang berkait rapat dengan Dr Mahathir dan Muhyiddin sejak 1980an apabila Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Muhyiddin sebagai Timbalan Menteri. Seperti yang kita maklum, Khairuddin merupakan seorang yang muflis, dan jutawan Cina tersebut, atas arahan Muhyiddin telah menyelesaikan kebankrapannya. Dengan sebab itulah, Khairuddin dapat ke luar negara, jika tidak beliau akan dilarang daripada berbuat demikian.

Bagi menutup hakikat bahawa Khairuddin adalah anjing suruhan Muhyiddin, bukan Dr Mahathir, maka beliau pergi ke mana-mana dengan Matthias Chang – kerana semua orang tahu bahawa Matthias adalah orang Dr Mahathir. Jadi, kesimpulannya adalah Khairuddin juga bekerja untuk Dr Mahathir.

Khairuddin juga merupakan individu yang menghantar ramai orang untuk berjumpa Dr Mahathir bagi memberikan orang tua tersebut maklumat berkenaan 1MDB dan bagaimana RM42 bilion telah ‘lesap’. Dr Mahathir sudah pasti termakan umpan dan mengambil semua maklumat tersebut.

Kini, Dr Mahathir sedar bahawa Khairuddin adalah anjing suruhan Muhyiddin selama ini. Dr Mahathir juga menyedari bahawa apa saja yang telah diberitahu oleh Khairuddin kepadanya adalah apa yang telah diarah oleh Muhyiddin. Tetapi Dr Mahathir terlalu ego untuk mengakui bahawa beliau telah dipermainkan oleh Muhyiddin dan Khairuddin. Jadi, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain daripada terus menembak walaupun beliau tahu apa yang ditembak adalah kosong semata-mata.

Malaysia Today tidak pernah menamakan jutawan Cina tersebut tetapi Unit Khas dan Putrajaya tahu mengenainya. Mereka juga tahu jutaw
an-jutawan lain yang membiayai kempen anti Najib turut memberikan jumlah wang yang besar kepada DAP.

Pada dasarnya, jutawan-jutawan tersebut menyokong kedua-dua pihak. Ia adalah sifat mereka yang meletakkan wang untuk kedua-dua pihak, andai kata pihak kedua akan menang.

Gerakan anti Najib kini berehat seketika untuk mempertimbangkan langkah mereka yang seterusnya. Setakat ini, tiada isu baru yang digunakan terhadap Najib selain daripada 1MDB dan RM2.6 bilion. Tetapi isu-isu ini tidak dapat menjatuhkan Najib kerana sekiranya mampu berbuat demikian, Najib sudah pun meletakkan jawatan ketika ini.

Kini Najib tertunggu-tunggu apakah isu-isu baru yang akan dilemparkan terhadap beliau. Najib mempunyai ‘golden bullet’ berkenaan skandal yang melibatkan Muhyiddin dan seorang jutawan Cina, di mana Dr Mahathir juga tidak tahu mengenainya. Sekiranya Muhyiddin tetap meneruskan rancangannya maka Najib akan menggunakan ‘golden bullet’ tersebut dan mematikan langkah Muhyiddin dan jutawan Cina itu.

Selain daripada itu, terdapat juga ‘golden bullet’ yang lain berkenaan Dr Mahathir dan jutawan Cina tersebut, di mana Najib telah menyimpannya sejak beberapa bulan lepas. Namun Najib memutuskan untuk tidak menggunakannya kerana menurutnya, “Biarkan orang tua itu mati dengan bermaruah”.

Persoalannya sekarang, jika Dr Mahathir meneruskan rancangannya, adakah Najib masih enggan menggunakan ‘golden bullet’ tersebut atau beliau akan berkata, “Mari kita kuburkan orang tua itu selama-lamanya!” Saya rasa kita perlu tunggu dan lihat.

Malaysia Today

Agong berkenan Parlimen bersidang semula, tapi kenapa Putrajaya senyap, soal Najib

  PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan kehairanan beliau apabila kerajaan kerana tidak memberi sebarang maklum balas...